Part 17

130 20 2
                                    

SEBUAH kotak berwarna merah hati dikeluarkan dari dalam laci. Bersama debaran di dada, Izwan melemparkan satu senyuman manis. Malam ini, Izwan akan menyatakan hasrat hatinya di hadapan Wanira.

Kunci kereta dicapai perlahan. Langkah diatur menuju ke mercedes mewah miliknya. Enjin dihidupkan, kemudian kenderaannya meluncur laju di atas jalan besar menuju ke rumah Wanira.

Wanira yang sudah menunggu lama, menyambut kedatangannya dengan senyuman. Elia yang turut berada di sana,  sempat menitipkan pesan.

“Bawa Kak Wani tu elok-elok tau, Abang Iz,” kata Elia.

“Abang Iz tahu, El,” jawab Izwan.

“Akak pergi dulu, El,” ujar Wanira.

“Baiklah, kak.” Elia memandang Wanira Dan Izwan melangkah pergi.

Setelah melangkah masuk ke dalam perut kereta, Izwan menghidupkan enjin. Lagu sentimental dipasang bagi menemani mereka sepanjang perjalanan. Wanira tidak banyak bersuara. Dia ketandusan bicara pula bila berduaan dengan Izwan.

“Kita pergi restoran depan tu
ya, Wani?” Izwan bersuara bagi menutupi kebisuan Wanira.

“Aku ikut aje, Iz,” balas Wanira.

Izwan membelokkan keretanya menuju ke perkarangan restoran itu. Sebaik sahaja turun dari kereta, mereka melangkah beriringan. Mereka segera mencari meja yang berada di sudut paling hujung sebaik sahaja mereka tiba di dalam restoran itu. Izwan memesan makanan di menu depan, kemudian dia kembali ke arah Wanira semula.

Tidak sampai sepuluh minit, pesanan mereka pun sampai. Izwan meminta Wanira untuk menikmati juadah makan malam bersamanya. Usai menjamu selera, seorang pelayan lelaki menghantar satu kek berbentuk hati ke arah Izwan dan Wanira. Kek itu diletakkan di atas meja dengan berhati-hati. Kemudian pelayan lelaki itu berlalu pergi. Terpinga-pinga Wanira menatap wajah Izwan.

Izwan memberanikan diri untuk menyentuh jari-jemari Wanira. “Maafkan aku kerana buat dinner malam ni tanpa bincang dulu. Sebenarnya aku ingin sunting kau menjadi suri dalam hati aku. Wani, sudikah kau terima aku sebagai peneman hidup sehingga ke akhir hayat?”

Air mata Wanira jatuh tatkala sebentuk cincin berlian dihulurkan ke arahnya. Kenangan manis ketika Akmal memberikan cincin emas dulu terimbas kembali. Kini, ia berulang lagi. Adakah aku akan menerima pemberian Izwan? Ikhlaskah dia dengan lafaz yang diucapkan?

“Iz..” Wanira menyebut nama itu perlahan. Air matanya masih mengalir.

Izwan menyentuh jari-jemari Wanira lembut. “Aku ikhlas, Wani. Aku ingin jadikan kau yang halal buat aku. Kita akan semai kasih bersama.”

Akhirnya anggukan daripada Wanira melakar kebahagiaan dalam hati Izwan. Takkan dipersiakan gadis sebaik Wanira. Dia akan membina rumahtangga yang sempurna bersama Wanira. Itu janjinya.

****

AKHIRNYA, sah juga perceraian Erman dan Izlyn. Amanda ketawa megah ketika mereka meninggalkan Mahkamah Syariah. Jalan untuknya kini terbuka luas. Dia harus pastikan yang Erman akan memberikan saham Syarikat kepadanya.

“Kau dari mana, Manda?” tanya Vera setiba sahaja Amanda di rumah sewa mereka.

“Aku jalan-jalan cari baju di butik tadi, tapi tak ada yang berkenan di hati,” dalih Amanda. Hubungannya dengan Erman tidak pernah diceritakan kepada Vera. Vera tidak tahu yang Amanda mengikuti Erman ke Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan perceraian itu.

“Kau lawa-lawa ni nak ke mana, Ver?” tanya Amanda bila melihat Vera mula menyapu losyen di tangannya.

“Oh… aku nak keluar beli barang kejap. Nak ajak kau, tapi kau pun baru sampai, kan?” jawab Vera sambil menyapu lipstik pada bibirnya.

Cinta Style Dia. Where stories live. Discover now