BY:SEFFANO KAVANA
BABY JUDE
PART 01
Jerick menghempas tubuhnya diatas katil sambil merenung siling biliknya,fikirannya kusut bila memikir permintaan Dato seri Simon itu yang mahu menjodohkannya dengan gadis pilihan atuknya itu.
Malah Jerick tak kenal langsung dengan gadis itu,bila ditanya pada kedua ibubapanya,mereka hanya kata pilihan Dato seri Simon selalunya yang terbaik ,tepat dan betul.siap kena sokong lagi pilihan atuknya.
"Arghhh!!!bosan lar..!!! aku hanya cintakan Lydia!!bukan gadis tu!
apa lar nasib aku ni jadi cucu Dato Simon!adakah patut aku kena kawin dengan gadis kampung tu ishhh...ni mesti perempuan jenis mata duitan ni!!"rungut Jerick,tiba-tiba telefonnya berbunyi diatas meja lampu itu,Jerick mencapai lalu melihat pada skrin telefonnya.Tertera nama Lydia,Jerick tersenyum manis lalu mencium telefonnya. pandai pun dia telefonnya saat ini.
"Hello babe...emmm,kenapa tu"Ujar Jerick acuh tak acuh saja,saja nak tarik perhatiaan c gadis.
"I miss you dear,err...oke,i tak akan speking malay sebab Atuk tak suka kan i cakap english punya..dear buat apa sekarang ni...jom keluar"rengek Lydia manja.
"Sorry babe...hari ni dear tak ada mood pula"ujar Jerick bosan dan kalau boleh dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun termasuk lar Lydia.
"Why dear...dear!!dear!!hello!!!shitt!!!"marah Lydia lalu menghempas telefonnya diatas katil bila Jerick memutuskan talian telefonnya.Lydia Lalu menangis sebab bukan sekali dua Jerick buat begitu padanya tapi selalu saja Jerick tidak melayan panggilannya.
🌷🌷🌷🌹🌷🌷🌷
Bella memandang wajah tampan bapanya Tuan Dennis,bekas anggota komander dulu,memang seorang bapa yang tegas dan garang dan dia cukup tegas dalam mendidik anak-anaknya dalam pelajaran dan agama.
Bella nak tolak permintaan parentsnya tapi takut pula dia dengan bapanya.Takut pula dicop jadi anak derhaka,lagipun kali ini Bella betul-betul tersepit dengan kemahuaan dan permintaan orang tuanya.
"Apa bella ada teman lelaki.."ujar Tuan Dennis lembut,dia setegas-tegas pun dia harus kena tanya dulu pada anaknya,sebab kawin ni bukan boleh dibuat main-main.
"Err...tak ada papa,Bella kan masih belajar lagi,Bella ikut semua nasihat papa dan mama "ujar Bella lembut saja tutur bahasanya.
"Peminat!!"usik Tuan Dennis, Bella hanya tertawa sambil tutup mulut,Puan Grace memukul lengan suaminya.
"Papa ni kesitu pula,macam lar Bella ni artis berpeminat bagai"rungut Puan Grace.
"Papa tanya saja,mana tahu ada peminat Bella...tu yang kita mahu tahu,betul tak Bella.."ujar Tuan Dennis lalu tersenyum saja.
"Tak ada papa...mana ada.."ujar Bella,setahu Bella lepas tamat persekolahaan Bella dan Intan terus balik rumah dan tiada pula pelajar lelaki cuba memikatnya.Sebab semua pelajar disana sangat kenal dengan Tuan Dennis bapa Bella..!
"Betul ni..."Tuan Dennis ingin kepastiaan tapi dia puas hati dengan semua jawapan Bella itu.Sebab Intankan spynya dalam diam.
"Betul papa...!"
"Bagus..lar kalau macam tu, nah...pakai cincin ni" Tegas Tuan Dennis lalu menghulur cincin emas putih itu pada Bella,Bella mengambil cincin itu lalu disarungnya ke jari manis kanannya,tanpa bertanya dulu.
"Hah...ingat Bella,awak tu sekarang jadi tunang orang !"Ujar Tuan Dennis lalu tertawa kecil bila melihat mata Bella membulat sebab terkejut.
"Hah..!! tunang orang!!papa!!ehh...ingatkan papa suruh Bella try cincin ni untuk mama!!" ujar Bella panik,Tuan Dennis dan Puan Grace hanya ketawa saja.
YOU ARE READING
BABY JUDE
RomanceSINOPSIS BABY JUDE BY:SEFFANO KAVANA Jerick terpaksa berkahwin dengan gadis pilihan Dato seri Simon iaitu Bella, Bella gadis kampung yang lemah lembut dan penyabar orangnya.. dalam pada masa yang sama Jerick curang dibelakang Bella dan ingin mence...