Part 19

199 22 4
                                    

Tujuh tahun yang lepas... 

AMANDA hanya tunduk memandang lantai saat mendengar leteran itu. Ditahankan sahaja hatinya bila Cikgu Shuib memberi ceramah. Telinga sakit cuba dikawal. Perit, terlalu pedih. 

“Nasib baik homework tu siap juga ya,  Amanda. Kalau tak memang cikgu dah denda kamu berdiri dekat padang. Cuba kamu jadikan Wanira tu contoh sikit. Apa yang cikgu arah buat, memang dia selesaikan dengan baik. Semua perfect!” Amanda menarik nafas panjang. Kata-kata Cikgu Shuib masih terngiang-ngiang di telinganya. 

Tidak pernah Amanda mendengar kata-kata negatif tentang Wanira. Semuanya pujian. Kalau ya pun dia itu perfect, janganlah aibkan keburukan aku. Ya, aku memang tidak sesempurna dia. Tapi aku juga manusia biasa!

“Wanira, Wanira, Wanira... Aarrgghhh!” protes Amanda bengang.

Sejujurnya, dia sudah bosan dibandingkan. Dia tidak suka dirinya direndahkan. Dalam dan luar rumah, asyik nama Wanira sahaja yang jadi sebutan.

Emaknya juga asyik memuji Wanira dan dirinya pula disisihnya. Air mata Amanda jatuh. 

“Apa kurangnya aku?” soal Amanda.

“Wei, dari tadi aku tengok kau ni asyik bercakap seorang-seorang. Aku dengar kau sebut nama Wani.” Amanda tidak sedar pun Alan sudah duduk di sisinya.

“Kau tahu aku tak suka dia, kan?” Amanda mengetap bibir.

“Aku tahu, tapi kita semua berkawan dah lama, kan? Tak patut perasaan iri tu wujud dalam diri kau. Aku, kau, Wani dan Akmal.. kita semua berkawan dah lama. Sifat prejudis kadang-kadang memakan diri kita. Kenapa kau tak jadi macam Wani aje? Daripada buang masa iri hati, lebih baik perbaiki diri,” ucap Alan perlahan. 

“Dahlah, Alan. Aku nak balik. Di mata kau, Wani tu aje yang baik.” Amanda berdiri dan bersedia untuk melangkah. 

“Aku tak maksudkan macam tu. Tunggu, Manda. Aku tak habis cakap lagi.” Laungan Alan tidak berkesan kerana langkah kaki Amanda sudah jauh. Alan mengeluh berat. 

**** 

Enam bulan kemudian... 

KEPUTUSAN SPM sudah berada dalam tangan. Amanda masih memegang slip keputusannya. Huh! Amanda kecewa. Grednya teruk gila. Tidak layak sambung pelajaran ke tingkatan enam. Huh! 

Tok! Tok!  Pintu biliknya diketuk. Tergesa-gesa dia menyumbat slip keputusannya di bawa bantal. 

“Siapa?” laung Amanda dari bilik tidur. 

“Mira,  kak,” jawab Amira.

“Kau nak apa, Mira? Akak penat, akak nak rehat.” Amanda memberi alasan.

“Kawan akak datang nak jumpa akak,” jawab Amira.

Huh! Amanda mendengus. “Okeylah, akak keluar.”

Amanda turun dari katil lantas melangkah malas. Tombol pintu ditarik kasar. Amira yang berdiri di depan biliknya langsung tidak diendahkan. Amira hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap kakaknya. Amanda menuju ke ruang tamu dan dilihatnya Wanira sedang duduk di atas sofa. Hishh, dia ni lagi. Malasnya nak layan. 

“Ada apa,  Wani?” Amanda bertanya selamba. Kalau ikutkan hatinya, dia nak masuk bilik terus. 

Wanira tersenyum. “Kau dah ambil slip kau?”

“Dah.” Acuh tak acuh Amanda menjawab. 

“Mesti kau lulus kan, Manda. Jom, kita sama-sama sambung ke form six,” pelawa Wanira beriya-iya. 

“Mungkin tak, Wani. Kau ajak aje Akmal dengan Alan. Aku nak masuk Kolej,” tolak Amanda. Tidaklah dia berminat untuk satu pengajian dengan Wanira. Cukuplah dia tahan hati selama ini. 

Cinta Style Dia. Where stories live. Discover now