Bab 2

32 9 0
                                    


Masa telah pun berlalu. Semua pelajar telah pun balik ke rumah. Apabila Min young sampai ke keretanya.Dia ternampak ada sejambak bunga yang dikelilingi dengan coklat berada dicermin hadapan keretanya.

"Tak silap aku tadi bunga ni tak ada dekat kereta aku. Tapi bila masa pula benda ni ada? Siapalah yang bagi aku bunga siap ada coklat bagai? Weh... Tapi coklat ni ada kacang kan? Aku ni tak suka coklat ada kacang. Tak apalah. Nanti aku bagilah dekat si hyung jin." Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu kad yang tertulis Mr. Secret...

"Arghh... Mr. Secretlah sangat. Tak apa One day aku akan tahu juga siapa yang bagi aku bunga dengan coklat ni." Dengan tidak membuang masa min young melangkah ke dalam kereta...

Belum sempat dia melangkah kedalam kereta matanya melihat seorang lelaki yang sedang duduk dibawah pokok yang redup. Tuan Kim iaitu guru yang telah mengajarnya dalam bidang sains ini seperti orang yang mempunyai banyak masalah. Sampaikan min young perasan Tuan kim tidak focus dalam mengajar mereka sejak akhir-akhir ini. Yang min young tahu Tuan Kim sudah kehilangan omma dan appa. Dari itu dia sangat merasa simpati kepada Tuan Kim.

"Nak pergi ke tak? Tapi kalau aku tak pergi aku tak tahu apa masalah Tuan kim. Tapi.... Arghh lantaklah aku tanya je. Kalau dia tak layan, aku pergilah."Katanya sambil menuju ke arah Tuan Kim...

🐨🐨🐨


"Annyeong Tuan Kim.... Tuan Kim buat apa dekat sini? " soal min young dengan penuh berhati-hati takut nanti tersalah cakap.

"Saya okay. Kamu nak apa?" Pertanyaan min young dibalas dengan pertanyaan.

"Kalau Tuan Kim ada masalah Tuan kim boleh je kongsi dengan saya. Saya sedia menjadi pendengar." Balas min young dengan penuh yakin.

"Saya... Saya... Arghh. Yah memang saya ada masalah." Katanya sambil menerangkan apa yang telah berlaku.


*Tuan kim sangat menyesal atas perbuatanya. Dari sikap dendamnya dia telah kehilangan omma dan appa nya. Terangnya lagi dia membalas dendam kerana sewaktu dia kecil, dia kurang diberi perhatian dan dia merasakan kasih sayang yang patut dia miliki itu langsung tidak dapat dia milikinya. Hal demikian berlaku disebabkan kesibukan yang dialami oleh omma dan appanya itu.*


"Semua ni bukan salah Tuan Kim. Yang hidup pasti akan mati. Saya faham apa yang Tuan Kim rasa. Tuan Kim janganlah terus seksa diri Tuan Kim. Ye?" kata min young sambil meyakini Tuan kim...

"Kamu tak faham. Kamu tak rasa pun apa yang saya rasa ni sebab kamu masih ada omma dan appa kan? Mana kamu dapat rasa semua tu." katanya dengan nada yang semakin tinggi.

Tiba- tiba air mata min young jatuh ke pipinya. Semakin lama semakin deras. Hatinya betul-betul terasa atas apa yang dikatakan oleh Tuan Kim.

"Saya tak faham apa yang Tuan Kim rasa? Tuan Kim silap. Saya dah lama kehilangan omma dan appa saya sejak saya lahir lagi. Tuan Kim kira beruntung kerana Tuan Kim masih dapat merasakan kasih sayang mereka walaupun cuma sementara sahaja. Tapi saya... Saya langsung tak pernah. Yang saya cuma pernah rasa kehilangan dan kesakitan sahaja." Kata min young dengan penuh sayu.

"Kadang-kadang saya terasa amat malang. Tapi siapalah saya hendak persoalkan perkara yang telah berlaku." Tambahnya lagi.

Kata-kata min young membuatkan Tuan kim terkedu. Dengan rasa sebak min young melangkah tanpa meminta izin pun untuk membawa diri yang terasa amat sedih. Walaupun benda itu telah lama berlaku. Tapi jika diingat semula hati min young rasa-rasa sangat sayu .

🐨🐨🐨

"Arhh... Lambat balik? Ada kelas tambahan ke?" Soalan hyung jin diabaikan sahaja. Min young terus menuju ke biliknya, jika terus melayan hyung jin pasti akan banyak lagi soalan yang dikeluarkan olehnya.

"Yah... Min young kau tak dengar ke apa aku cakap?" Jerkah hyung jin.

Tiba-tiba langkah min young terhenti dan badannya jatuh kelantai. Dia sudah merasakan berpinar-pinar. Hyung jin yang dari tadi menjadi pemerhati dengan pantas menuju ke arah min young.

🐨🐨🐨

Mr. SecretWhere stories live. Discover now