Bab 7

9 4 0
                                    

Min young young menyikat rambutnya yang serabai itu lalu memakai penyepit rambut. Dia memakai baju blouse warna purple dan memakai seluar jeans. Sangat simple tapi cantik apabila dipakai oleh gadis yang bernama min young.

"Okay... Dah siap. "

Balik-balik min young meneliti dirinya dicermin mana tahu ada yang kurang. Apabila semuanya sudah sempurna dengan pantas min young keluar menuju ke ruang tamu.

"Wah... Cantik sangat kawan aku ni. Dah macam orang nak naik pelamin je." sindir hyung jin. Min young yang mendengar terus mukanya menjadi merah padam apabila dipuji sedemikian.

"Ehh yang kau tersengih-sengih macam kambing tak cukup bulu tu dah kenapa? Eleh. Beranganlah tu..."

"Kau ni kan. Awal pagi dah buat aku tak ada mood."

"Okay-okay. Mian. Aku baru je nak bergurau janganlah nak series sangat. "

"Yah jomlah. Nanti kesian si beomgyu tunggu kita." Hyung jin yang dari tadi ikat tali kasutnya terus mencapai kunci kereta.

🐨🐨🐨

Apabila min young dan hyung jin telah sampai dishopping mall, mereka pun mencari kelibat si beomgyu di sekitar kawasan itu. Tapi gagal...

"Aishh. Si beomgyu ni buat hal lagi ke?"

"Kita tunggulah kejap lagi. " pujuk min young.

"Bagus ye budak ni. Dia suruh kita sampai dalam jam 9 pagi. Lepastu dia cakap janji nak datang awal. Sekarang ni siapa yang tunggu siapa ni? Dah satu jam kita tunggu dia tapi dia tak sampai-sampai pun. Kalau aku tahu jadi macam ni lebih baik aku cancel je."

"Lah tunggulah kejap. Mana tahu dia busy."

"Okay aku tunggu. Tapi kalau dia tak sampai juga. Aku bagi tinggal kau sorang-sorang kat sini. Kau tunggulah dia."

Min young yang hampir nak putus asa tunggu si beomgyu terus menuju ke tandas. Apabila dia keluar dia nampak si beomgyu jalan menuju ke tempat hyung jin. Min young yang teruja nampak si beomgyu terus pergi ke arah hyung jin juga.

"Mian sebab buat korang lama menuggu."

"Arrh. Apa pasal awak lambat? Awak tahu tak berapa lama kita orang tunggu awak? Kalau tak jadi cakap jelah tak payah, janji kononya kata nak datang awal. Janji je lebih tapi tak pernah nak tepati." Dengus hyung jin dengan wajah yang masam mencuka.

"Sabar hyung jin. Aku tahu kau marah sangat dekat beomgyu ni. Tapi kita kena dengar dulu penjelasan dia. Okay? " cadang min young kepada hyung jin.

"Lah... Cakaplah. Kenapa bisu. Baru lepas tetelan gam ke sampai tak boleh nak bercakap?" soal hyung jin kerana betul-betul dah benggang dengan kelakuan beomgyu yang hanya membisu dari tadi.

"Tadi kereta saya rosak. Saya nak telefon korang tapi telefon saya tertinggal dekat rumah." Jawap beomgyu yang hanya memandang lantai je dari tadi.

Min young yang melihat hanya mampu kesian je. Mungkin dia malu sebab kena dimarah dekat tempat awam.

"Alasan. Alasan. Alasan. Itu ja awak mampu buat. Lepas dah cakap mian nanti buat lagi. Arhh. Tulah diri awak tak boleh dipisahkan lagi."

"Kau ni kan hyung jin. Janganlah nak marah dia sangat. Kan dia kata dia tak sengaja." pujuk min young.

Didalam hati min young nak je marah si beomgyu ni. Tapi dah sayang nak buat macam mana lagi. Kenalah dia bersabar.

"Okaylah macam ni. Saya belanja makan lepastu kita pergi tengok wayang." pujuk min young lagi. Hyung jin hanya mengangguk tanda bersetuju.

"Okay. Tapi ingat ehh beomgyu. Saya belum maafkan awak lagi. Kalau awak nak saya maafkan awak, boleh je. Tapi ada satu syarat. Nanti saya bagi tahu awak. Tu pun kalau awak naklah."

"Apa? "

"Nanti je lah saya bagi tahu. Benda ni kita dua ja yang tahu." Min young yang hanya mendengar terus mengerutkan dahinya.

"Yelah. Abaikan jelah aku ni. Korang dua nak berahsia sangat kan dengan aku tak apalah." min young memuncungkan bibirnya. Acah-acah merajuk.

"Nanti aku bagi tahulah kau. Okay? Ehh dahlah jom kita pergi makan. Aku lapar."
Hyung jin menarik tangan min young. Min young hanya menuruti langkah hyung jin tanpa berkata apa-apa pun.

🐨🐨🐨


Okay... Anda boleh comen cerita saya ini. Nanti saya akan updated bab yang seterusnya😉

Mr. SecretWhere stories live. Discover now