Part 16

176 27 4
                                    

Title : Cinta Style Dia.
Writer : Iza Iman.

Part 16.

SEAWAL pukul 9.00 pagi, Hafiz, Izwan dan Wanira meninggalkan kampung halaman. Buah tangan yang telah diberikan oleh Puan Wahida, dimasukkan ke perut kereta. Bagasi turut disumbat ke dalam kenderaan.

Wanira melangkah masuk ke arah hadapan kereta yang bersebelahan dengan Izwan. Hafiz memilih untuk duduk di tempat duduk belakang sahaja. Izwan memulakan pemanduan yang disertakan dengan doa agar perjalanan lebih berkat.

“Nampaknya tak lama lagi pangkat kau akan berubah la, Iz.” Hafiz bersuara bagi menutupi kebisuan Wanira di sebelah Izwan.

“Pangkat apa pula, Fiz?” tanya Izwan yang sudah mula memusing stereng.

“Tak lama lagi kau kena panggil aku abang. Kau tu nak jadi adik ipar aku dah pun,” gurau Hafiz.

“Aku okey aje nak panggil kau abang, Fiz.” Izwan tersengih.

Wanira menggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau dilayan gurauan abangnya, sampai esok pun tak habis. Baik diamkan diri.

“Apasal diam, Wani? Kau tak terhibur ke? Dari tadi senyap aje?” soal Hafiz pada Wanira. Sebenarnya dia hanya mahu menghiburkan hati adiknya dengan gurauan-gurauan bersama Izwan.Sejak pertunangannya dengan Akmal terputus, senyuman Wanira tidak semanis dulu lagi.

“Dahlah, bang. Wani malas nak gaduh dengan abang. Wani nak tidur,” gumam Wanira.

‘Tidur pukul 10.00 pagi? Berangin betul la Wani ni. Tapi, boleh jadi dia tak suka hal cinta antara dia dengan aku jadi isu?’ getus hati Izwan.

Hafiz menjeling ke arah Izwan. Isyarat tangan diberikan untuk tidak menyambung perbualan tadi. Dia faham benar dengan angin adiknya. Dia tidak mahu  menggoncangkan ketidakseimbangan itu.

Perjalanan yang sudah jauh, membawa mereka di kawasan Bandar Kota Kinabalu. Tidak terasa yang mereka tiba juga ke destinasi yang mereka tujui. Izwan membawa Hafiz dan Wanira menjamu selera di kafe  berhampiran sebelum menghantar mereka ke rumah masing-masing.

Hafiz menuju ke kaunter hadapan untuk memesan makanan. Dia pesan sekali juadah untuk Izwan dan Wanira. Izwan memandang Wanira sekilas. Perlukah ungkapan maaf diberikan pada gadis itu?

“Wani..” panggil Izwan.

Wanira mengangkat muka. Dia duduk berhadapan dengan Izwan. Menanti dengan sabar apa yang bakal disampaikan.

“Aku minta maaf kalau aku ada terlanjur kata dan perbuatan sepanjang aku duduk di kampung, Wani,” ucap Izwan.

Wanira menarik nafas panjang. “Tak ada apa yang perlu aku maafkan. Aku cuma tak suka hubungan cinta yang baru dibina ini menjadi bahan gurauan.”

“Aku baru nak buka hati aku untuk kau, Iz. Kalau diikutkan, aku rasa berat hati dah untuk bercinta lagi. Aku tak mahu kegagalan semalam tu berulang kembali,” tambah Wanira lagi.

“Terima kasih kerana membuka peluang tu untuk aku, Wani. Aku janji, aku takkan kecewakan kau.” Izwan memberanikan diri untuk menyentuh jari-jemari Wanira perlahan.

“Ehem!” Izwan dan Wanira menarik lengan mereka saat mendengar Hafiz berdehem kecil.

“Okey, jom makan. Lepas ni, boleh balik rumah,” ujar Hafiz.

Izwan dan Wanira tidak bersuara, sebaliknya menarik pinggan yang sudah berada di depan mata. Entah bila makanan itu tiba, mereka pun tidak sedar.

****

IZLYN duduk di tepi kolam renang yang berhadapan dengan rumah mereka bersama satu dokumen yang kukuh berada dalam pegangan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Surat perceraiannya dengan Erman telah bertulis. Dalam beberapa bulan sahaja lagi, rasmilah sudah perceraiannya mereka.

Cinta Style Dia. Where stories live. Discover now