Hilang ingatan

91 6 0
                                    

🖊 Kali ini, memori ini, kau betul-betul tidak ingat. Kerana kau hilang ingatan.

☆*: .。. o((❤))o .。.:*☆

Berape lama selepas kejadian yang kita berdua berpura seperti tidak pernah berlaku, kau bagi tahu yang kau itu boleh melihat hantu.

Aku pun mcm tu, tapi ada perbezaan sikit. Aku cuma boleh lihat 'mereka' kadang-kadang je.

Tapi, kau bagi tahu aku yang ada seekor 'benda' itu dah hampir sebati dengan kau.

Tapi pada malam itu, kau bagi tahu aku yang kau akan berjumpa dengan ustaz untuk membuang 'benda' itu pada malam tu.

Aku gembira untuk kau. Aku gembira sebab aku orang yang kau ingat sebelum kau jalani proses membuang 'benda' tu.

Kau cakap, yang kau mungkin akan hilang ingatan. Jujur aku memang sedih masa itu. Aku ingat sedikit mesej terakhir kau untuk aku.

Saya minta maaf dan berterima kasih kat awak

Sebab apa?

Untuk selama ini

Maaf kalau saya ada lukakan hati awak

Aku faham masa kau cakap macam tu, kau nak maksudkan pada kejadian yang kita berpura tidak terjadi kan?

Tak apa

Saya pun nak minta maaf dan berterima kasih pada awak

Tak apa

Kalau macam tu saya pergi dulu ya?

Sebelum tu, ada satu lagi...

Saya cintakan awak ****

Kemudian, kau terus last seen. Aku terkejut. Kau gunakan nama aku yang tiada siapa guna. Tapi pada masa itu, aku masih keliru dengan perasaan sendiri... Aku fikir, mungkin kau cuma bergurau.

Haha...

Lawaklah awak ni.

Awak bergurau jekan?

Aku hantar balasan aku, tapi kau langsung tidak baca mesej aku itu. Aku sedih. Aku tidak tahu dengan perasaan aku pada masa itu. Gembira sebab kau luahkan perasaan kau kat aku dan sedih kerana kau mungkin akan lupakan aku. Begitu ya, perasaan aku pada masa itu?

Aku setia menanti kau. Aku tunggu kau untuk mesej aku pada esok hari, tetapi kau tidak muncul. Hati aku juga tidak senang. Aku berfikir yang kau mungkin di timpa masalah.

2 hari selepas itu, kawan kau mesej aku melalui akaun facebook kau. Pada mulanya aku gembira sebab kau sudah mesej aku, tapi ternyata itu kawan baik kau.

Dia cakap yang kau di masukkan hospital dan tidak sedarkan diri. Aku sedih. Aku tak pernah rasa sedih begitu. Aku tak tau dan tidak faham dengan perasaan aku sendiri.

Sejak itu, nama kau ada sahaja di dalam doa aku. Aku doakan supaya kau cepat sedar. Aku juga sudah sedar yang aku rupanya cintakan kau. Aku balas mesej kau.

Saya pun cintakan awak

Saya harap awak cepat sembuh ya?

Seminggu kemudian, kau mesej aku di facebook. Aku betul-betul gembira, tetapi kau hilang ingatan di waktu sebelum kau memulakan proses buang 'benda' itu.

Itu maksudnya, kau lupa yang kau ada luahkan perasaan kau pada aku. Kau tidak dapat ingat kerana fon kau itu hilang.

Kau mesej aku di facebook tanpa perlu ingat yang kau sudah luahkan perasaan kau. Sakit? Ya aku sakit. Sedangkan aku baru sahaja sedar perasaan aku terhadap kau.

Aku kecewa sangat bila kau cakap yang kau tidak ingat itu semua. Yang kau ingat, kita ini abng dan adik angkat. 

Aku ingin tanya, apa waktu itu, perasaan kau kat aku masih sama?

Ini memori yang kau sendiri tidak ingat. Memori yang aku sahaja tau. Memori yang selama ini aku pendam untuk diri aku sahaja. Bukan tiada niat untuk bagi semula memori kau itu, tetapi aku takut kau tidak percaya.

Tak apa kalau kau tak ingat. Cukup aku sahaja yang ingat memori ini. Janggan paksa diri kau untuk ingat memori ini.

✒Pls vote 😊🥰

✏From: ☆S

My First LoveWhere stories live. Discover now