Part 5

166 27 4
                                    

HAFIZ membonceng motorsikalnya menuju ke Kedai Runcit Pak Karim. Dia bercadang untuk membeli sedikit keperluan rumah. Sejak Wanira berangkat ke bandar, kesunyian itu jelas terasa. Dialah yang menggantikan tugas adiknya sebelum ini. Bukan senang rupanya.

Sekilo gula dan garam dicapai dari rak kedai yang tersusun kemas. Dibawa kedua-duanya ke kaunter hadapan. Pak Karim tersenyum ke arah Hafiz. Ketika Pak Karim masih mengira harga barang yang diambil, Puan Limah menghampiri kaunter. Dia meletakkan barang yang dibelinya di atas meja seraya mencebik sinis pada Hafiz.

"Dah lama Wani tinggalkan kampung kan, Hafiz? Harap-harap dia bawa jodoh yang baik balik ke sini. Jangan aje sugar daddy ye," sindir Puan Limah.

Hafiz menggeleng-gelengkan kepala mendengar sindiran Puan Limah. Patutlah Wanira tidak tahan tinggal di kampung. Sampai air mata adiknya itu jatuh berderai mendengar ejekan-ejekan pedas. 'Tak apa, dik. ALLAH sentiasa bersama kita.'

"Mak cik, saya rasa Wani tak pernah buat salah kat mak cik. Adik saya tu berhati baik. Apa dosa dia sampai mak cik pandang dia hina sangat? Sudahlah... kalau saya layan mak cik, saya risau saya hilang hormat pula pada mak cik," ujar Hafiz serius.

Sebaik sahaja menyudahkan bayaran barang yang dibeli, Hafiz segera meninggalkan kedai itu. Hatinya panas sendiri mendengar sindiran Puan Limah.

"Tak habis-habis mengata mulut kau ni, Limah. Kesian budak Wani tu," tegur Pak Karim yang kurang senang dengan sikap Puan Limah.

"Ah, diamlah. Cepatlah kira," rungkap Puan Limah sambil mencebik.

****

MALAM itu, Hafiz berbual dengan papa dan mamanya di ruang tamu. Rancangan Kesihatan yang berada di kaca televisyen ditonton sepintas lalu. Kopi yang terhidang di atas meja dihirup perlahan.

Puan Wahida memandang Hafiz sekilas. Dia seakan nak tahu pasal Wanira. Sejak berangkat ke bandar dua bulan lalu, tiada sebarang khabar daripada anaknya.

"Wani takda hubung kau ke, Fiz? Bagitahu pasal keadaan dia dekat sana?" Puan Wanira bertanya.

"Ada, ma. Tapi, sekali aje minggu lalu. Dia kata, jangan risau. Dia dalam keadaan baik." Jawapan Hafiz itu sedikit sebanyak dapat melegakan hati Puan Wahida.

"Lega hati mama. Adik kau tak pernah pergi jauh," kata Puan Wahida yang sudah mula dilanda kerisauan.

"Ida, boleh tak buang rasa prasangka yang boleh membeban akal fikiran? Wani pasti boleh berdikari," tegur Encik Halim. Puan Wahida mengangguk perlahan.

"Ma, Hafiz nak tanya sikit. Kenapa Mak Limah tu macam anti betul dengan Wani? Asyik nak cari salah Wani aje," tanya Hafiz sambil memandang wajah mamanya.

"Entahlah, Fiz. Mama pun tak tahu. Biarlah... Penat karang berhenti juga tu. Yang penting, mama tahu siapa anak mama," jawab Puan Wahida ikhlas.

Hafiz menarik nafas panjang. Dia berharap benar yang hati adik kesayangannya itu terus kuat berdepan dengan arus hidup.

****

USAI menyimpan fail ke dalam rak, Wanira melangkah keluar dari bilik penyimpanan profosal-profosal untuk hotel itu. Ketika melewati kaunter hadapan, Niza memanggilnya.

"Tadi bos minta kau masuk bilik dia. Ada la agaknya nak discuss tu," beritahu Niza.

"Ohh... thanks, Niza," jawab Wanira.

Niza membalasnya dengan isyarat jari. Wanira berpatah balik menuju ke bilik Izwan. Diketuk dahulu daun pintu sebelum melangkah masuk.

Izwan melemparkan senyuman ke arah Wanira. "Duduk, Wani."

Cinta Style Dia. Where stories live. Discover now