U-TURN FT. QAL

203 19 2
                                    

Hai kawan-kawan. Aku Qal. Cerita pasal akulah yang paling terpanjang kalau nak dibandingkan dengan Haz dan Naz.

Okey jom aku cerita. Panjang nak mampus tau. Kalau rajin bacalah sampai habis.

Actually, dari akhir tahun 2019. Aku still dalam dilemma nak ke taknak pindah ni apa semua. Like seriously kalau ikut hati memang ah nak pindah kalau dapat en. Mjsc Melaka kot, the most prestigious Mrsm dalam Malaysia kot.

Tapi aku cam rasa taknak jugak ikutkan hati sangat. Nak ikut ketentuan Tuhan. Apa yg Allah tentukan untuk aku. So start akhir tahun tahun lepas aku start banyakkan doa, bykkan buat solat istikharah mintak petunjuk. Mana sekolah yang terbaik untuk aku. Either Mjsc Melaka, Klang College atau Samusj5.

Dah nak dekat habis cuti tu, aku still belum dapat lagi kata putus yg jelas, sama ada nak stay ataupun nak pindah. Jadi, aku pun mintaklah tolong kawan2 aku member2 aku yg lain mintak tolong doakan yang terbaik untuk aku ahahaha nampak acah bukan? Tapi betullah, nasib baik ada kawan cam diorang :) #silaterharu

Ok sekarang cerita pasal mjsc melaka dulu. Aku time hari daftar mjsc melaka tu hari isnin au. Selalu orang mesti akan keluar sekolah or buat pembersihan diri sehari dua sebelum pergi pindah sekolah lain en. Tapi aku lain, aku keluar hari isnin tu jugak, tengahhari.

So gerak keluar dari pintu pagar samusj5 dalam pukul 12 camtu and sampai kat Jasin kat pintu pagar mjsc melaka tu dalam kira-kira 10minit lepas zohor.

So sampai2 je kat sana aku pun solat zohor dulu kat surau dia, tukar baju uniform apa semua and baru lah sedia nak pergi daftar diri kat kaunter dia. Sesi pendaftaran actually ada 2, first dari pagi saaaaaaaampai zohor & second daripada lepas solat zohor saaaaaaaampai pukul 6 ptg.

Sesi first tu meriah sikit ah, diorang buat dlm dewan, ada persembahan gamelan, dron etc. So kiranya kat sini aku tak sempat nak join gimik pemdaftaran masa sesi pendaftaran first tu sebab masatu aku masih kat samusj5, tolong cikgu setelkan pendaftaran f1 masuk samusj5.

Jadi saje nak ckp sesi pendaftaran yg second ni hambar lah sikit. Tak se-gah dekat dewan utama diorang cam sesi first tadi. Sesi second dia buat kat pejabat je. Pishang.

So dah setel apa semua urusan pendaftaran, bayaran koperasi, bayaran makan dewan selera apa semua, aku pun separate lah dengan parents aku... Tak lama pun actually daftar tu. Cam, sejam je dah setel astu borak2 sikit2 ngan parents, cakap goodbye kejap kat phone and then dah mak ayah aku pun gerak balik Kl.

So aku pun reput tak tau nak buat apa petang tu, aku round ah asrama putera tu carik member f4 baruuu. One more thing kalau kat mjsc melaka ni, biasa kalau jadi f4, dia akan wujudnya dua term ni, "Budak mara" & "Budak kpm". Konsep dia cam racist sikit tapi itulah dia. Senang cerita budak mara tu f4 yg sekolah asal dia dari Mrsm gak. Mrsm mersing ke muar ke ha camtu ah.

While budak kpm tu pulak is budak sekolah under kerajaan cam Smk, Smka & including Sam sekali. So diorang ni suka berpuak ah time awal2 f4 ni esp budak mara. Memang batak gila dengan mrsm lama masing2. So cam ada golongan budak mara ada golongan budak kpm.

And aku golongan budak kpm. Tapi benda ni tak kuat sangat pun, cam takdelah nmpk sgt racist dia sebab kitorang kan ada minggu orientasi tu. Haaaa. So kat situ lah kitorang nak create bond, nak kikis konsep budak mara budak kpm ni tadi. Fast forward, hari ketiga aku kat sana, aku dah start rasa janggal, aku rasa cam "aku selesa duduk kat sini pun sebab aku pura2 rasa selesa sebab nak sedapkan hati je". Camtu.

And then malam hari rabu tu aku mintak ah pinjam telepon nokia kawan aku. ( masa ni aku tatau kenapa tapi Tgb tak kasi bawak lak smart phone, so aku takde -_-). Nak call parents. Malam tu aku pun luah lah kat parents aku nak patah balik, tak sesuai dengan environment biah kat sini, susah nak addapt apa semua, tak sedap hati etc bla bla bla. And then jumaat, lepas habis sesi orientasi yg lastttt sekali tu which is Ujian diagnostik F4 ( the first & also the last exam aku amik kat mjsc melaka), parents aku pun sampaiii...., urusan pembersihan diri, packing barang apa semua. Aku pun keluar & otw nak pergi patah balik samusj5.

Cerita dia dah sampai Usj baru teringat baldi gayung shampoo berus gigi brg mandi semua tinggal kat mjsc melaka.

Sampai samusj5 nak dekat maghrib dah. Semua pun greet aku sebab patah balik >.< Esoknya pulak sabtu, ada merentas desa peringkat sekolah huhu. Tau tau Maidi dah cau ready nak daftar klang college ahaha.

Second pasal klang college. To be honest, lepas je comeback drpd mjsc melaka, aku memang tak tau pun aku dapat ke tak  klang college. Tibe2, sabtu malam ahad, adik aku jumpa aku cakap kat aku suruh call mak.

Pergi italk. Aku call mak aku n beliau tiba2 suruh aku packing balik barang dalam locker sebab esok dia nak amik aku ready nak daftar klang college. Tak expect pun dapat sebab ada rumours kata kalau dpt Mrsm, tawaran Sbp dah takleh nak dapat.

But, rezeki... Taknak pun pindah masa tu. Sebab dah senang hati belajar kat samusj5 . Tapi parents paksa jugak supaya aku try kat sana seminggu dulu. Takleh nak decline so ikut je lah parents. Aku keluar sekolah hari ahad, sehari selepas merentas desa. Farewell lagi alahai ahahaha. Paling emotional naz pun nak pindah sekolah baru dia.

Astu esoknya pun daftar klang college. There's nothing pun sebenarnya reason why aku boleh patah balik samusj5 sebab tengok kat klang college ni pun bagus. Biah solehah ada. Kawan2 member sekolah lama pun ada. Member baru pun friendly.

Tapi, kat klang college ni life kene a lil bit strict sikit lah. Like kalau kat samusj5, kau f4, kau senior, kau boleh la cam bangun lambat sikit apa semua kan. Tapi kalau kat klang college, aku jadi paling junior sebab kau f4, takde batch bawah lagi. Adapun f5 f6 je.

So kat sini, esp masa awal2 minggu aku kat sini kenalah act baikly, Gituuu. Ikut rules, ikut adat kat sini. Kang kene bantai kene tibai kang HAAA. The thing is, aku perasan setiap malam aku kat klang college, aku asyik macam TERdapat mimpi tau. Like petunjuk. Sounds weird and kelakar but yah. Suka hatilah nak percaya ke tidak.

Jadi aku pun teringat lah satu web yg aku pernah baca akhir tahun lepas, " Ciri Petunjuk Jawapan Istikharah". Dan salah satunya melalui mimpi,,,. Like memang sumpah banyak kali dapat camtu start aku masuk klang college. Jadi hati aku pun jadi macam kuat lah mengatakan yg cam...

"Ni lah kot jawapan yang aku carik, yang aku nekad usahakan tahun lepas".

Balik cuti Cny masa bulan januari seminggu tu, aku pun try lah slow talk dengan parents aku cakap pasal benda ni. Yelah, nak mintak jugak kepastian dgn persetujuan diorang sebab before that pun aku dah pernah mintak kat diorang nak patah balik dari mjsc melaka. So cam takut sikit ah ahahaha.

Tapi alhamdulillah parents aku pun sama dengan aku, diorang kata diorang pun ada rasa jugak yang samusj5 tu baik untuk diri aku. Diorang pun ada dapat jugak petunjuk through mimpi. Mungkin berkat istikharah lah, akhir tahun lepas tu.

Jadi, setelah pung pang pung pang kencang punya bincang. Bincang dengan parents, discuss dgn kawan yg aku rapat, tanya2 cikgu & senior etc. Aku pun dah buat kata putus. Aku nekad nak teruskan study aku kat samusj5 sampailah habis zaman persekolahan aku, sampai habis Spm. So, naik cuti sekolah, aku clearkan locker kat asrama  klang college, terus cau masuk sambest balik.

-The End-

p/s: 1272 words

EVONIXXWhere stories live. Discover now