Chapter 1

432 8 0
                                    

(Cyl Pov)

"Ma, aku tak mahu pindah !" Rayu Cyl.
"Kamu tuh gimana sih ? Kan papa udah di pindahin ke Sarawak. Mau gak mau , kamu harus terima dong !" Ujar Puan Ally sambil membancuh air.
"Terus ! Aku sekolahnya dimana ?"
"Ya di sana la. Masa di sini ?"
"Mama !" Dengus Cyl sambil menghentak hentak kakinya berjalan menuju ke bilik.
"Degil !"

Setengah jam kemudian, Tuan Fred pulang dari kerja. Puan Ally membuka pintu.

(Tuan Fred Pov)

"Cyl mana Ma ?" Tanya Tuan Fred apabila kelibat anak tunggalnya tidak kelihatan.
"Lagi ngambek !"
"Kenapa ?"
"Gak mau pindah !"
"Baru aja selesai urusannya."
"Hm, semua okay kan pa?" Puan Ally tersenyum lebar.
"Ya, syukur."

Sementara Cyl di dalam biliknya pula sedang sibuk melihat baju bajunya. Mulutnya tak henti henti merungut.

"Kenapa sih harus ganti sekolah mulu."
"Okey apa result aku sekolah sini ! Apa lagi yang tak cukup ! Asyik asyik pindah, bosan !"
"Tinggal sendirian ? Tapi gak bisa huhh !"

Keesokan harinya, kami sekeluarga berangkat. Petang itu, kami selamat sampai di Sarawak. Suami isteri itu kelihatan gembira tetapi tidak dengan Cyl. Hatinya tertinggal di Indonesia.

Kini aku berada di rumah nenek aku. Aku dengan pantas berjalan menuju ke tingkat atas. Hanya satu bilik saja di tingkat atas. Aku memasuki bilik yang penuh debu itu. Aku mengeluh perlahan lalu mulai mengemas.
Malam itu, aku dipanggil oleh nenekku.

"Cyl ! Makan !" Jerit Nek Sie.
"Iya nek. Sebentar !"

Aku turun ke bawah, ke ruang makan. Mama papa sudah pun kekenyangan. Aku duduk di tepi nenek lalu mulai makan.

Dua minggu kemudian, Papa dan Mama menghantar aku ke sekolah baru ku. Namun aku sedih kerana itu lah kali terakhir mama papa menghantar ku ke sekolah. Selepas itu, Aunty Taa akan mengambil alih. Aku pasrah !

Di sekolah itu, aku ditempatkan di kelas 4B. Hanya beberapa orang pelajar saja yang tersenyum menyambut kehadiranku.

"Hallo ! Aku Cyl Chyla dari Indonesia."
"Hai !"
"Cyl, duduk di sebelah Vanessa ya ?" Ujar Guru Kelas.
"Hi Cyl ! Aku Vanessa. Panggil Shasa." Sapa Vanessa ramah.
"Hi !"

Waktu rehat tiba, aku duduk sendiri. Sesekali, telinga ku mendengar percakapan pelajar lain tentang aku. Aku hanya berdiam diri.

"Itu manusia atau bidadari ?"
"Saingan kau !"
"Itu nama aku lah !"
"Kenapa eh dia macam tu. Dingin !"
"Wuuu ! Bidadari baru kelas kita."
"Itu aku sorang ! Bukan dia !"
"Dia lagi cantik ! Hati hati ya."
"Try lah !"
"Tak berminat aku !"
"Jangan macam tu last last nanti sangkut jugak !"
"Sorry lah ya ! Bagi aku girlfriend aku tetap cantik dari semua orang."
"Sombong kau ya ! Sejak bila kau insaf ni? Okey kalau cam tu, dia aku punya !"
"Belum lagi. Kau ambik lah, tak cantik mana pun."

Aku hanya mampu mendiamkan diri. Disaat itu juga, aku merindui teman temanku di Indonesia. Aku mengeluarkan novel dari beg ku lalu mulai membaca. Novel itu adalah hadiah dari Veana sahabatku sempena hari jadi ku tahun lepas.

(Ellen Pov)

Aku hanya memerhati pelajar baru itu dari jauh. Benar kata Aaron, dia bidadari cantik. Namun, girlfriend aku juga tak kalah cantik. Aku buntu.

"Kau dah kenapa hati ? Kenal dia pun kau belum ! Nak buntu buntu bagai otak ni!"

Tiba tiba, aku dikejutkan oleh suara Giovany. Aku membuang pandangan ku ke arah Giovany, dia sedang menegur pelajar baru itu. Pandangan ku setia disitu sehingga aku tak mendengar girlfriend aku memanggil namaku.

"Len ?"
"Hello ! Len ! Jom, ke kantin."
"Ellen !" Jeritnya.

Dia Bella. Girlfriend baru aku. Dia serba boleh, aku bangga menjadi boyfriend dia. Bukan hanya cantik.

"Eh, jom !" Kata ku sambil tersenyum.

(Shasa Pov)

Sekembalinya, aku dari kantin. Aku melihat Cyl sedang membaca novel. Aku berlari mendapatkan dia.

"Cyl !" Panggilku.
"Kenapa ?"
"Kau baca novel apa ?"

Syl hanya menunjukkan kulit novelnya ke aku. Aku mengangguk kepala. Dalam hati aku berkata , dia seorang yang dingin dan beku tapi cantik. Itu yang tidak dapat di nafikan. Aku teringin mahu mendengarnya berbicara panjang namun Cyl terus membeku. Aku turut membeku.

(Bella Pov)

Di kantin, Ellen sedang menemani aku makan. Namun Ellen termenung saja di hadapan ku. Aku tak puas hati melihat perubahannya.

"You ?"

Dia tetap termenung , langsung tak mendengar panggilanku.

"You, kenapa ?"
"Kenapa ?"
"Dah lah I tak selera nak makan ! You makanlah sorang." Aku merajuk.
"Yang !" Jerit Ellen.

Aku semakin geram. Tak pernah sekali pun dia memanggilku dengan manis. Aku pun tak tahu dia boyfriend jenis yang macam mana. Marahku hilang apabila mendengar kawan kawan memanggil namaku.

"Kau kenapa Bella ?" Tanya Cilina, adik angkatku.
"Kau tahu sendiri lah. Malas aku nak cakap banyak !"
"Bell, kalau aku cakap sikit boleh ?"
"Apa dia ?"
"Tadi kat kelas, aku cuba la tegur budak baru tu. Dia jawab aku, sepatah patah aje. Geramnya aku. Berani dia buat tak tahu depan aku."
"Dah tu ? Yang kau gatal jugak nak tegur dia kenapa ? Dia kan ais !"
"Tadi sebelum kau ke kantin, si Ellen pun syok tenung budak ais tu."
"Kau biar betul Cil !"
"Betullah !"
"Budak ais tu memang nak kena lah. Nanti !"
"Eh, Bella. Aduhh ! Tak dengar ke apa aku cakap tadi ?"

Sampai ke kelas, aku pergi menuju ke tempat duduk budak ais itu. Dia sedangkan membaca novel.

"Hi !"

Dia mengalih pandangannya ke aku. Namun hanya mengukir senyuman manis. Dia menungguku memulakan bicara kembali.

"Nama aku Bella. Aku pengawas sekolah."
"Cyl Chyla"
"Tak boleh ke panjang sikit bercakap tu ?"
"Boleh panggil Cyl."

Dia langsung tak terkejut mendengar suaraku malah kembali fokus kepada novel di tangannya. Aku semakin panas.

"Aku tegur kau bukan nak ajak kau berkawan. Aku cuma nak ingatkan kau, Ellen aku punya."
"Hmm..ambik lah." Ujar Cyl seperti biasa.

Aku berlalu pergi menuju ke tempat dudukku. Cilina tersenyum melihatku.

"Dia tu manusia atau apa ?"
"Aku dah cakap, kau taknak dengar. Dia tak takut dengan kita." Kata Cilina.
"Takpa, hari ini dia lepas !"

Segera loceng rehat berakhir, Cyl menyimpan novelnya. Sesi pembelajaran dimulai dengan baik sehingga waktu persekolahan tamat.

TO BE CONTINUE...

Gadis Gengster Pilihan HatiWhere stories live. Discover now