Part 22

146 21 2
                                    

CAWAN putih berisi kopi panas yang baru selesai dibancuh, dibawa menuju ke ruang tamu. Diletakkan perlahan di atas meja kaca. Hafiz masih memandang telefon milik Elia. Bibirnya terukir manis memandang paparan hadapan skrin.

Comel juga rupanya Elia ni. Nak selfie pun ala-ala gadis korea gitu, bisik hati kecil Hafiz.

“Macam mana aku nak kembalikan handphone dia ni ya? Hmm,  ha'ah..  Baik aku call Wani.” Terasa seperti orang  bodoh pula,  soal dan jawab sendiri.

Hafiz mencapai telefon bimbitnya. Nombor telefon Wanira didail. Panggilannya bersambut.

“Kenapa, bang?” tanya Wanira.

“Tak ada apa-apa. Saja nak call. El ada kat sana?” ujar Hafiz.

Wanira tersenyum mendengar jawapan abangnya. “Abang ni dah kenapa tanya pasal El pula? Rindu ke?”

“Isk, tak ada la. Nak bagitau El yang handphone dia tertinggal kat bank tadi.” Boleh terasa merah padam muka Hafiz mendengar usikan adiknya. Nasib baik Wanira tidak berada di hadapannya ketika itu.

“El ada. Tengah layan oppa Korea,” kata Wanira separuh mengusik.

“Oppa Korea mana pula ni?” tanya Hafiz yang kebingungan.

“Ala, drama Korea la, bang,” jawab Wanira.

“Oh, ingatkan apa la tadi. Okey, bagi handphone kat El, abang nak bercakap. Tapi, minta El jawab kat bilik,” ujar Hafiz.

“Pula?” bebel Wanira.

“Bagi aje, ” kata Hafiz lagi.

“Okey-okey.” Dalam sekelip mata sahaja telefon itu sudah bertukar tangan.

Di dalam bilik tidurnya, Elia menjawab panggilan itu. Entah apa yang ingin Hafiz bualkan. Elia pun tidak tahu. Elia meninggalkan kawasan bank tadi dengan tergesa-gesa. Hatinya berdebar-debar sahaja saat berhadapan dengan Hafiz. Tidak tahu kenapa.

“Ada apa, bang?” Terketar-ketar pula suara Elia menjawab panggilan telefon itu.

“Boleh ke kalau abang nak jumpa El?” soal Hafiz.

“Untuk apa?” Elia menjawab soalan itu dengan pertanyaan juga.

“Ada something yang ingin abang katakan dengan El,” jawab Hafiz.

“Err.. bila?” Elia bertanya lagi.

“Malam esok,” jawab Hafiz.

“Baiklah, bang..” Itulah perbualan yang terakhir. Cepat-cepat Elia mematikan  panggilan sebelum Hafiz menamatkannya. Diserahkan kembali telefon bimbit itu kepada Wanira.

****

ERMAN sudah tekad untuk menemui Izlyn. Cintanya dengan Amanda adalah satu kesilapan. Dia tahu, perhubungannya dengan Izlyn masih boleh dipulihkan.

Dengan sejambak bunga yang masih mengharum, Erman turun dari keretanya. Izlyn yang baru keluar dari pintu pagar sekolah terkejut menerima kehadiran bekas suaminya yang tidak terduga itu. Hatinya kembali terusik.

“Lyn apa khabar?” tanya Erman.

“Baik, bang,” jawab Izlyn lambat-lambat.

Erman menghulurkan bunga mawar merah itu kepada Izlyn. “Maafkan abang, Lyn. Dengan apa yang dah jadi, abang tak layak diberi pengampunan. Abang balas kepercayaan Lyn dengan nista. Tapi, abang mohon berilah abang peluang kedua. Setelah Lyn jauh daripada abang, barulah abang tahu apa itu makna cinta, makna rindu..”

Air mata Izlyn jatuh di pipi. Tipulah kalau dia tidak rindukan suaminya. Bohonglah kalau dia tidak dahagakan cinta Erman. Tetapi, bila Erman memilih untuk bercerai kasih dengannya, dia merelakannya dalam keterpaksaan. Sejujurnya, cintanya terhadap Erman masih tersimpan utuh dalam jiwanya sehingga ke saat ini dan sampai azali.

Cinta Style Dia. Where stories live. Discover now