Song ji hyo adalah seorang gadis yang cantik namun dia berpura pura menjadi nerd yang hodoh hanya kerana ingin selalu dekat dengan kim taehyung pelajar yang terkenal di sekolah nya.Bila dia di buli oleh taehyung dia merasa sangat gembira kerana dia boleh lihat wajah hensem taehyung dari dekat.
Lah dia tu terkenal sebab dia hensem je huhu buat apa hensem klau jahat kan?
Yup kim taehyung memang hensem namun dia suka membuli orang dan mencari pasal pada orang yang dia tidak suka ataupun orang nerd yang hodoh.
Itu di kira jahat kan gaes?
Taehyung paling tak suka bila tengok orang nerd dan berkaca mata,
Entah setan apa yang merasuki jihyo song itu hingga dia sanggup jadi nerd hanya kerana ingin dekat dia, jihyo tidak kisah tentang apa-apa dia hanya ingin dekat dengan kim taehyung walau apa pun yang terjadi padanya.
Dia cedera pun dia tak kisah yang penting hanya lah dia dapat dekat dan melihat kim taehyung si pujaan hati.
Opss dia bukan psycho tau, dia cuma jatuh hati pada taehyung je
Hehe okay Okay cukup sampai sini saja cerita song ji hyo.
-
Jihyo melihat dirinya di pantulan cermin tepi bibir nya yang luka gara gara taehyung di pegang lalu dia tersenyum.
"memang sakit tapi aku happy"
Yee semalam dia cari pasal dengan taehyung sampai kena belasah oleh kawan taehyung nasib baik tidak teruk sangat, tapi takpe dengan itu dia boleh melihat wajah taehyung.
Jihyo pun berhenti tersenyum, Beg galas yg berada di atas tilam di ambil.
Dia turun dari bilik nya. Kawan baik nya yang berada di dapur menggeleng melihat penampilan jihyo itu.
"wehh siyes lah? Knpa kau harus jadi nerd selalu? Kau tak bosan ke kena perli dan buli oleh taehyung tu,"
Kawan nya itu aka bang minah menjeling jihyo dengan menyampah. Entah sampai bila jihyo terus macam itu, dia sendiri sudah tidak tahan dan bosan melihat jihyo yang selalu kena buli.
Senyuman manis terukir di bibir jihyo, dia merasa bangga dengan apa yang dia buat ini, kerana sejak hari pertama masuk sekolah dia sudah menyimpan perasaan pada taehyung dan dia tidak akan menyerah selagi taehyung tidak menotice perasaan nya.
YOU ARE READING
𝑪𝒂𝒏 𝑰 𝑩𝒆 𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑶𝒏𝒆 ? [✔]
Fanfiction» The more you hate, the more you love « - taehyo