"Isshh... Kenapalah orang belakang ni hon-hon banyak kali. Dia ingat aku ni tak reti bawa kereta ke?" omel min young.
Dengan tidak membuang masa min young memberhentikan keretanya ditepi jalan. Bagi melihat orang yang tidak henti-henti menghon itu. Apabila min young sudah berhenti ditepi jalan dia ingin menunggu orang yang menghonnya itu keluar dari kereta. Tiba-tiba cermin keretanya diketuk.
"Biar betul namja tu yang hon? Issh dia ni. Tak boleh tengok aku hidup tenanglah." Min young hanya menurunkan cermin sisi keretanya kerana dia malas nak bersemuka dengan namja itu lagi.
"Hye cik adik. Kenapa berhenti kat sini? Ada masalah ke?" soalnya dengan bersahaja.
"Saya tak ada masalah. Tapi awak tu yang ada masalah sebenarnya." Balas min young yang langsung tidak memandang muka si namjoon itu pun.
"Kalau ye pun cakap tu pandanglah saya. Ni tak. Awak bercakap dengan siapa? Stereng kereta awak ke?"
"Buat apa nak pandang? Kalau bercakap dengan awak ni pun menyakitkan hati. Ni kan pula nak tengok. Tak inginlah nak tengok muka seposen awak tu."
"Okay-okay. Saya cuma nak berbuat baik je. Kenapa awak hentikan kereta awak kat sini? Ada masalah ke?"
"Buat baik konon.padahal dia yang ada masalah. Tanya-tanya orang pulak"
"Apa pula saya yang ada masalah. Saya okay ja ni."
"Awak ni ada masalah mental agaknya. Cuba-cublah bawa pergi klinik. Takut makin parah pula." sindir min young sambil senyum sinis.
"Ehh... Saya ni masih berakal lagi. Tak payah nak cakap saya ni sakit mental bagai."
"Encik namjoon. Kalau awak ni berakal kenapa hon-hon kereta banyak kali?"
"Saja je nak ganggu awak."
"Ehh dahlah. Daripada saya layan awak.lebih baik saya jalan. Buang masa saya je." min young menutup cermin sisi keretanya dan berlalu pergi meninggalkan namjoon bersendirian.
"Kenapalah kau tak suka sangat dekat aku? Padahal aku cuma bawa bermain je." Bisik hati kecil namjoon.
🐨🐨🐨
Waktu rehat ini min young bercadang untuk belajar di library kerana tidak lalu untuk makan dikatin takut terserempak dengan namjoon lagi.
Semasa min young sampai di library dia ingin mencari buku untuk dibaca. Ketika min young mencapai sebuah buku tiba-tiba ada orang merampas buku itu dari tangannya. Dengan pantas min young melihat tuan badan yang sudah merebut buku itu.
"Awak lagi!"
"Ye saya."
"Buku tu saya yang ambil dulu. Yang awak pergi rebut kenapa? Banyak lagikan buku dalam library ni. Yang dekat tangan saya juga yang awak rebut." Bebel min young dengan nada yang rendah.
"Ni kan library tempat belajar dan baca buku yang ada. Dah buku dekat tangan awak ni best saya ambillah. Lagi pun siapa cepat dia dapat."
"Arghh... Suka hati awaklah." min young malas mahu bertekak dengan namjoon lagi. Moodnya hilang untuk membaca buku lalu keluar dari library dengan hati yang geram.
🐨🐨🐨
YOU ARE READING
Mr. Secret
RandomKisah seorang gadis yang mempunyai sejarah silam yang lama telah dipendam. Tapi hidupnya telah berubah disebabkan ramai orang yang menyayanginya. Kisah ini juga menceritakan kisah cinta min young yang tidak pernah dia menyangka bahwa dia akan mencin...