BY:SEFFANO KAVANA
BABY JUDE
PART 08
Bella selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat namun Bella agak sedih juga bila Jerick tiada disisinya semasa melahirkan anak mereka itu.
Bella memberi nama anaknya Isaiah Jude,dan Bella tidak percaya yang dia sudah bergelar ibu,Bella mencium pipi Jude yang terlena diatas tilamnya.
Bella enggan balik kesabah kerana dia benci melihat kemesraan Jerick dan Nana itu. Hati Bella sakit dan sangat sakit tapi yang peliknya Jerick pula yang cemburu dan marah-marah Pada Bella.Tapi Jerick langsung tidak pernah ambil tahu perasaan,hati dan tentang dirinya,sama ada dia cemburu ataupun tidak tapi jawapannya SANGAT CEMBURU DAN HATINYA SANGAT TERLUKA!!!,
"Yang pak cik marah-marah saya ni kenapa!!kenapa dah termakan hasutan selingku awak tu!!"marah Bella.Jerick menghampiri Bella hingga tubuh Gadis itu tersandar didinding, Bella menolak tubuh sasa itu tapi Jerick semakin dekat.
"Awak ke mana hari ni"ujar Jerick lembut,kalau dia berkasar sudah pasti Bella tak akan memberitahunya.
"Saya ke hospital lawat Atuk..."
"Bukan...berdating dengan Doktor Evan"
"Ya...sama lar tu,lawat atuk sambil berdating dengan Evan macam awak dan Nana adilkan"
Jerick tersentap juga!.Bella menolak tubuh itu tapi tidak berjaya malah Jerick terus menciumnya!!.Bella amat terkejut sekali,ini yang Bella tak suka Jerick selalu saja menciumnya secara mengejut tanpa Bella jangkakan.
Bella terus meronta-ronta tapi tidak berjaya,biarpun Bella memukul-mukul dada bidang itu tapi Jerick semakin kuat pula!. Bella menangis namun tiada belas kasihan dari Jerick.Makin Bella meronta maka makin lama lar Jerick menciumnya.
Jerick mencium dahi isterinya dengan lembut lalu tersenyum gembira,Bella masih tertidur lena didada Jerick lalu mengenggam jari-jemari Bella.Jerick memeluk erat tubuh itu dia seperti tidak mahu melepaskan Bella.
Jerick teringat pada Nana yang marah-marah padanya sebab dia sering kali tersasul memanggil Nana dengan panggilan Bella.
"Bella,nak makan dimana..,!"
"Hey...i bukan Bella lar!! kenapa you dah jatuh hati pada betina perampas tu!!!"marah Nana sambil berpeluk tubuh dan tersenyum sinis.
Jerick hanya diam sakit hatinya bila Bella dipersalahkan!Jerick bingkas bangun dan pandang Nana dengan tajam.
"Aku nak tanya awak,siapa yang perampas!!Bella dah jadi isteri aku sebelum awak muncul semula..dan awak datang menagih kasih awak pada aku!! maaf Nana aku akui memang aku dah jatuh hati pada Bella,jatuh hati pada pandang pertama dan Bella adalah first love aku yang sebenar!"ujar Jerick lalu berlalu dari situ.
Nana pula terkebil-kebil dan terpaku disitu lalu cepat-cepat mengejar Jerick dan meminta maaf pada Jerick.Namun Lelaki itu hanya diam saja.
Jerick hanya tersenyum lalu tidur balik dan tetap memeluk Bella.
Jerick berharap agar Bella terus menyintainya seorang dan biar Jerick menyintai Bella seorang sebab Bella benar-benar mencuri hatinya.🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀
Jerick gagal mencari Bella! dia tidak tahu Bella berada dimana dan tidak tahu khabar isterinya sekarang.
Jerick kesal lalu bersandar dipintu biliknya.
"Awak dimana sayang...Pak cik rindukan kamu..."bisik hati Jerick lalu meraup mukanya.

YOU ARE READING
BABY JUDE
RomanceSINOPSIS BABY JUDE BY:SEFFANO KAVANA Jerick terpaksa berkahwin dengan gadis pilihan Dato seri Simon iaitu Bella, Bella gadis kampung yang lemah lembut dan penyabar orangnya.. dalam pada masa yang sama Jerick curang dibelakang Bella dan ingin mence...