Part 6

167 23 3
                                    

MESYUARAT dengan kakitangan Hotel Mega baru sahaja selesai. Berpusu-pusu staff keluar dari bilik gerakan itu. Amanda melangkah kasar menuju ke salah satu bilik untuk mengemas. Cadar katil ditarik  dengan kasar.

“Saya dah lantik Wanira Halim sebagai PA saya. Ini keputusan yang telah dipersetujui bersama. Saya berharap semua staff bersetuju. Jika ada sebarang bantahan, boleh berjumpa dengan saya secara tertutup.” Masih terngiang-ngiang pemberitahuan Izwan di bilik gerakan tadi.

‘Bodoh! Aku ingat bila kau putus tunang, kau akan jadi macam tunggul kayu yang reput. Ini tidak. Si Izwan tulah yang jadi tulang belakang kau. Tak apa.. Aku akan tunggu saat kejatuhan kau!’ Amanda bertegas dalam hati.

“Apa salah cadar tu, Manda? Karang koyak, habis nak menjawab dengan bos,” perli Akmal yang kebetulan menghantar mesin mop di bilik itu.

“Kau diam la. Bising aje kerja!” marah Amanda.

“Aku pula yang kena marah. Kita dah nasihat baik-baik,” kata Akmal.

“Kau boleh tak jangan ganggu kerja aku? Puas dah aku menghadap muka kau,” bebel Amanda.

“Oh, puas dah menghadap muka aku? Sebelum ni, bukan main lagi kau kata cintakan aku?” Akmal merenung wajah tidak puas hati Amanda.

“Drama, Akmal. Aku hanya nak hancurkan hati Wani. Dia tu banyak melebihi aku. Aku tak dapat terima!” tegas Amanda.

Bulat mata Akmal memandang Amanda. “Kawan jenis apa kau ni, Manda? Aku rasa, Wani tak pernah buat salah dekat kau. Sejak kita di bangku sekolah, Wani yang banyak bantu kau. Dia tolong lagi bila kau tak siap homework. Aku tak faham la apa yang kau tak suka kat Wani. Kau boleh tak simpan rasa terima kasih kau tu? Jangan terlalu dengki pada orang lain!”

“Ah, boleh jalanlah dengan ceramah kau!” Amanda melangkah kasar meninggalkan bilik itu. Tidak suka betul bila diri dihakimi.

****

USAI menyimpan fail-fail di rak almari, Wanira melangkah ke luar. Sebentar lagi Izwan mahu ajak dia bertemu dengan pelanggan. Tugas baru, jadi apapun perlu diperbaharui. Dia tahu, menjadi PA ini bukannya senang. Dia harus tunjukkan pada Izwan yang dia mampu menggalas kerjanya.

Bip! Nada whatsapp itu menghentikan langkahnya. Dia kembali ke mejanya untuk melihat siapa pengirimnya.

Hafiz - Abang ada di luar hotel ni. Nak masuk dalam, takut sesat pula 😊

Ternganga mulut Wanira membaca whatsapp itu. ‘Abang datang?’

Riang ria hati Wanira saat membuka whatsapp itu. Sempat juga Hafiz berseloroh. Sungguh dia amat merindui abangnya. Dia melajukan langkah untuk keluar dari lobi utama. Dari jauh, dia sudah dapat melihat kelibat Hafiz.

“Abang?” Wanira memeluk abangnya erat.

“Hissy.. main peluk-peluk pula Wani ni. Orang tengok tu,” usik Hafiz sambil tersengih.

“Biarlah.. Bukan orang lain. Abang Wani juga.” Wanira memuncungkan mulutnya.

“Wani sihat?” tanya Hafiz.

“Sihat, bang.” Wanira tersenyum.

“Amanda pun kerja sini juga, kan? Wani ada jumpa dia?” soal Hafiz.

Hilang terus senyuman Wanira bila mendengar nama itu. Semuanya sudah berubah. Tidak sama seperti dulu lagi.

“Kenapa, Wani? Ada sesuatu yang jadi?” tanya Hafiz, mengharap adiknya dapat menjelaskan semuanya.

Berat untuk Wanira menceritakan. Dia tahu, Hafiz pasti takkan percaya. Kebaikan Amanda selama berada di kampung tidak pernah tulus.

“Abang.. Sebenarnya, pertunangan Wani dan Akmal putus, ada kaitan dengan Amanda. Semuanya perbuatan khianat. Wani memang tak sangka Amanda sanggup tikam Wani dari belakang. Kepercayaan Wani dia nistakan. Tapi, tak apa la. Wani kuat. Wani tak nak kenang lagi kesedihan dulu,” ujar Wanira sambil menggenggam kuat tangan Hafiz.

Cinta Style Dia. Where stories live. Discover now