chapter 13

151 10 0
                                    

Kalau dah takdir tertulis macam tu,
Macam mana sekali pun kau kejar,
Tetap macam tu juga,
Tak boleh ubah melainkan kau serah
PADA-NYA.

*********×××××***********

  Dah seminggu kem tu berlalu. Sejak kes tu, memang aku akan lari dari jumpa Rayyan. Dia datang dari barat, aku lari ke selatan. Dia muncul dari timur, aku merangkak ke barat. Kalau boleh memang nak hilangkan diri ni dari terserempak dengan si psycho tu.

  Tapi ada beberapa perubahan yang aku kesan dekat Affal. Dia macam menjauhkan diri. Aku tanya sepatah. Dia jawab suku patah. Aku tanya satu ayat. Dia jawab sepatah. Aku membebel. Dia jalan tinggalkan aku macam tu je. Tak banyak cakap macam selalu. Macam tadi aku cakap, aku lari dari Rayyan kan. Ini terbalik Affal yang lari dari aku.

  Rehat pon dah tak sama-sama dah. Dia join budak kelas dia. Aku dipinggirkan. Tapi tulah, lebih lebih siapa nak layan. Orang kalau dah tak sudi. Aku seribu kali ganda tak ingin. Biar lantak pi dia. Aku dah malas nak jaga perasaan orang je. Aku punya perasaan pulak. Siapa nak jaga? Nenek kebayan? Euwww dia pun jijik dengar.

   Hari ni aku kene uruskan dewan sebab majlis graduasi untuk pelajar tingkatan 5 akan diadakan jumaat ni. Aku selaku ketua kelab kesenian merangkap Stage Manager sekolah. Terpaksa la ikutkan kehendak cikgu-cikgu. Banyak wey kerja. Nak cari budak persembahan lagi. Pikir plan decoration lagi. Plan makanan lagi. Cari crew lagi. Memang la aku just arah arahkan orang. Tapi still kepala otak aku yang tepu macam tin kosong ni masih dipaksa untuk dikerah.

Okay aku malas nak pikir pasal tu. Aku tahu tahun depan, turn batch aku punya graduation day. Mesti lagi gempak dari yang aku buat. Ingat senang nak arrange majlis? Kau kalau setakat sembang gempak. Tapi tak keluarkan peluh kau. Baik diam je. Aku ni hah. Balik balik aku kene. Kalau dapat gaji takpe. Ini setakat belanja makan KFC je pon. Eh Hello Aiman. Tolong bawak syukur sikit eh. At least diorng hargai usaha kau.

  Eh, ehhhhhh,  ehhh,  takde takde. Tak berbaloi. Persiapan makan seminggu. Tapi ganjaran sekali je. Mana boleh tahan derr. Eh ebhhhh ape aku melalut ni. Okay sambung pada cerita kita.

  Petang ni aku kene turun dewan. Kene pantau samaada crew-crew aku ni buat kerja ke tak. Kalau kerja tak jalan. Masak jugak aku nak menjawabnya. Haihhh. Letih la macam ni banyak sangat beban. Okay okayyyy stoppp. Boringg la cerita pasal ni. Ishhhhhh..

  "Bunga yang aku list kan tu. Kau dah beli? Ni Amran mana? Kan aku suruh hias photo booth tu. Kang nanti tak siap. Balik balik aku yang kene. "keluh aku. Tasha dekat depan aku ni pon terkial kial nak cari jawapan. Ini kalau aku tak turun. Mahunyaa semua melingkau macam ular.

  "Bunga tu semua aku dah beli. Si Amran datang lambat sikit. Dia pergi belikan double tape untuk hias photo booth tu. Kai relax la. Persiapan ada lagi dua hari. Kau chill je. Aku yakin semua beres. Kau kan dah siapkan plan baik punyaaaa. "sengihan Tasya aku endahkan. Sekarang hati aku tengah mendidih. Majlis tinggal dua hari. Tapi dewan baru siap 67%. Ingat sempat ke? Ya allah hai.

  "By hook or crook. I want all of this . Done before tomorrow morning okay. Kau sebagai assitant aku, so kau kene tanggungjawab pasal ni. Aku dah cakap awal awal kan. Jangan tangguh. Nanti ini la jadinya. "terus aku langkah kebelakang dewan. Saja nak tengok perkembangan budak budak persembahan. Tasha ikuti langkah aku.

  "Persembahan kita ada tiga je. Memandangkan nanti budak budak form 5 ada buat persembahan diorang sendiri. So tak payah nak banyak banyak sangat. Takut masa tak cukup. Tu je. "terang Tasha.

  " Form 5 have their own performances? Siapa je yang buat persembahan? "

  "Persembahan pertama Nazmi. Dia cakap nak buat accoustic gitar. Nyanyi lagu apa aku tak tahu. Lepas tu yang kedua,macam biasa la. Ade boyband. Then last one, Shahrin. Dia main piano. Lagu pon tak pasti. Setakat ni itu je yang diorang inform. "

  Aku terkaku sekejap. Dah lama tak dengar cerita pasal diorang. Rindu? No! Just mushyikil. Apa perkembangan dorang. SPM tinggal bulan depan je. Lepas ni hidup aku akan aman tanpa dorang.HAHAHAHAHAHAAHAH sumpah kau kejam Aiman. Hati kau sungguh keras.

  "kalau macam tu okay la. I give you all my trust to handle this project. If you have something that you want me to help. Just dial up my number okay. . Aku nak balik dulu eh. Aku banyak keje nak kene buat. Brochure pon tak abis print lagi. Haishhh. If I know SM was like this. Since awal tahun lagi. I surrender. Bagi je jawatan ni kat orang lain. Sakit kepala otak aku. Tasha, esok inform aku semua sekali. In details okay. I want everything was smooth. Chaww! " korang jangan pikir aku lepaskan tanggungjawab sebagai leader pulak. Tapi aku ada kerja lain nak kene buat. Aku dah lantik crew. So dorang kene tahu la dorang punya peranan. Ahli jawatan kuasa semua dah sepakat masing masing ada bahagian sendiri. So jangan nak curi tulang ya. Sebelum aku patah kan leher dorang. Better jalankan tugas.

  Aku senang je. If you won't do your part. It was okay for me. But sooner or letter. Don't blame me, if your name were not listed anymore as AJK kelab. Warning letter pun aku tak akan bagi. Sebab apa? Tak function. So aku lucutkan je jawatan. Easy. I don't need to bubbling. Then faced your face anymore in my club. You know what? It such waste time.

  Aku melangkah ke bus stop depan sekolah. Ye aku tahu bas dah takde. Tapi aku belum buta IT lagi okay. So aku dah order grab. Just kene tunggu dalam 5 minit je lagi. Grab tu baru turun kan customer dia dekat area sekolah aku. Macam mana aku order grab? Eh hello. Aku ada handphone kan. So pakai laaaa.

  Nazmi and Shahrin nak buat persembahan? Serious la? Kenapa hati aku tetiba rasa macam ada benda tak kene? Arhhh persetankan la. Itu mainan perasaan je aku rasa.

Grab dah sampai. So aku masuk dalam kereta. Perlahan lahan Grab car ni menyusuri masuk jalan besar. Otak aku masih berperang dengan hati. Aku tahu yang dua ekor mamat tu ada sebab kenapa nak buat persembahan. Aku just rasaa je. Tak tahu betul ke tak. Kadang kadang aku sendiri tak paham dengan diri aku.

Okay. Aku tahu chapter ni boring kan? Sokay. Tunggu next chapter yeee. Jangan lupa like and comment ye. Kalau ade apa apa nak share. Just DM me okayyy. Chaw.  See yaaaa

SECRET LOVEWhere stories live. Discover now