Ketika min young sibuk menyediakan makanan. Namjoon sudah pun turun untuk menuju kedapur. Mungkin kerana masakan yang sedap membuatkan dirinya ingin turun kebawah.
"Annyeong min young. " sapa namjoon sambil senyum manis.
"Annyeong. Duduklah dulu. "
"Tapi-"
"Yah. Namjoon duduklah dulu rugi tau kalau awak tak merasa makanan ni. Sanggup orang tu banggun awal. Lepastu beria-ria nak belajar masak. Masak dengan seikhlas hati lagi tu." kata hyung jin yang tengah meletakkan piring di atas meja. Min young yang mendengar aduan hyung jin itu lantas menyiku lengan hyung jin. Namjoon yang rasa serba salah lantas melabuhkan punggungnya dikerusi.
Semasa min young dan hyung jin sibuk meletakan makanan. Tiba-tiba pintu rumah hyung jin diketuk kuat.
"Eh. Orang ni kalau ye pun nak kita keluar jan lah ketuk macam nak pecahkan pintu tu je. Dia ingat aku ni kaya ke? Suka hati dia je nak ketuk kuat-kuat" bebel hyung jin. Min young yang mendengar lantas pergi ke pintu luar rumah.
"Yah. Mwo?" Min young kerut dahi sebab susuk tubuh namja ni macam sangat dikenalinya.
Namja itu menoleh ke belakang dan pandang min young. Dengan lantas namja itu peluk min young dengan seerat-eratnya.
"Ehuk. Ehuk. Saya tak dapat bernafaslah. Awak nak saya mati ke ni?"
"Mian... Saya risaukan tentang awak. Siapa yang selamatkan awak?"
"Yah... Mian juga sebab tak bagi tahu kat awak yang saya dah selamat. Ehh masuklah dulu."
Beomgyu dan min young masuk kedalam rumah. Lepas mereka sampai didapur namjoon bangun untuk pergi.
"Saya nak balik dulu."
"Tapi namjoon. Waeyo? Awak belum makan lagi masakan saya ni. "
"Saya tak lapar. Saya nak balik."
"Nam-"
Belum sempat min young menyebut nama namjoon, dia hanya berlalu pergi meninggalkan min young dan beomgyu.
"Aikk. Kenapa dia macam marah aku je? Aku ada buat salah ke? Tapi aku buat apa?" bisik hati min young.
🐨🐨🐨
Min young yang tidak senang duduk itu hanya memikirkan dengan kata-katanya pada namjoon pagi tadi. Mana tahu dia sudah menguris hati namjoon sebab itu namjoon pergi begitu sahaja.
"Kau ni dah kenapa? Macam cacing kepanasan je. Boleh duduk diam tak?" soal hyung jin yang sudah rimas melihat kelakuan min young itu.
"Yah hyung jin. Tadi time aku buka pintu luar. Namjoon okay tak? Ataupun kau ada marah dia?"
"Aku tengok okay ja. Buat apa aku nak marah dia? Dia bukan buat salah pun dengan aku pun. Waeyo?"
"Tak... Tadi time aku dan beomgyu nak pergi dapur tiba-tiba ja dia kata nak balik. Aku nampak dia belum sentuh lagi makanan yang aku masak tu. Lepastu muka dia macam orang marah je." terang min young kepada hyung jin.
"Yah... Aku rasa kan lebih baik kau tanya dia sendiri. Aku nak cakap dia marah kau pun tak boleh juga. Sebab tadi pagi dia sapa kau siap senyum manis lagi. Mungkin adalah benda yang kau buat lepastu dia sakit hati."
"Nae-nae. Nanti aku tanya dia. By the way gamawo ye, hyung jin."
"Hmm... Dahlah tu. Lebih baik kau duduk dulu. Esok kau jumpa dia. Okay?"
"Okay."
Akhirnya min young duduk juga dengan tengan apabila mengikuti kata-kata hyung jin itu.
🐨🐨🐨
Min young yang ternampak namjoon lantas berlari kearahnya. Walaupun dia tahu namjoon macam memarahinya tetapi dia ingin tahu apa punca yang menyebabkan namjoon pergi dengan begitu sahaja.
"Namjoon."
Namjoon yang terhenti lantas
menoleh kearah min young. Min young yang tercungap-cungap itu mengambil udara lalu memandang muka namjoon. Namjoon yang melihat muka min young itu lantas mengalihkan pandangannya ketempat lain."Boleh saya nak cakap sesuatu dengan awak? "
Namjoon yang tidak bercakap apa-apa itu hanya mengangguk sahaja.
"Saya cuma nak tahu kenapa awak tak-"
"Saya dah lambat ni. Saya nak pergi kelas dulu. Mungkin lain kali je awak cakap apa yang awak nak tanya tu."
Dengan pantas namjoon menuju kekelasnya dan meninggalkan min young begitu sahaja.
"Aku baru je nak tanya. Dia dah potong soalan aku. Lepastu pergi macam tu je. Aku cuma nak tahu apa salah aku. Kalau aku ada salah aku nak minta maaf. Tapi ni macam tak nak layan aku je. Bencilah macam ni." bebel min young dalam hati.
🐨🐨🐨
YOU ARE READING
Mr. Secret
RandomKisah seorang gadis yang mempunyai sejarah silam yang lama telah dipendam. Tapi hidupnya telah berubah disebabkan ramai orang yang menyayanginya. Kisah ini juga menceritakan kisah cinta min young yang tidak pernah dia menyangka bahwa dia akan mencin...