EW: EVONIXX EVOLUTION

83 18 5
                                    

Form 1 (2017)
Tanggal 3 Jan 2017, bermulalah kisah Evonixx di asrama SAMBEST. Minggu first, of course lah masing-masing sibuk dengan orientasi. Aku ingat lagi waktu ini aku sama group dengan
Qisso, Nafisya, Shady, Hanzo dan Naufal. Ketua kami Nu'man, tapi awal tahun lagi dia dah
pindah. Penolongnya pula..siapa lagi yang kena paksa kalau bukan aku. Reda jelah.

Sebenarnya, ada banyak pengalaman manis time form 1 cuma yang ini aku paling ingat.

Di suatu malam, sewaktu prep di dewan makan. Di saat semua tengah siapkan homework dan
ulang kaji, terdapat beberapa ketul Evo-Lass yang sibuk singgah dari satu meja ke meja yang lain. Nak tahu apa diorang buat? Tanya dan catat birthday setiap orang dalam satu buku.

Aku ingat, yang tanya birthday aku Reppo. Time tu, memang confident tahap dewa lah birthday aku nanti mesti dia wish. Tetapi, bak kata peribahasa yang aku belajar waktu BM, langit tak selalunya
cerah.. pelangi pun tak sentiasa wujud. End upnya, waktu birthday aku tiada seorang pun
wish. Mentang-mentang aku tergolong dalam kalangan maknae (muda) form korang buat aku macam ni eh.

Form 2 (2018)
Dalam banyak-banyak tahun di SAMBEST, aku paling suka time form 2. Sebab aku dapat
classmate gempak, dormmate pun best-best belaka. Paling penting, time ni Evo-Lad dan
Evo-Lass dah start bekerjasama and become united gitu.. Kelas aku waktu form 2 namanya
special. 2 BIRUNIVERSE nama dia. Dorm aku pula, dorm A2 yang merupakan dorm paling
heaven sebab terletak di aras bawah sekali tak payah langsung jejak tangga.

Sebenarnya,time form 1 aku ni pemalu orangnya senang cerita set-set solehah gitu. Tapi, bila start masuk form 2 aku buat anjakan paradigma. Bukan sikit,banyaaaaakk! Aku dah mula join makcik-makcik Evo-Lass untuk bersama-sama masuk air.Sehinggalah menyebabkan aku digelar IMANOOB dalam kalangan Evo-Lass. Main point dia adalah kerana aku yang lambat pick up dan antara
orang paling last tahu perihal hal-ehwal dalam form.

Contohnya, aku baru dapat tahu Ketua Form Evonixx ialah Salikin waktu aku berada di form 2. Ini serius ni.Tak tipu!

Disebabkan aku ini golongan noob, ada juga mereka yang berdendam dengan aku. Siapa lagi kalau bukan golongan
SWAG yang disandang oleh ADLINA SWAG. Kitorang berdua ni selalu jugalah saling cari pasal
antara satu sama lain. Tapi, kalau bergaduh tu gaduh-gaduh anjing je. So, tak payah risaulah. Okeyh?

Form 3 (2019)
Tahun yang ini memang paling mengerikan buat semua warga Evonixx termasuk jugalah
EvoMoms dan EvoDads. Sebab tahun 2019 inilah kami kena hadap kertas PT3 KSSM pula tu!
Semua cikgu dah pakat risau pasal format baru. Kitorang yang masih mentah dan suci ini
apatah lagi kan.

Jujur aku kata, time form 3 ni memang banyak betul dugaan dan cabaran melanda. Macam-macam benda jadi. KF pun dah tukar jadi Arep. PKF pula dah tukar dengan Wafa'. Kami lalui susah senang bersama, gembira bersama, sedih bersama,menangis bersama, risau bersama, takut bersama, rebel sikit-sikit pun bersama.Tapi,melalui semua itulah Evonixx mula belajar dan kenal erti sebenar persahabatan.

Persahabatan yang sebenar terjalin apabila kita saling ada waktu suka dan duka dan kita hadapinya bersama dengan sabar dan tabah. Betul tak?

Dan.. tak lupa paling stres bila nak siapkan 3 kerja kursus; RBT,GEO dan SEJ. Tapi, kitorang berjaya meredahnya berbekalkan dengan semangat setiakawan. Rela pinjamkan cat spray untuk orang lain, tolong member setting project sampai sanggup stay up and burning the midnight oil dan betulkan wiring litar sampai berlubang dan terbakar tikar getah kat lantai bilik prep tu. Itulah antara bukti yang we're dying hard for our project tau!

Tak lupa juga ro our lovely EvoMoms and EvoDads. Sanggup kumpul duit dan menyumbang kepada EvoFund just for their dearest Evo-Lad and Evo-Lass.Daripada duit sumbangan tu,setiap kelas dibekalkan dengan bermacam jenis EvoFood,EvoSnack dan EvoDrink. Serius,aku memang tabik dengan semua ni!

Pada saat itu,kami sedar yang kami tak berseorangan. We still have Allah by our side, EvoMoms
and EvoDads with all the teachers too. They always pray the best for us. What else can I say.. THANK YOU SO MUCH! 😘



Nur Iman Saffiyyah binti Noor Ahadi

EVONIXXWhere stories live. Discover now