Part 8

185 23 4
                                    

HIDUP Wanira tidak juga berasa kosong sejak Elia duduk serumah dengannya. Kalau dulu, dia jarang masuk dapur untuk memasak. Biasanya makanan segera sahaja yang dimakannya. Agaknya itulah sebabnya berat badan susah untuk naik.

Malam itu, Wanira memasak sedikit juadah. Dia nampak, Elia berselera sekali menikmatinya. Syukurlah, ada juga yang merasa air tangannya di bandar besar ini. Usai menjamu selera dan mengemas dapur, mereka berdua melangkah ke ruang tamu.

“Kak, dah lama ke akak kerja kat hotel Abang Iz?” tanya Elia yang seakan ingin tahu banyak tentang Wanira.

Wanira melemparkan senyuman. “Masih baru, El. Habis bulan ni genap 6 bulan akak kerja kat sana.”

Elia mengangguk. “Abang Iz kata akak ni girlfriend dia?”

Wanira tersengih. “Iz tipu tu. Iz kan dah kahwin?  Dah ada anak juga pun. Zara tu comel.”

Elia tertawa kecil. “Bila masa pula Abang Iz tu kahwin? Masih bujang trang tang tang..”

“Haaa? Bujang? Tapi, Iz kata Zara tu anak dia.” Wanira seperti sukar untuk percaya apa yang Elia ucapkan.

“Kalau Abang Iz mengaku Zara tu anak dia, mesti Abang kata Izlyn tu isteri dia kan?” kata Elia.

“Ha'ah la.. Izlyn tu isteri Iz. Akak pernah sekali jumpa dia, masa kereta dia rosak,” balas Wanira jujur.

Sekali lagi Elia ketawa. “Abang Iz ni memang dah tipu akak. Sebenarnya, Kak Izlyn tu bukan isteri Abang Iz pun dan Zara tu bukan anak Abang Iz.”

“Habis tu?” tanya Wanira.

Elia tersenyum. “Kak Izlyn tu kakak Abang Iz. Jadi, Zara tu anak buah Abang Iz. El rasa Abang Iz nak uji hati akak sama ada akak cemburu atau tak.”

‘Aku cemburu? Dengan Iz? Ada la juga rasa mula-mula tu. Macam iri hati dengan Izlyn. Tapi, lama-lama perasaan tu hilang sendiri.’

“Nak cemburu untuk apa, El? Akak ni bukan siapa-siapa pun.” Seperti ada rasa sedih dalam pengucapan Wanira.

“Akak tak rasa marah dan ditipu ke bila akak tahu Abang Iz masih bujang?” tanya Elia.

Wanira menggeleng. “Nak marah kerana apa, El? Akak pernah rasa penipuan yang lebih hebat lagi dari ni. Iz ada hak untuk buat macam tu.”

“Baik betul hati akak,” kata Elia.

Wanira memandang ke arah tingkap. Seperti ada sesuatu yang difikirkan.

****

AMANDA melangkah keluar ke lobi utama setelah menghabiskan kerjanya. Dia berseorangan sahaja. Dia tidak pernah tahu lagi pasal Akmal. Tak nak ambil tahu pun. Saat ini, dia dengan Akmal bagaikan orang lain. 

Setelah mengeluarkan beg tangan dari loker di tapak luar Hotel Mega, dia disapa seseorang. Bila dia menoleh, lelaki berkumis nipis yang menginap di hotel tersenyum memandangnya.

“Ya, ada apa-apa yang boleh saya tolong?” tanya Amanda.

“Saya Man. Saya ada menginap di hotel ni. Malam esok ada dinner bersama client. Tapi, saya tak tahu nak bawa siapa. Boleh tak cik pergi bersama saya?” kata lelaki itu berani.

Terpinga-pinga Amanda. ‘Dari mana la jantan ni datang ya? Muncul-muncul terus bawa dinner. Tapi, tengok dekat penampilan macam orang berada aje? Aku tak nak lepaskan peluang baik yang ada di depan mata.’

“Encik bukan orang sini ke?” tanya Amanda.

“Orang sini juga. Cuma urusan tergesa-gesa macam ni, saya harus tempah bilik di hotel untuk selesaikan urusan dengan client,” jelas lelaki itu.

Cinta Style Dia. Where stories live. Discover now