Hari ini jihyo datang lebih awal ke sekolah nya kerana dia mempunyai tugas membersihkan ruang kelas.
Masalah nya skrng adalah dia kerjakan tugas nih bersama dengan minah dan mingyu 🤧 padahal dia belum sedia nak jumpa dengan mereka.
Yup, selama dia bergaduh dengan dua kawan nya itu dia tak bercakap dengan mereka walau mereka satu kelas.
Masing masing hanya sibuk hal masing masing padahal dalam hati rindu nak tegur dan kembali mcm dulu
Tapi tu lah masing masing ego
Semasa dalam perjalanan ke kelas nya dia ternampak gambar nya bersama dengan taehyung di papan pemberitahuan langkah nya terhenti matanya langsung sja membulat
Apa ni?
Dia mendekat pada papan itu makin membulat matanya pabila gambar itu adalah gambar semasa dia ingin menyuap taehyung dan semasa dia bergurau dengan taehyung.
Banyak pula gambar itu, gambar itu ada di mana mana saja klau peminat taehyung nampak memang habis dia kena serang oleh mereka.
Tanpa membuang masanya jihyo pun membuang semua gambar itu dengan emosi nampak nya dia tahu siapa yang berbuat seperti ini
Siapa lagi klau bukan jungwoo? Hanya Dia kan yang dengki pada tae?
"tak guna lah jungwoo ni,"
Setelah semua gambar tadi takde dia terus pergi ke kelas nya untuk mengerjakan tugasnya. sampai saja dia di kelas, kelas itu sudah pun cantik rapi dan bersih ini pasti mingyu dan minah sudah membersihkan nya
Tanpa membuang masa nya dia pergi untuk mencari jungwoo semoga saja dia sudah berada di kelasnya.
Dengan wajah geram dia pergi pada kelas jungwoo, sungguh tak sangka yang jungwoo sanggup berbuat seperti ini padanya hanya kerana dia dengki pada taehyung? Tch sikap nya seperti kanak kanak yang kurang matang
Sampai saja di kelas nya dia langsung menghampiri nya. dalam di kelas itu masih belum ramai orang lagi boleh lah dia marah jungwoo sikit.
Bbuk!!
Gambar tadi di campak pada meja jungwoo, jungwoo yang sedang sibuk mendengarkan lagu sambil belajar itu terkejut. Siapa pula nih?
"apa nih?,"
Dia membuka earphone nya lalu bangun memandang pada orang yang telah kurang ajar padanya.
Tidak jadi ingin marah apabila itu jihyo malah dia tersenyum pada nya.
"eh jihyo ye nak apa nih?,"
Di pandang wajah jihyo yang kelihatan serius itu, tengah period ke?
"kau jangan nak pura pura baik lah jungwoo nih pasti kerja kau kan? Kau saje kan nak hancurkan hubungan aku dengan taehyung!! Apa masalah kau nih?," Marah jihyo.
Jungwoo mula kebingungan knpa tiba tiba nak marah orang ni? Apa yang dia sudah buat padanya?
"huh apa mksd kau ni jihyo"
Jihyo berdecit geram biji matanya di putarkan. Pura pura pula dia.
"jangan nak berpura pura tak faham lah jungwoo aku tahu lah, pasti kau kan yang dah tampal semua gambar aku dengan taehyung sebab kau dengki pada dia kan? Cepat jujur pada aku!!!, "
Jihyo menjerit emosi dia sngat geram pada tingkah jungwoo ini.
Seperti kanak kanak saja
Tapi Jap yang seperti kanak kanak siapa eh sebenarnya?
YOU ARE READING
𝑪𝒂𝒏 𝑰 𝑩𝒆 𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑶𝒏𝒆 ? [✔]
Fanfiction» The more you hate, the more you love « - taehyo