Bab 4

12 6 0
                                    

Sudah dua hari min young tidak pergi kekelas kerana sakit. Sakit apabila mengigati masa silamnya.

"Kenapa unnie benci sangat kat aku ehh?"

Tiba-tiba kepalanya terasa amat sakit.

"Aku benci kau."

"Tapi kenapa unnie?"

"Kau nak tahu sebab apa? Sebab kau omma dan appa mati. Sebab kau...  Semuanya sebab kau. Aku benci kau. Sampai mati aku tetap akan benci kau."

"Arghh... Sakitnya kepala aku. Kenapa setiap kali aku ingat semua ni pasti kepala aku akan sakit?" Min young mengambil ubat yang berada diatas mejanya. Selepas itu dia melelapkan matanya bagi menghilangkan kesakitan dikepalanya itu.

🐨🐨🐨

Tok!!  Tok!!  Tok!!!

"Masuk je lah." 

"Kau dah okay ke?" soal hyung jin.

"Aku okay je. Cuma sakit kepala aku pandai datang kalau aku banyak berfikir." Balas min young sambil mengurut dahinya.

"Nah. Tuan kim suruh aku bagi ni dekat kau." Hyung jin menghulurkan kotak kecil kepada min young. Min young mengerutkan dahinya.

"Tak payah nak hairan sangat. Sepatutnya aku yang hairan. Tapi aku dah tahu semuanya dan dia suruh kau jaga kesihatan itu je. Okay?"

"O... Okay"

"Esok kau pergi kelas tak?"

"Ya. Dah lama aku tak pergi kelas."

"Eleh... Baru dua hari bukanya dua bulan. Kau nak kata lama." Min young hanya senyum tawar apabila mendengar kata hyung jin itu.

"Okaylah aku nak keluar ni. Nak masak untuk makan malam. Kalau kau nak apa-apa panggil je aku. Okay?" Min young hanya menganguk tanda faham. Sebaik sahaja hyung jin hilang dari pandangan min young, dia membuka kotak kecil yang diberikan oleh Tuan Kim itu.

"Ehh ada kotak lagi?" Tiba2 matanya melihat satu surat yang dilipat agak kecil lalu min young mengambil surat tersebut dan membacanya.

Jika disaat ini kamu nangis carilah aku untuk mengesat air matamu.
Jika disaat ini ada orang yang menyakitimu. Maafkan lah dia walaupun kamu benar-benar terluka~

Apa-apa pun saya nak minta maaf sebab buat kamu sedih hari itu. Saya harap kamu cepat sembuh. Okay? Jangan lupa buka kotak yang lagi satu tu ye?☺

-Tuan kim-

Dengan tidak sabar min young membuka kotak yang dimaksudkan Tuan Kim itu.

"Lah tisu je ke? Tuan kim... Tuan kim" min young hanya geleng kepala apabila melihat tisu itu. Dalam hatinya tak ada sedikit pun marah kepada Tuan Kim kerana dia faham yang Tuan Kim tidak tahu pun tentang masa silam dirinya itu.

🐨🐨🐨

Mr. SecretWhere stories live. Discover now