"Nah, minumlah. " Milo panas dalam cawan kertas itu dihulurkan kearah min young. Min young hanya merenung milo itu tanpa selera. Badannya masih menggeletar walaupun sudah sejam berlalu.
"Mian... Semua ni salah saya."
Min young tidak bercakap apa -apa.
"Jomlah saya hantar awak balik." kata namjoon sambil memapah min young masuk ke dalam keretanya.
Semasa dalam kereta, min young dan namjoon hanya membisu sehinggalah min young sampai kerumahnya.
"Gomawo. Awak tak nak saya rawatkan luka dekat tangan awak tu ke?"
Rasa simpati dalam diri min young masih ada kerana itu dia mahu menolong namjoon. Walaupun namjoon suka berkeras tetapi min young tetap juga ingin menolong namjoon.
"Tak apalah sikit je ni. "
Min young yang mendengar jawapan namjoon itu terus mengalihkan pandangannya kemuka namjoon."Namjoon! Hidung awak... "
Namjoon kesat cecair yang tiba-tiba sahaja keluar dari hidungnya itu.
"Masuklah dulu. Biar saya rawat luka dekat badan awak tu. "
Namjoon yang tidak bercakap apa-apa hanya menuruti langkah min young hingga kedalam rumah.
🐨🐨🐨
"Arghh... "
"Mian...Saya tahu sakit tapi tahan sikit ye, namjoon." kata min young sambil mendogakkan kepala namjoon lalu memicit hidungnya dengan kuat. Sebelah tangannya lagi mengelap darah yang keluar dari hidung namjoon menggunakan tisu.
"Banyak lagi ke darah yang keluar? " soal hyung jin lalu meletakkan kain bersih dan ais hancur diatas meja.
"Nanti kuranglah darah yang keluar ni. Tak apa kau pergilah tidur dulu." hyung jin hanya mengangguk sebelum berlalu dari situ.
Selepas min young siap merawat namjoon dia meletakkan kain yang telah dibungkuskan dengan ais hancur itu dibatang hidung namjoon secara perlahan-lahan.
"Okay tak? " soal min young. Namjoon hanya mampu mengangguk sambil menutup mata.
"Malam ni awak tidurlah dekat sini dulu. Kalau pasal bilik tu, awak boleh tidur dekat bilik saya. "
"Tak payahlah. Saya balik rumah je. " kata namjoon lalu menyandarkan badannya disofa yang empuk itu.
"Dah lewat malam dah ni. Lagi pun keadaan awak tak okay sangat. Jadi awak rehatlah dulu untuk satu malam je."
"Awak tidur dekat mana nanti?" soal namjoon pula.
"Saya tidur dekat sofa ni je."
"Mwo? " namjoon yang agak terkejut dengan jawapan min young itu lantas membangunkan dirinya dari menyandar disofa.
"Ehh saya main-main je. Saya ni boleh ja tidurlah dekat bilik hyung jin sebab dia tu yoja bukanya namja. Jadi tak payalah nak risau. " terang min young. Namjoon yang mendengar hanya mampu menganggukkan kepalanya.
🐨🐨🐨
Hari ni min young bangun awal sikit sebab dia nak masak sarapan untuk namjoon. Baginya itulah tanda terima kasih dia kepada namjoon.
Sesudah min young membasuh mukanya dia lantas turun menuju ke dapur. Dia duduk mencangkung menghadap almari. Habis almari diselongkarnya. Dah macam opersi nak cari harta karun je.
"Weh.. Min young. Awal kau bangun. Kau cari apa tu arrh? "
Lepas min young menutup almari itu dia menoleh kekanan. Habis makanan jatuh kat lantai sebab hyung jin duduk mencangkung betul-betul dekatnya.
"Yah... Kau dah kenapa? Dengan serabai macam hantu ni buat aku terkejut je tau. . " kata min young sambil usap dada.
"Kau tu yang kenapa? Awal-awal macam ni selongkar almari? Kalau ye pun kau lapar tunggulah kejap lagi nanti aku tolong buatkan. " terang hyung jin sambil gosok mata.
"Ishh... Aku nak masakan untuk namjoon lah. "
"Mwo? " hyung jin yang tadi masih mamai terus ternganga.
"Ehh... Tutup mulut tu nanti masuk lalat, nyamuk, bakteria-"
"Yah. Dahlah tu sebelum kau masukan dengan haiwan dalam satu dunia ni lebih baik kau stop je. Apa mimpi kau nak masak ni arrh? Tak pernah-pernah kau masak. Kau sendiri yang cakap kat aku yang kau tak akan masak takut habis dapur aku ni kau hamburkan. " kata hyung jin sambil ikut gaya yang pernah min young buat.
"Hehe... Memang aku pernah cakap macam tu. Tapi aku tengah cubalah memasak. Untuk si namjoon."
"Wah. Demi si namjoon kau sanggup ye nak hamburkan dapur aku ni. " kata hyung jin sambil bercekak pinggang.
"Yelah nanti aku kemaslah balik."Rayu min young sambil buat muka comel dia tu. Hyung jin yang menyampah terus pergi ke singki.
"Kau nak aku tolong ke?"
"Boleh juga."
Kini min young dan hyung jin sibuk memasak. Walaupun min young tak suka dengan bebelan hyung jin tapi dia tetap juga tahan sebab nak namjoon makan makanan yang sedap.
🐨🐨🐨
YOU ARE READING
Mr. Secret
RandomKisah seorang gadis yang mempunyai sejarah silam yang lama telah dipendam. Tapi hidupnya telah berubah disebabkan ramai orang yang menyayanginya. Kisah ini juga menceritakan kisah cinta min young yang tidak pernah dia menyangka bahwa dia akan mencin...