Bab 14

31 5 5
                                    

Sudah tiga minggu min young tidak bertembung dengan namjoon. Min young pun sudah tidak kesah lagi tentang namjoon.

Apa yang di dalam fikirannya sekarang ialah namja bernama ji hoon. Selepas apa yang sudah dikatakan oleh beomgyu. Dia sudah benar-benar ingin tahu apa hubungan ji hoon dan namjoon.

Min young menuju ke pejabat untuk berjumpa dengan Tuan Kim. Tiba-tiba dia terkejut apabila namjoon sedang duduk dikerusi betul-betul didepan pintu Tuan Kim. Min young hanya buat tidak kesah lalu ke pintu bilik Tuan Kim.

"Annyeong Tuan Kim."

"Annyeong. Lama tak jumpa kamu. Kamu apa khabar?"

"Baik-baik je. Kenapa Tuan kim panggil saya?"

"Tak payah nak panggil tuan kim sangat. Panggil je appa."

"Hmm... Nae appa."

"Appa panggil kamu sebab esok appa nak ajak kamu pergi makan malam dengan keluarga appa. Kamu okay je kan?"

"Nae appa."

"Okaylah kalau macam tu appa suruh driver appa ambil kamu nanti. Mungkin dia akn ambil dalam jam 7 malam." Terang tuan kim kepada min young. Min young yang agak segan dengan tuan kim hanya anguk tanda.

Setalah lama min young berbual dengan Tuan Kim dia pun meminta izin untuk balik kerumah.

🐨🐨🐨

Min young menunggu driver Tuan Kim yang akan tiba tidak lama lagi. Walaupun dia sudah siap terlalu awal tapi baginya ini adalah satu amanah.

Kalau hendak berjumpa dengan seseorang dengan masa yang telah ditetapkan, min young akan bersiap lebih awal agar orang tidak akan tertunggu-tunggu.

"Yah... Min young aku ada benda nak bagi tahu kau ni." Kata hyung jin lalu menghulurkan beg tangan min young.

"Mwo?"

"Sebenarnya-"

Tett!!

"Ehh... Driver appa aku dah sampai. Nanti je lah kau bagi tahu aku ehh?"

"Okay."

Min young bergegas keluar dari rumah lalu meninggalkan hyung jin bersendirian di sofa.

🐨🐨🐨

Min young akhirnya berada disebuah cafe yang sangat mahal. Dia juga nampak Tuan kim berdiri diluar cafe itu seprti sedang menunggu kedatanganya.

"Annyeong min young. Wah malam ni kamu sangat cantik. Macam anak perempuan appa."

"Gomawo appa. Min young biasa-biasa ja. Tak berapa cantik pun."

'Ehh. Kembang semangkuk aku macam ni.'

"Min young. Mari kita masuk, omma dah tak sabar nak jumpa kamu."Min young hanya senyum manis lalu masuk kedalam cafe. Lalu mengikuti langkah tuan kim

"Chagiya... Min young dah sampai."

Min young hanya melihat susuk tubuh seorang wanita yang sangat cantik itu. Lalu memberikan senyuma n manis kepadanya.

"Yah... Jadi kamulah min young?"

"Nae. Puan kim."

"Janganlah panggil puan kim. Panggi je omma. Ehh duduklah." Puan kim menarik tangan min young lalu duduk disebelah anak perempuannya.

"Annyeong unnie." Sapanya sambil senyum kearah min young.

"Annyeong."

"Hmm. Muka unnie ni macam pernah nampak tapi tak inggat pula kat mana. Tapi unnie ni macam satu umur dengan oppa kan omma?"

'Wah. Familiar juga muka aku ni kan sampai cakap pernah nampak.' Kata hati min young smabil memberi senyuman yang manis.

"Yelah... Umur kamu berapa?" Soal puan kim yang sedang meneliti menu diatas meja.

"25."

"Wah... Unnie ambil bidang apa?"

'Minat sangat dia nak tau pasal aku ni. Tak apalah layan je. Dah macam layan peminat pula. Hehe bukan selalu kena interview ni.' Kata hati min young.

"Unnie ambil bidang sains. Unnie nak jadi doktor tulah unnie ambil bidang sains."

"Ohh. Oppa ambil bidang muzik. Dia kata dia nak jadi artis popular. Macam penari kpop gitu. Tapi oppa pandai rap. Best!"

"Ouh... kamu dari tadi cakap pasal oppa kamu. Dia tak datang ke?"

"Datang... Cuma dia lambat sikit."

"Ohh."

Walaupun min young segan dengan keluarga Tuan kim tapi dia sangat gembira kerana keluarga tuan kim melayannya seperti keluarga mereka sendiri.

Tiba-tiba ada susuk tubuh yang sangat tinggi berdiri di sebelah min young.

"Yah... Oppa. Kenapa datang lambat?"

"Oppa ada hal sikit."

"Oppa nilah unnie yang adik cakap tu."

Min young terus memberi senyuman kepada namja itu. Tetapi senyumannya mati kerana namja itu sangat dia kenali.

"Min young janganlah malu-malu ye dengan kami."

"Nae omma." Katanya sambil senyum kambing.

"Ahh namjoon. Lambat kamu datang." Sapa tuan kim pada anaknya.

"Nae appa. Namjoon lepak ngan jin tadi."

"Tu jelah alasan kamu. Macam dah kehabisan jawapan."

"Dah-dahlah tu. Duduk namjoon." Kata puan kim. Lalu namjoon terus duduk disebelah min young.

'Wah suka hati datuk, nenek, moyang, dia je duduk di sebelah aku. Punyalah banyak kerusi. Sebelah aku juga dia pigi. Sekali aku tempiling, jadi roti canai terus. Biar handsome kau tu hilang.' Gerutu hati min young.

🐨🐨🐨

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 26, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr. SecretWhere stories live. Discover now