🖊 Lagi manis memori itu, lagi pahit ia akan jadi pada masa akan datang.
☆*: .。. o((❤))o .。.:*☆
To be honest, aku tak ingat sangat ape yang terjadi lepas kita get back. Tapi ada satu moment yang paling susah aku nak lupa. Setiap kali aku ingat, mesti aku tergelak dan sedih.
Mungkin beberape hari lepas kita get back, kau ajak buat video call. Aku ambil masa yang lama untuk bersiap, sebab well perempuan nak cari dan pakai tudung biar nampak comel kat depan orang yang dia sayangkan.
Hahaha... LOL.
Sebaik sahaja aku angkat panggilan video kau, aku nak tergelak, tapi aku tahan dahulu. Aku screenshot dahulu panggilan video kita itu, barulah aku tergelak dengan kuat.
Tapi di sebabkan aku screenshot sambil menahan gelak, gambar kau tak berape jelas. Bila aku dah puas gelak barulah aku bagi tahu kau.
"Dah dapt tangkap gambar awak!" Kataku sambil tergelak jahat pula.
Kau terus buka tudung kau dan turut tergelak. "Awak pula kenekan saya ye!" Balas kau.
Hahaha..... Kau pakai tudung untuk kenekan aku, tapi kau pula yang terkene dengan aku.
Hei, Masa aku tulis cerita ni pun, aku masih tergelak. Aku nak tahulah kalau kau masih ingat dan masih tergelak bila teringat momen ini.
Gambar kau yang itu masih ada! Ah! Bukan dalam fon aku, tapi kat cerita aku yang lagi satu.
Sebenarnye bukan cerita tapi macam diary yang boleh dibaca gitu. Kalau kau nak tengok gambar kau itu, pergi kat "LUAHAN HATI" bab, 'GET BACK?'
Aku masih belum ada fon. Fon yang ada semua gambar dan chat kita dah rosak T_T. Kau taukan?
Aku menulis kissah kita ni pun, kat laptop. Huhuhu.... Ibu aku janji kalau aku berjaya dapat sekurang-kurannya 2A, ibu aku akan bagi aku fon. LOL.
Kita sebenarnye, memang saling bergurau dan kene kan pasangan kan? Hahaha...
Kau kenekan aku, aku kenekan kau. Kau kenekan aku dengan soalan yang menguji aku, pada mulanya aku memang tidak boleh jawap soalan kau tu.
Tapi bile dah biasa dengan kau, aku boleh jawap dan kenekan kau sekali. Hahaha... Aku selalu kenekan kau dengan cakap bahase Jepun.
Kau tau sangat aku terlalu obsess dengan Jepun. LOL. Setiap kali aku cakap bahase Jepun, kau akan cakap macam ni. "Dah mula dah Jepun dia."
Aku selalu tersenyum bilabaca mesej kau itu dan terus cakap bahase Jepun sampai kau offline WhatsApp. Aku terus berhenti cakap bahase Jepun dan pujuk kau.
Awak
Awak merajuk eh?
Taklah
Teruskan jelah bahase Jepun awak tu
Sejujurnya, bagi aku masa kau merajuk, kau comel sangat. Hei, terima kasih.
Terima kasih bagi aku moment yang indah dan buat aku tergelak. Aku nak tahu kalau aku ni cukup penting sampai kau nak ingat dan simpan memori pasal aku.
Aku harap sangat, bukan aku sorang rasa macam ni. Rasa bersyukur dan gembira dapat kenal kau. Kan aku pernah cakap, aku tak pernah menyesal berkenalan dengan kau.
Perjumpaan dengan kau, kawan dengan kau, bercinta dengan kau, kongsi cerita, masalah, moment yang indah dan pahit dengan kau. aku tak pernah menyesal, malah aku gembira.
Terima kasih Cinta dan Ex pertama aku. Terima kasih Kimi. 😊
✒Pls vote 😊🥰
✏From: ☆S
YOU ARE READING
My First Love
RomanceCinta pertama? Mana mungkin aku lupakan kau. Kau orang pertama yang mengajar aku erti cinta yang sebenar. Kau orang pertama yang mengajar aku satu perasaan yang tidak pernah aku alami selama ini. Tetapi, ramai yang kata cinta pertama itu selalunya t...