Part 20

176 29 5
                                    

PERSIAPAN untuk majlis pertunangan mula dibuat. Izwan dan Wanira telah memutuskan untuk mencari barangan hantaran bersama-sama. Usai meronda sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Izwan mengajak Wanira menjamu selera di kafe yang mereka lalui.

Sebaik sahaja selesai memesan makanan, Izwan memandang Wanira. Satu senyuman yang teramat manis dihadiahkan.

“Pertunangan kita sudah di ambang pintu, Wani. Apa hadiah yang kau harapkan dari aku sebagai satu tanda keikhlasan?” tanya Izwan serius.

Wanira membalas pandangan Wanira. “Aku tak perlukan apa-apa, Iz. Kau salurkan kasih sayang, aku dah bersyukur sangat-sangat. Aku tak nak pertunangan aku terkandas lagi seperti pertunangan pertama dulu.”

“Kau masih mencintai Akmal?” Soalan Izwan itu membuatkan Wanira menarik nafas panjang.

“Akmal adalah masa lalu dalam hidup aku, Iz. Aku redha dengan takdir yang ALLAH tentukan. Akmal bukan tercipta untuk aku. Semuanya sudah berakhir. Kalau bukan kerana perpisahan kami, aku takkan temui kau, penyelamat aku di saat aku rasa terasing di bandar KK,” jawab Wanira perlahan.

Izwan menyentuh jari-jemari Wanira perlahan. “Kau adalah wanita yang dititipkan oleh Maha Pencipta pada aku. Style kau yang bersahaja dah buat aku jatuh cinta. Aku akan payungi kau dengan istana bahagia. Izinkan aku untuk menyemarakkan cinta kita, Wani.”

“Terima kasih, Iz,” ucap Wanira tulus ikhlas.

Di tempat berlainan dan pada masa yang sama, Amanda duduk di hadapan televisyen. Imbasan kenangan lama terbuang begitu sahaja. Dia takkan biarkan Wanira menang. Pasti akan ditentangnya habis-habisan. 

Vera yang baru tiba, duduk di atas sofa yang tidak jauh daripada Amanda. Vera cuba bertepuk tangan untuk menyedarkan Amanda daripada lamunan. 

“Dah lama sampai, Ver?” tanya Amanda.

“Baru aje. Kau fikir apa, Manda? Jauh betul khayalan kau,” jawab Vera.

“Tak fikir apa-apa pun, Ver. Aku cuma letih kerja aje,” dalih Amanda. 

Dalam kamus hidup Amanda, dia tidak akan berkongsi hal-hal peribadi dengan sahabat. Tidak tahu kenapa kepercayaannya menyimpang. Baginya, semua sahabat itu suka menindas dalam diam.

“Oya, Manda.. tadi aku terserempak dengan Erman. Dia titipkan permohonan maaf kat kau. Dia ada dinner dengan Mrs Lim. Jadi perjumpaan korang berdua terbatal la.” Vera bersuara.

Amanda mengangguk perlahan. 

“Okeylah, Manda. Aku masuk bilik dulu. Melekit dah badan ni dengan peluh,” ujar Vera sambil tersengih. 

Amanda hanya memandang Vera mengatur langkah ke biliknya. Fikirannya terbang pada Erman. Tidak tahu kenapa dia merasakan Erman seperti mengelak untuk bertemu dengannya. Apa sebenarnya yang terjadi? Takkan sebab Vera? 

Keesokan harinya, Vera masih memasang strategi untuk menggagalkan segala rancangan jahat Amanda. Dia takkan membenarkan itu berlaku. Tidak mungkin dia membiarkan sahabat karibnya jatuh dalam perangkap wanita selicik Amanda. Dia enggan melihat Erman terus hanyut dengan duri duniawi. 

Vera keluar dari kedai evergreen setelah selesai membeli apa yang diperlukannya. Belum jauh langkah diatur, pergerakannya terhenti bila namanya disebut. 

“Vera..” Vera menoleh. Dia lihat Elia tersenyum memandangnya. Elia sedang jalan beriringan dengan seorang gadis berambut panjang. 

“El? Tak sangka terserempak kat sini, kan? Apa khabar?” Vera menghulurkan tangannya ke arah Elia. Jelas dia gembira bersua kembali dengan Elia.

Cinta Style Dia. Where stories live. Discover now