Couple di dalam game.

182 7 0
                                    

🖊Kau masih ingat masa kau ajak aku jadi pasangan kau dalam game?

☆*: .。. o((❤))o .。.:*☆

Yeah. Pada awal perjumpaan kita, kita tidak saling menjadi rakan di dalam game itu. Jika tidak jadi rakan, kemungkinan untuk bertemu semula sangat tipis dan jika kita jadi rakan, kita boleh tengok jika kau on game atau tidak.

Tetapi takdir menemukan kita lagi di room yang aku create. Kali ini kita jadi rakan di dalam game. 

Dan sejak itu, setiap kali aku on game, kau juga on game. Kita mula jadi rapat di dalam game. Sampailah 2 atau 3 minggu selepas kita jadi rakan, ada yang menghantar pesanan untuk aku jadi couple di dalam game.

Game Au2 Dance ni, kita boleh bersembang dan mempunyai pasangan untuk sesiapa yang nak... Dan tentu ada ganjaran untuk orang yang ada pasangan.

Aku tidak tahu untuk terima atau menolak ajakan orang itu, tetapi akhirnya aku terima ajakannya dan jadi couple orang itu selama 2 minit sahaja....

Haha... Rupanya orang itu sengaja nak kenekan aku. Selepas sahaja aku dan orang itu putus couple dalam game, kau pulak yang menanyakan untuk jadi pasangan kau dalam game.

Sejujurnya, aku berdebar time tu dan pada masa yang sama aku gembira kau tanya aku untuk jadi pasangan kau. Aku terima ajakan kau.

Dan semasa kau hantar pesanan untuk jadi pasangan, kau tulis, "Sudikah kamu terima saya?" Aku tak ingat sangat, tapi ayat kau lebih kurang macam tu lah...

Hei!

Aku tak pernah menysal bertemu dengan kau


✒Pls vote 😊🥰

✏From: ☆S

My First LoveWhere stories live. Discover now