BY:SEFFANO KAVANA
BABY JUDE
PART 07
Bella berdiri ditepi tingkap sambil tangannya bermain dengan air hujan.sudah sebulan Bella berada diLondon dan tinggal bersama dengan atuk dan neneknya.Hanya mereka saja yang tahu Bella ada disitu.
Tuan Dennis dan Puan Grace juga tidak tahu yang Bella berada diLondon.Jerick pula sibuk bercinta dengan Nana!.
Jerick tidak pernah tahu yang Bella sedang hamil 2 bulan kini, hanya Evan saja yang tahu.Evan gembira akhirnya Jerick telah menceraikan Bella tapi Bella tetap memilih Jerick!.
Biar pun Evan sudah meluahkan perasaannya pada Bella.Bella tetap memilih untuk setia pada Jerick.
Dato Seri Simon sudah sedar dari koma cuma dia belum dapat berdiri lagi.Dato Seri Simon selalu saja mencari Bella namun Jerick sering saja mengelak bila ditanya dan Jerick terus saja tinggal dirumah apartmennya yang baru dibelinya.
Dato Seri Simon tahu Jerick ada sesuatu yang dia buat hingga Bella hilang!dalam diam Dato Seri Simon ada pengintip dan dia lar yang menceritakan apa yang terjadi dalam rumah itu sepanjang Dato seri Simon Koma.
"Baik lar Jerick kau nak bermain dengan aku kan oke fine...ini Dato seri Simon lar...!"ujar Dato Seri Simon geram dengan sikap Jerick itu.
"Farid!!aku nak awak batalkan semua kad kredit Jerick sekarang juga,ambil balik kereta dia dan halau dia dari Apartmennya!! Dia dah cabar aku!!"marah Dato Seri Simon bila Tuan Rahman memberinya surat cerai Jerick dan Bella padanya.
"Kurang ajar!!!!lelaki tua itu masih hidup!!"marah lelaki itu dia berharap agar Dato Seri Simon mati dan dia berharap agar projek itu jatuh ke dalam tangannya dan dia akan bertambah kaya dan terkenal nanti.Tapi lelaki tua itu jadi penghalangnya pula.
Olivia pandang Ian dengan tajam dia marah bila papanya lupa bawa dia ke taman permainaan hari itu,Ian serba salah pada puteri kesayangannya itu.
Ian mundar mandir di ruang tamu sambil pandang Olivia.
"Sorry sayang papa tak sengaja, okey macam ni,besok papa janji papa akan bawah Oliv ke zoo.."
"Tak nak!!"rajuk Olivia sambil peluk tubuh,alolo...comelnya anak aku kalau merajuk.
"Oliv tak sayang papa dah... sedihnya hati papa."
"Tak nak!!Oliv nak mami Bella!! Oliv hanya sayang mami Bella" ujar Olivia.Ian hanya garu kepala nya yang tidak gatal.Dia sendiri tidak tahu dimana Bella berada kini.
"Awak dimana Bella,aku rindukan kamu"bisik hati Ian. Hatinya sudah tertutup untuk Nana.Hilang kepercayaannya pada wanita itu.Cintanya buat puteri tunggalnya saja,kalau ada perempuan pun hanya nama Bella yang terukir dihatinya.
Tiada siapa-siapa lagi!hanya Bella.Malah dia sanggup bersaing dengan Jerick! kerana dia tahu Jerick curang dibelakang Bella!!.
Ian teringat semasa mereka dipantai dan Bella melayan Olivia dengan baik!Bella sangat seronok bermain dengan Olivia.
Tapi Ian tidak suka cara pandangan Jerick pada Bella, Cemburu.!Ian sendiri bingung dengan sikap Jerick itu,cinta tapi ego!!suka sakiti hati Bella.Ian duduk disebelah Olivia lalu memeluk puterinya,Olivia hanya ketawa saja bila Ian mencium pipinya.
Jerick menggigit bajunya,dia diberi amaran terakhir,dia kena mencari Bella selama 2 bulan,sekiranya dia gagal mencari secara automatik dia dihalau keluar dari rumah itu dan segala-galanya menjadi milik Bella.
"Aduiii...dimana aku nak cari Bella ni!!padan muka kamu Jerick!!awak dah abaikan Bella!! Bella maafkan pak cik!! thank you sebab buat birthday party aku dulu..."ujar Jerick kecewa.

YOU ARE READING
BABY JUDE
RomanceSINOPSIS BABY JUDE BY:SEFFANO KAVANA Jerick terpaksa berkahwin dengan gadis pilihan Dato seri Simon iaitu Bella, Bella gadis kampung yang lemah lembut dan penyabar orangnya.. dalam pada masa yang sama Jerick curang dibelakang Bella dan ingin mence...