"SO, how's everything?"
"Masih hidup lagi."
Tawa kecil berbunyi di hujung talian. Kai bangkit dari kerusi dan menghampiri dinding di hadapannya. Usai dekat, dia berhenti.
"Biar aku tukar soalan. How is she?"
"Macam yang kita dah jangkakan."
"Can you handle her, then?"
Terlepas gelak halus dari mulut Kai. Namun secepat itu juga, dia mematikannya. Terasa sakit di mulut, senak di perut. Lantas, Kai memegang abdomennya. Dahi berkerut menahan perit yang masih bersisa.
"Kau tengah cakap dengan siapa, sekarang? Ini akulah."
"Yeah, right. Mr. Romeo terunggul kita." Satu suara lain menyelit dalam panggilan.
"Tahu tak apa. So, jangan berangan untuk rampas takhta tu daripada aku," balas Kai dengan muka bangga. Macamlah orang di sebelah sana boleh nampak.
Sekali lagi, bunyi tawa berbunyi di hujung talian. Lebih kuat kali ini. Lebih nyaring. Lebih membingitkan telinga.
"Focus, you two." Suara pertama masuk semula.
Bunyi tawa serta-merta mati.
"Yalah-yalah." Suara kedua mengalah. Jelas sangat tidak relanya.
Kai senyum kecil. Otaknya dapat membayangkan adegan di sebelah sana. Seorang dengan muka cemberut. Seorang dengan muka tak ada perasaan.
"Setakat ni, semuanya berjalan lancar. Mengikut perancangan kita. Tapi lepas ni..."
"Kami tak boleh awasi kau lagi."
"There will be no direct communication between us. Kecuali, kalau terdesak sangat."
Suara pertama dan suara kedua, saling bersilih ganti di telinga Kai.
"Cara kau orang bercakap ni, macamlah aku tak biasa. This is..." Sejenak, Kai diam dan mengerutkan dahi. Otaknya mengira-ngira.
"My sixth case already."
"Setiap kes berbeza. Jangan pandang rendah pada mana-mana pun." Suara pertama berbunyi serius.
"Okay, fine." Kai menjawab, mula berasa sebal. Mereka fikir dia siapa? Ini dialah! Dia tahu apa dia buat dan apa yang bakal dia buat.
"L is your courier. You know what to do, right?"
"Aku tahu." Pendek Kai mengaku. Tetapi bersalut tegas. Sengaja mahu menekankan bahawa mereka tidak perlu risaukan dia. Pembetulan. Mereka tidak perlu risaukan operasi ini.
"That's it, then. You are on your own. Good luck." Seperti sebelumnya, suara pertama kedengaran mendatar. Namun Kai kenal pemilik suara itu. Hatinya lebih besar daripada suaranya. Lebih berperasaan.
"Jangan mati. Aku masih sayangkan kau." Suara kedua pula, masih kedengaran main-main. Seperti selalu.
Kai senyum halus.
"Jangan rindukan aku." Dia melayan.
"Daripada rindukan kau, lebih baik aku rindukan Anjali."
Terlontar tawa Kai. Kepalanya tergeleng-geleng memikir hubungan aneh temannya itu dengan Anjali. Tidak habis-habis!
Klik.
Panggilan putus. Kai mematikan sisa ketawa. Kembali berwajah serius. Kembali menengadah kepada dinding.
Dia melangkah lebih dekat, sambil mengeluarkan sim card dari telefon bimbit. Sesudah itu, Kai melemparnya ke dalam bekas atas meja sebelah. Sebaik jatuh, bunyi percikan api memecah keheningan. Pada masa yang sama, warna oren menerangi bekas.
YOU ARE READING
CODE NAME COBRA (Published)
ActionHIGHEST RANKING: #1 in novel fiksyen (18/11/2019) #1 in suspens (18/11/2019) & (9/2/2021) #2 in thriller (13/11/2019) #2 in aksi (11/11/2019) #2 in secrectagent (18/11/12019) #3 in actionpacked (18/11/2019) #3 in suspens (8/2/2021) #8 in action-thri...