"Omma.. " Jerit min young kerana terkejut badannya hampir jatuh kelantai tetapi sempat dirangkul oleh namja yang tidak dia kenali...Min young menjadi kaku seketika. Lantas dia berdiri dengan tegak kerana tidak mahu dipandang lain oleh orang sekeliling.
"Mianhae.. Saya tak sengaja." kata min young sambil mengelapkan baju namja tersebut kerana terkena air susu coklat yang baru dibelinya tadi. Disebabkan kecuaianya terlanggar kulit pisang diatas lantai itu telah menyebabkan air itu tertumpah dibaju namja itu.
"Yah... Sokay. Lain kali mata tu guna dengan sebaiknya ye?" Tegur namja itu kepada min young seperti ada nada sinis disitu.
"Kan saya dah kata. Saya tak sengaja." Rungut min young yang sudah berhenti mengelap baju namja itu.
"Kali ni jalan tu tengok kiri kanan dulu ehh. Bukan jalan raya je baru nak tengok kiri kanan. Kalau boleh tengok atas bawah ye? Muka dah cantik tapi macam tak ada mata je." kata-kata namja itu membuatkan min young malu sangat-sangat kerana dia dihina didepan kawan namja itu.
"Tak guna dia kata aku tak ada mata. Dia ni kan. Kalau nak marah tu marah je lah tak perlulah nak menghina aku sangat. Sekali aku tendang sampai masuk dekat dalam mangkuk tandas tu baru dia tahu. " omel min young.
"Apa awak kata tadi? Tak payah nak mengomel sangat. Saya masih dengar lagi."
"Dengar rupanya ingatkan pekak tadi."
"So... Disebabkan awak dah tumpahkan air dekat baju saya. Saya nak awak belanja saya makan. Tak kira apa pun alasan awak." kata namja itu lagi kepada min young. Min young sudah buat muka menyampah kepada namja itu.
"Kenapa pula saya perlu belanja awak makan?" soal min young tanpa rasa ragu-ragu pun.
"Dah kira bagus sebab saya tak suruh awak ganti baju saya yang mahal ni. Kalau awak belanja saya tak payah nak ganti baju saya yang kotor ni." Min young betul-betul menyampah dengan namja tersebut.
"Okay saya belanja awak makan. Yang penting awak dah maafkan saya. Lepastu jangan ganggu saya lagi" Dengan pantas min young menuju ke kelasnya tanpa menghiraukan lagi namja itu.
🐨🐨🐨
Di pagi yang hening dan sejuk. Bagi min young tidak begitu kerana dia cuma merasakannya ialah benci dan marah sahaja ketika itu. Dengan keadaan yang masih penuh rasa marah min young menuju ke kelasnya tanpa menghiraukan sesiapa pun.
Min young masih lagi menyangka bahawa jika pada malam itu adalah hari yang last dia akan berjumpa dengan namja tersebut dan dia pun bersetuju belanja namja itu makan kerana dia berharap lepas ini namja itu tidak akan menganggunya lagi.
Rupa-rupanya namja itu makin suka menyakat min young. Mungkin namja itu hendak membalas dendam kerana apabila mereka asyik saja bertekak, min young tidak mahu kalah tetapi apabila namja itu menyakat min young terus sahaja min young berubah wajah dan diam.
"Kau perasan tak namja tu suka dekat kau?" Soal Hyung jin...
"Namja mana? " Soal min young tanpa ada rasa minat pun ingin tahu.
"Alah si namjoon tulah. "Balas hying jin sambil tepuk-tepuk tangan. Dah macam terancat akal je.
"Suka apanya kalau setiap kali kami terserempak mesti ada ja benda dia nak cakap untuk sakitkan hati aku ni." Luah min young dengan nada yang penuh marah.
"Yekeh? Aku tengok si namjoon tu layan kau okay je. Kau tu je yang layan dia macam orang tak berapa nak okay." Kata hyung jin sambil tersengih-sengih.
"Yah... Kenapalah kawan aku ni? Aku rasa kau ni dah terikut bangang macam si namjoon tu agaknya?" Min young hanya mampu menepuk dahi sambil gelengkan kepalanya beberapa kali.
"Ehh... Tapi Namjoon tu okay apa? Tak bangang pun." Tambah hyung jin lagi.
"Okay kepala otak kau. Aku rasa kau ni dah terlebih bangang dah lebih baik kau telan je telefon kau tu daripada terus bercakap." Balas min young dengan nada yang tidak berpuas hati kerana sahabatnya nak sangat membela si namjoon tu.
Kalau diingatkan balik nak sahaja min young langar tiang daripada namja tu. Kalau jatuh pun tak apa asalkan dia tak dengar kata-kata yang dikeluarkan oleh namja itu pun.
🐨🐨🐨
20 minit yang lalu
"Hye Min young." Sapa daripada satu suara yang agak min young kurang berminat nak layan.
"Apa hye-hye. Nak makan penumbuk ke?" Soal Min young.
"Pagi ni saya nak makan nasi. Bukannya nak makan penumbuk awak yang tak berapa nak sedap tu." katanya sambil memegang dagu.
"Jadi? Apa saya kesah awak nak makan nasi. Nak makan pergilah makan. Kalau awak pergi dekat sini bukannya ada nasi pun." Balas min young sambil menjeling tajam kearah namjoon.
"Alah takkan lah nak sapa sikit tak boleh?" Kata namjoon sambil senyum hingga nampak lesung pipitnya. Ehh bukan lesung pipit tu. Tu namanya lesung batu. Gerutu hati min young.
"Boleh... Tapi dalam mimpi jelah." Dengan pantas min young menuju ke kentin sambil menjeling tajam kearahnya. Belum sempat dia melangkah namjoon sudah menarik tangan min young.
"Yah min young janganlah marah. Kalau awak marah tak comel pun. Cuma mugkin akan sama macam muka babun yang ada dekat zoo negara tu je." Katanya sambil melepaskan tangan min young.
"Ohh... Babun ehh. Awak tunggu ehh..." Min young jalan sambil melangar lengan namjoon dengan sekuat hatinya sehingga namjoon jatuh ke lantai. Arggh baru kau tahu bertapa sakitnya hati aku. Dahlah mulut macam longkang. Berani dia samakan muka aku macam babun. Kalau kucing tak apa juga ni babun. Arhh... Padan muka. Desis hati min young.
"Oppss... Padan muka. Mulut tu jaga sikit ehh. Kalau saya ni macam babun dah lama saya patah-patahkan je tulang awak tu. Kali ni kalau jumpa saya sebelum nak cakap tu awak kena fikir dulu ehh supaya nampak sikit macam orang berakal. Kalau tak banyak pun tak apa asalkan ada. Ye?" kata min young sambil tersenyum sinis.
"Arghh... Yah... Min young tunggulah." kata-kata namjoon langsung tidak dipedulikannya.
🐨🐨🐨
YOU ARE READING
Mr. Secret
RandomKisah seorang gadis yang mempunyai sejarah silam yang lama telah dipendam. Tapi hidupnya telah berubah disebabkan ramai orang yang menyayanginya. Kisah ini juga menceritakan kisah cinta min young yang tidak pernah dia menyangka bahwa dia akan mencin...