10:Angevil [ChanHo] 2

93 5 5
                                    

___________________________________________
Before...

"Dia di atas marah kerana aku berdekatan dengan musuh abadi kami... itu sebab yang benar"

"Lelaki itu marah kerana kita berhubung layaknya seperti sahabat... bagaimana jika pembantunya ini menjadi milik kalangan kami?"
..
"Kita beza Kris... Lay dan aku tak akan pernah menjadi milik salah satu dari kaum kau"

"Dan hati kau mengatakan lain Gabriel"
..

"Apa ada cara untuk aku bawa Gabriel ke dunia bawah ini? Kai?"

"My lord... tiada cara melainkan kita menculik malaikat itu dari lelaki di atas sana"

"Gabriel akan jadi milik aku"
..

"Setiap permintaan bukanlah percuma. Kalian berani menyeru aku. Akan aku perkenankan. Sebagai bayarannya. Kau perlu mempersembahkan aku 10 jiwa manusia pada aku setiap 6 haribulan. Apa kau mampu?"
..
"Gabriel... hentikan tindakan Lucifer dari terus menyesatkan umat manusia"

"Bagaimana caranya My Lord??"
___________________________________________

Termeterai perjanjian mereka. Bermula lah hari yang diidamkan. Dia sang Lucifer masih lagi memerhati dengan seringai.

Tidak sangka 3 tahun sudah berlalu. Dan mereka menikmati itu, dan pastinya di sorak dengan kesenangan untuk Lucifer.

Seperti kini. Dia berdiri angkuh di hujung bilik, menyeringai melihat sang ketua mula menyiksa dan mengurung manusia untuk di jadikan penyembahan untuknya.

"My lord" panggil Kai secara mengejut dan sudah melutut di hadapan Chanyeol.

Matanya melihat ke arah Kai hairan.

"Gabriel di sini... bersama para paderi sialan itu"

"Di mana dia?" Soal Chanyeol sang Lucifer menahan amarah.

Kai menunding ke arah pintu luar bersamaan dengan aura yang paling dibencikan sepanjang hidup raja iblis itu.

Aura mereka yang beriman dan membencinya. Sialan. Ini sudah cukup menyiksa dia.

Dia kini berdiri di hadapan Kim MyungSoo dengan wujud aslinya sebagai raja iblis. Mengakibatkan lelaki itu menunduk ketakutan.

"Bagaimana dengan kawalan kau?! Hinggakan paderi sendiri boleh lepas masuk ke dalam kawasan ini?!" Myungsoo menunduk.

"Mereka sedang menarik keluar para paderi itu My Lord." Balas MyungSoo dan akhirnya Chanyeol melebarkan sayapnya. Terbang menuju ke arah Gabriel yang berusaha memujuk sang paderi itu.

𝑬𝑿𝑶 𝑪𝒐𝒖𝒑𝒍𝒆 𝑭𝒂𝒏𝒇𝒊𝒄𝒕𝒊𝒐𝒏.Where stories live. Discover now