12 : Dame solo una [KrisChen]

116 7 5
                                    

..
..
..

༺═──────────────═༻
Sᴛᴀʙ ᴛʜᴇ ʙᴏᴅʏ ᴀɴᴅ ɪᴛ ʜᴇᴀʟs, ʙᴜᴛ ɪɴᴊᴜʀᴇ ᴛʜᴇ ʜᴇᴀʀᴛ ᴀɴᴅ ᴛʜᴇ ᴡᴏᴜɴᴅ ʟᴀsᴛsʟɪғᴇᴛɪᴍᴇ.
Sᴏʀʀʏ.
ᴍʏ ʜᴇᴀʀᴛ ᴄʟᴏsᴇ ɴᴏᴡ
༺═──────────────═༻
..
..
.. 

Zamora, Spain.

Tempat yang sangat indah walau hanya di ucapkan dengan kata-kata. Sudah berapa lama dia meninggalkan negara ini? Dia sendiri tidak ingat. Mungkin 4 tahun, 5 tahun? Dia tidak pasti. Namun kali ini, dia akan tinggal di sini. Hingga ajal menjemput dirinya mungkin.

Dia Kim JongDae. Lebih di kenali sebagai Kim Chen. Dahulunya dia pulang ke Korea kerana sakit dan memori yang menyesakkan. Pulang ke negara asal bapanya hanya untuk menenangkan dirinya. Kini dia kembali semula ke Spain kerana ibunya. Ya, kerana ibunya. Dia tiada siapa lagi di Korea. Spain adalah rumahnya kini.

Dia diam di katilnya, melihat ke arah siling rumahnya tanpa minat. Tuhan, dia merindukan semua kenangan yang harus di buangnya dahulu dari memorinya. Sial! Kenapa harus memori itu kembali ke dalam fikirannya?

"Chen!!" Jerit ibunya dari luar heboh.

"Si mama!" Sahutnya, pintu bilik itu terbuka dan muncul wanita pertengahan umur berjalan masuk ke dalam biliknya bersama biskut di dalam piring dan juga susu coklat panas untuk dirinya. Dia duduk di hadapan ibunya.

"Come on Mama.. Chen bukan 9 tahun lagi..." rungutnya namun tetap mengunyah biskut itu.

"Padaku kau masih kecil!" Pipi Chen di cubit perlahan dan tersenyum cantik.

"5 tahun akhirnya kamu kembali pada mama, apa ayah merindukan mama humm?" Soal wanita itu dengan wajah sendunya.

"Yes mama"  ayahnya merindukan mereka sebagai satu keluarga yang sempurna hingga ke nafasnya yang terakhir. Wanita itu tersenyum tipis dan mengangguk.

"Sorry son... You've to through all of this pain"

Chen hanya tersenyum nipis dan memeluk tubuh rapuh ibunya erat. Mengatakan bahawa dirinya baik sahaja dan tiada apa yang harus di risaukan.

Mereka perlu merasakan sakit untuk matang dalam kehidupan bukan? Itulah yang di lalui dirinya kini. Walau ia mengambil masa bertahun lamanya untuk dia kembali bangun dari jatuh terlalu dalam kesedihan yang membelenggu dirinya.

"Berehatlah" wanita itu bangun dari duduknya dan mengelus perlahan rambut Chen penuh kasih. "Kereta, motor dan basikal juga ada kalau kamu nak ambil angin. I'm heading to work now" ujar ibunya dan di balas dengan anggukan dari wajah manis itu.

Masih ada 3 hari sebelum dia memulakan hari pertamanya, mungkin? Di kolej lamanya. Kembali dia berbaring di katilnya. Mula memasangkan musik di iPhone miliknya. Membiarkan irama menenangkan dari melodi piano penuh syahdu yang terus bermain.

Pandangan teduh bapanya menemani dirinya saat terperuk kembali menerjah ke dalam fikirannya. Dia melihat me arah gambar dia dan bapanya, kembali sesak mulai terasa di dadanya.

So many wasted, nights with you. I still could taste it.

Membiarkan dirinya terperuk. Apa kembali ke sini lagi membuat luka lamanya terbuka kembali? Sepertinya iya. Kerana lagi dia melihat bayangan lelaki itu bersama dengannya. Di dalam bilik ini.

𝑬𝑿𝑶 𝑪𝒐𝒖𝒑𝒍𝒆 𝑭𝒂𝒏𝒇𝒊𝒄𝒕𝒊𝒐𝒏.Where stories live. Discover now