Bab 9

14 4 0
                                    

Min young menuju ke keretanya. Semasa dia menuju ke keretanya dia ternampak namja-namja yang telah memukul namjoon pagi tadi. Min young rasa agak curiga lalu dia menghentikan langkahnya. Pada masa itu juga min young nampak namjoon ada disitu untuk menuju kearah keretanya.

"Yah... Namjoon! " jerkah salah seorang namja itu mungkin itu adalah ketua kumpulan namja-namja itu.

"Korang nak apa lagi? " soal namjoon.

"Kita orang nak belasah kau lagilah sebab tadi kita orang belum puas belasah kau."

Min young yang dari tadi memerhati terus pergi kearah namjoon.

"Yah... Korang nak apa lagi dari namjoon eh?" kata min young dengan penuh berani.

"Aishh. Yoja ni lagi. "

"Kalau korang masih nak ganggu namjoon lagi aku bagi tahu dengan Tuan Kim. "

"Kau ingat kita orang takut dengan Tuan Kim tu eh?" kata namja itu dengan penuh belagak.

"Okay. Kalau korang tak takut dengan Tuan kim tu. Korang ingat aku ni takut dengan korang ke?" namja yang dari tadi gelak sakan itu terus terdiam.

"Yaiss. Dia ni dah mencabar aku nampaknya. " Namja itu sudah menuju kearah min young. Tapi min young tidak berganjak pun dari tempat dia berdiri.

Belum sempat namja itu hendak memukul min young. Min young diluan belasah namja tu. Namja-namja yang lain terus lari lintang pukang.

"Kau nak pukul aku ya?  Kau ingat aku takut ke? Aku dah belajar seni pertahankan dirilah. Meh sini aku patah-patahkan lagi badan kau. "

Namja yang dipukul min young itu terus lari dengan sekuat hati.

"Kenapa?" soal namjoon.

"Apa yang kenapa? "

"Kenapa awak tolong saya? "

"Tak tahu. By the way hati-hati." kata min young sambil menuju kekeretanya.

🐨🐨🐨

Langit semakin lama semakin gelap. Menandakan malam akan tiba. Min young bersiap-siap untuk keluar dengan beomgyu.

Ping!!  Ping!!  Ping!!!

"Yah... Dia dah sampai. " Dengan pantas min young melangkah keluar untuk bertemu dengan beomgyu.

"Silakan masuk. " Beomgyu menunggu kedatangan min young terus membukakan pintu kereta untuk min young.

"Gomawo. "

"Awak cantik sangat malam ni." muka min young jadi merah padam apabila dipuji sedemikian. Akhirnya mereka pun jalan ke tempat yang mereka telah rancangkan.

🐨🐨🐨

Semasa min young dan beomgyu hendak balik. Min young merasakan ada orang mengekorinya lalu dia pandang kebelakang tetapi tiada orang.
"Weayo? Ada apa-apa ke kat belakang kita? "

"Nae. Saya rasa macam ada orang ikut kitalah. "

Tiba-tiba ada satu kereta menuju ke arah min young lalu beberapa orang keluar dan telah menculik min young. Beomgyu tidak dapat memolong min young kerana dia dibelasah dengan teruk sehingga dia pengsan.

Min young yang meronta-ronta meminta tolong itu dimarahi oleh penculik tersebut. lantas mereka menutup mulut min young.

Setelah min young sampai disebuah tempat dia kembali meronta-ronta meminta tolong. Tetapi penculik itu hanya ketawakan dia.

"Tak ada orang yang akan dengar pun kau minta tolong. Sebab kita dekat kilang yang agak terpencil. "

Min young yang mendengar kata-kata itu terus diam lalu menangis.

Kini min young mendengar perbualan penculik itu dengan seseorang. Tetapi dia tidak dapat melihat kerana kepalanya diselubungi guni. Min young hanya mampu mendengar apa yang dibualkan oleh mereka.

"Yah. Namjoon! Kau datang juga akhirnya? Sayang juga kau dengan yoja ni kan?"

"Apa yang kau merepek ni arhh setan? "

"Lek lah... Kalau kau tak sayang kat yoja ni kenapa kau datang sini?  Berani kau gadaikan nyawa kau untuk selamatkan yoja ni kan? "

"Namjoon?  Dia buat apa kat sini? Tapi kalau dia betul nak selamatkan aku?  Kenapa?  Arghh... Harap kau selamat namjoon. Aku nak kau selamatkan aku sebab aku takut sekarang ni. " bisik hati kecil min young.

"Kenapa korang nak culik dia arrh? Kalau kau tak puas hati dengan aku korang jangan nak babitkan orang lain pula."

"Sebab dia... Orang aku tak dapat bunuh kau. Tapi sekarang aku nak bunuh kau dulu dan yoja ni aku akan bunuh juga." ketawa namja itu semakin lama semakin kuat.

"Kau ni memang dah melampau. " Tiba-tiba ada bunyi pergelutan dan bunyi tembakan. Min young hanya mampu menangis kerana takut namjoon di apa-apakan.

Selepas itu keadaan menjadi sunyi lalu guni dikepala min young itu dibuka. Min young agak terkejut dan menyangka itu adalah penculik tadi. Tali yang diikat ditangan min young juga telah pun dibuka.

"Namjoon... " Dengan pantas min young memeluk namjoon sambil menangis dibahunya.

"Saya tahu awak takut. Mian... Semua ni salah saya. " kata namjoon dengan penuh sayu.

"Saya nak balik. " Dengan pantas min young melepaskan pelukannya. Mereka pun akhirnya keluar dari kilang tersebut dan namjoon membawa min young kekedai sementara ada kedai yang masih buka.

🐨🐨🐨

Mr. SecretWhere stories live. Discover now