"Dia ni biar betul? Kalau nak makan tu tengok-tengoklah sikit. Kalau pelastik coklat tu boleh cakap tentu sekarang pelastik tu tengah kesakitan. " bisik hati hyung jin.
Tiba-tiba hyung jin tenung pelastik coklat yang min young makan. Bila dia tak puas hati dia ambil pelastik coklat yang si min young makan.
"Weh apa ni ambil-ambil coklat aku?"
Hyung jin yang dari tadi duk perhatikan pelastik coklat tu terus menekup mulutnya.
"Kau ni dah kenapa? Macam tak pernah nampak coklat je."
"Min young."
"Apa lagi yang kau nak?"
"Kau sedar tak yang kau tengah makan apa?"
"Mestilah aku sedar. Aku tengah makan coklat."
"Yaa aku tau kau makan coklat. Masalahnya kau bukan tak makan coklat yang ada kacang ke?"
"Dah aku nampak coklat ni dekat dapur. Aku telan je lah..." lama min young diamkan diri. Lepastu dia tengok balik coklat yang hyung jin pegang.
Dengan lajunya min young pergi ke singki. Habis semua coklat yang dimakan tadi dimuntanya.
"Arrh.. Kali ni kalau nak makan tu tengok-tengoklah ye? Jan main rembat je. Sekarang siapa yang rugi? Kau juga yang rugi."
"Diamlah."
"Weh kau okay tak?" soal hyung jin yang risau dengan keadaan min young.
"Aku nak keluar kejap. Nak pergi beli ubat."
"Arrh baguslah tu. Hati-hati ye?"
Dengan langkah yang agak longlai min young mengambil beg dan kunci keretanya.
🐨🐨🐨
Min young menuju kekedai untuk membeli ubat. Dia keluar dengan keadaan yang masih longlai. Tiba-tiba dia terlangar sesuatu. Dia menoleh dan melihat apa benda yang dilanggarnya tadi.
"Tak nampak ke?"
"Mian. Saya tak sengaja."
Min young melihat namja yang tengah duduk mencangkung itu sedang mengambil beberapa helaian kertas yang tengah bertaburan. Dengan rasa serba salah min young pun menolong namja itu.
Setelah habis dia mengutip kertas itu. Min young pun menghulurkan kertas itu kepada tuan empunya yang dia langgar tadi.
"Ohh... Namjoon rupanya. Mian ye? Saya tak sengaja tadi. Saya nak-"
"Ehh awak rupanya. Kan saya dah pesan jalan tu tengok-tengok mana tahu ada orang ke apa ke. Saya ni bukan tiang tempat awak nak langgar je. Nasiblah kertas saya ni tak rosak. Kalau rosak awak sanggup ke nak tolong saya buat balik? Saya ni dahlah penat. Lepastu kena langgar. Boleh tak kali ni tolonglah jalan tu betul-betul sikit?" bebel namjoon
"Stoplah Namjoon! Saya kan dah bagi tahu tadi yang saya tak sengaja. Part mana yang awak tak faham ni arrh? Saya dah minta maaf tapi awak masih nak bebel. Saya dah cakap tak sengaja. Tak sengaja lah." jerkah min young lalu pergi dari situ.
🐨🐨🐨
"Kau dah kenapa? Aku tengok sejak dari balik kedai lagi muka kau macam kena tampar melaikat maut je. Tak kan lah sampai sekarang kau nak bawa muka tu? Kau tahu tak aku nak makan pun terus tak ada selera?"
"Kau pernah tak rasa kena tampar oleh malaikat maut?"
Hyung jin yang sibuk tengok tv terus tersedak. Dia pandang min young dan min young pandang dia dengan renungan tajam.
"Yah. Janganlah marah. Aku bukan apa. Aku tak suka tengok kau macam ni. Kalau kau ada masalah bagi tahu je lah dengan aku. Tak payahlah nak renung aku macam nak telan aku je."
"Si Namjoon tulah."
"Arhh. Kenapa ngan dia?"
"Dia macam marah aku je. Apa salah aku ehh? Sampai nak potong ayat aku. Lepastu tadi aku marah dia sebab dia marah aku langgar dia. Aku bukan sengaja pun."
"Aku tak tau apa masalah kau dengan dia. Tapi aku rasa lebih baik kau bagi dia masa. Sebab aku rasa korang berdua masing-masing tengah panas sekarang ni."
"Apa-apa je lah. Yang aku tahu sekarang ni aku tak nak minta maaf ngan dia lagi. Buat apa nak minta maaf dengan orang yang tak pandai faham-faham? Bikin sakit hati je."
"Hmm... Ego-ego. Kalau dah ego menguasai diri terus tak ingat apa-apa. Yang diingatnya marah, marah dan marah."
"Dia tu yang salah. Bukan aku." bantah min young.
"Ohh... Dia jelah yang salah. Salah kau tu. Kau tak nampak ke?" kata hyung jin sambil senyum sinis.
Min young yang dengar terus diam. Mungkin apa yang dikatakan oleh hyung jin itu ada betulnya juga. Tapi dia sudah malas mahu melayan perangai namjoon yang kejap okay kejap tidak itu.
🐨🐨🐨
YOU ARE READING
Mr. Secret
RandomKisah seorang gadis yang mempunyai sejarah silam yang lama telah dipendam. Tapi hidupnya telah berubah disebabkan ramai orang yang menyayanginya. Kisah ini juga menceritakan kisah cinta min young yang tidak pernah dia menyangka bahwa dia akan mencin...