🖊 Aku terima kau
☆*: .。. o((❤))o .。.:*☆
Sudah banyak kali kau mengungkap kata cinta pada aku, tetapi kau selalu mengubah topik. Aku betul-betul sakit tau!
Tetapi kau selalu buat aku ketawa dan gembira. Jadi apabila kau buat aku tertawa, aku lupa kenapa aku tidak suka kau. Malah, kau buat perasaan cinta aku pada kau makin besar.
Sampailah, pada tarikh 18/9/2018. Ia itu tahun lepaskan?
Kalau saya suka awak, awak terima tak?
Entah
Jawap je.
Saya tak kesah jawapan awak
Terima kot..
Eh?
Mana boleh kot...
Haha...
Maaf ye.
Saya bergurau je.
Kalau betul lagi bagus.
Oh...
Ok..
Awak, maaf tau
Kau fikir dengan kata maaf begitu boleh buat aku tersenyum? Aku betul-betul sedih. Seolah-olah kau bagi harapan palsu kat aku!
Aku fikir yang kau langsung tidak cintakan aku. Aku rasa diri ni di permainkan. Perasaan cinta aku pada kau mula berpudar.
Esoknya, 19/9/2018. Kau tanyakan soalan yang sama lagi sekali.
Kali ni saya serius.
Hm...
Kalau awak nak masa, saya boleh bagi.
Ok.
Bagi saya masa untuk berfikir.
Kali itu, aku tidak tau apa jawapan yang patut aku bagi kat kau. Jujur pada masa itu aku memang cintakan kau, tapi di sebabkan kau dah banyak kali permainkan hati aku, aku jadi ragu-ragu untuk terima kau.
Esoknya, 20/9/2018, Kita berjumpa di dalam game Au2 dance.
Masa itu kita berjumpa di room crew. Aku naik buaiyan, kau juga naik dan duduk di sebelah aku. Kau ikut sahaja aku kemana sahaja. Puas mengikut aku. Kau terus tanya aku.
Awak dah fikir jawapan soalan saya?
Dah kot.
So apa jawapan awak?
Pada masa itu kau bagi love kat aku. Aku ini tsundere. Bila kau buat begitu, aku tumbuk kau. Haha..
Bila ingat balik, aku baru sahaja ingin bagi jawapan aku, tapi kau buat begitu, terus dapat penumbuk dari aku.
Aduh..
Sakitlah..
Kalau awak tak suka cakap jelah...
Aku hanya diamkan diri. Tiba-tiba kau off game. Aku rasa bersalah. Aku juga off game dan on WhatsApp.
Awak
Awak marah ke?
Saya nak bagi tau jawapan saya ni.
Apa?
Saya terima awak.
Yeah! 20/9/2018, kita jadi pasangan couple. Tapi pada masa yang sama hati aku masih ragu. Aku tidak tau jika apa yang aku lakukan ini betul atau tidak.
Aku jujur, pada masa aku cakap yang aku terima kau, hati aku masih keliru dan mungkin aku tidak cintakan kau.
✒Pls vote 😊🥰
✏From: ☆S
YOU ARE READING
My First Love
RomantizmCinta pertama? Mana mungkin aku lupakan kau. Kau orang pertama yang mengajar aku erti cinta yang sebenar. Kau orang pertama yang mengajar aku satu perasaan yang tidak pernah aku alami selama ini. Tetapi, ramai yang kata cinta pertama itu selalunya t...