Part 11

179 22 2
                                    

ELIA menolak pintu rumah perlahan. Ketika itu, Wanira baru juga selesai membasuh pinggan mangkuk. Ya, tadi masa keluar rumah, dapur agak berselerak. Elia tinggalkan macam itu sahaja.

Elia duduk di atas sofa perlahan. Penat berjalan masih belum hilang. Dia masih terbayang peristiwa tadi.

“Kejap aje kau keluar, El. Kata nak mencari novel favourite?” Wanira bersuara sambil tersenyum.

Elia menggeleng. Pertanyaan Wanira tadi masih belum berjawab. Berkerut dahi Wanira dengan sikap Elia.

“Kak Wani..” panggil Elia lima minit selepas itu.

“Ya, El.” Wanira membalas sambil mendekati Elia.

“El nak tanya pasal Amanda,” kata Elia.

Dahi Wanira berkerut. “Kenapa dengan Amanda?”

Elia menarik nafas panjang. “El tak tahu macam mana nak mulakan, kak. El memang berharap apa yang El nampak tadi bukan seperti yang El fikir. El tak tahu apa yang harus El katakan pada Abang Iz..”

“Apa yang El nampak? Cuba explain dekat akak.” Wanira memandang Elia yang tampak kusut itu.

“El nampak Amanda keluar dinner dengan Abang Erman, husband Kak Izlyn,” beritahu Elia lambat-lambat.

Terlopong mulut Wanira mendengar cerita Elia. “Amanda tu macam pisau cukur, El. Akak malu ada kawan sepertinya. Akak harap apa yang El nampak bukan seperti yang El fikir. Tapi semua ni boleh diselidik. Pasti diorang akan keluar dinner sekali lagi.”

“Apa maksud Kak Wani?” tanya Elia.

“Akak bukan nak tunjuk El buat cara kotor. Tapi ini aje cara untuk tahu kebenaran. Kita perlu ekori Amanda,” cadang Wanira.

Elia memandang Wanira. Dia sependapat dengan Wanira.

****

RUMAH DATUK IZLAN.

IZLYN mengejar Erman yang sudah mula melangkah ke dalam bilik. Izara dibiarkan di ruang tamu sambil menonton rancangan kanak-kanak kegemarannya, Didi and friends.

“Man kan baru sampai? Kenapa nak keluar lagi?” tanya Izlyn.

“Man kena jumpa klien, Lyn,” jawab Erman.

“Betul ke jumpa klien?” soal Izlyn.

“Lyn cakap apa ni? Betul la, jumpa klien. Boleh tak jangan nak tanya Man macam-macam? Rimas! Tahu tak???” bebel Erman.

Izlyn terkejut dengan jawapan suaminya. “Lyn kan isteri Man? Salahkah Lyn tanya?”

“Ah, dahlah. Man kejar masa. Nanti aje kita sambung bincang pasal ni!” Sampai  sahaja di bilik tidur, dia mencapai tuala lantas menuju ke kamar mandi.

Lima minit kemudian, Erman keluar semula dan memakai pakaian yang sesuai. Minyak wangi jangan cakaplah, menusuk ke lubang hidung. Jalan tak cakap, main redah sahaja. Izlyn melangkah turun sambil mengeluh.

“Apa kena dengan kau, Man? Dulu kau tak macam ni. Bahasa pun lembut aje?” soal Izlyn pada dirinya sendiri. Tidak terasa air matanya jatuh.

Perlahan-lahan Izlyn mendekati Izara. Dipautnya lengan anaknya perlahan. Izlyn terus termenung. Izwan datang pun dia tidak sedar.

“Kenapa dengan Abang Man tu, kak? Iz tanya pun tak jawab. Macam tunggul kayu aje Iz tadi,” tanya Izwan.

Izlyn tersentak. “Entahlah, Iz. Mungkin Abang Man nak cepat. Katanya tadi nak jumpa klien.”

“Tak pernah-pernah Abang Man tu begitu, tak sambut cakap orang. Tapi mungkin betul Abang Man nak cepat,” kata Izwan.

Izlyn menelan kepahitan itu dalam hati. Tidak diberitahu kedinginan Erman pada adiknya. Biarlah dipendamnya sendiri.

Cinta Style Dia. Where stories live. Discover now