BAB 1

284 11 2
                                    

Bismillahirrahmanirrahim
*26 January 2020*



SAAT ini tiada apa lagi yang aku perlukan selain diari dan pen ini. Salah satu sahabatku. Sahabat yang tak bernyawa. Lebih tepat lagi mereka lah tempat mengaduku selain Yang Maha Pencipta.

Tanganku mula lincah menulis tiap bait perkataan yang terluah di pelusuk hati yang paling dalam.

6 Mei, Isnin

As I was growing up, I thought my 'papa' would be my superhero. Someone that i have put all my trust on. Someone who will always protect me. The one who will guide me and be my mentor. It pains me to say that in fact , papa was my tormentor. How could I have expected that papa will save me from the monster that will came in future. But when in reality, he was the monster I needed saving from. Dia lah yang memusnahkan kebahagiaanku.

Sekilas aku melihat hasil tulisan tanganku. Hasil luahan hatiku hari ini.

Aku tutup helaian buku. Lalu aku letakkan pen dan buku di sebelah kananku. Pandangan aku halakan ke arah tasik yang berada di depan mata. Terluah keluhan dari bibirku tanpa sedar

Dalam banyak-banyak tempat dalam dunia ini kenapa di sini aku dijumpakan dengan manusia yang paling aku tak ingin untuk berjumpa.

Manusia yang mencemarkan nama cinta. Kesucian cinta. Manusia yang tak tahu  menghargai sekeping hati.

Aku ketap bibir. Tangan yang aku genggam mula menggigil. Jantung pula mula merubah rentak.

Berdebar kerana menahan rasa sakit yang menyinggah. Tubir mata pula mula hangat bergenang.

Sehingga kini aku tak pernah lupa sakitnya sebuah pengkhianatan yang telah dilemparkan dalam diari hidupku. Setiap inci rasa sakit yang dilemparkan walau sekecil zarah sekalipun masih lagi aku ingat.

Dilakukan oleh dua orang yang paling aku percaya dan aku cintai. Terngiang-ngiang rasa sakitnya sehingga kini. Sakit yang tak terperi.

Tanpa sedar air mataku mula menitik perlahan. Satu per satu. Otakku mula ligat berfikir.

Kenapa harus aku yang menjadi mangsa untuk semua kesakitan ini?

Kenapa harus aku yang dihadapkan dengan lelaki pengkhianat seperti mereka.

Aku tundukkan kepala ke bawah. Jelas terlayar memori beberapa tahun lalu.

Hampir enam bulan berlalu, mama masih begitu. Mengasingkan diri dan menangis.  Mengongoi nasib diri yang ditinggal oleh sang cinta hati, yang telah berubah hati

"Apa salah mama, Lea? Apa kurangnya layanan mama selama ini? Mama tahu mama tak pernah sempurna dan takkan pernah pun sempurna. Mama pun tahu yang papa pun tak sempurna. Tapi sepanjang perkhawinan kami. Tak pernah sekalipun mama anggap papa itu sebagai suami yang tak sempurna. Walaupun banyak cacat dalam perkhawinan kami, mama masih anggap itu adalah kelebihan dalam setiap rumah tangga.. Makan, minum, pakaian, tanggungjawab. Sedaya upaya mama cuba cukupkan untuk dia. Walaupun lelah sekali pun, mama gagahkan juga untuk melayan dia yang penat balik kerja cari nafkah untuk kita."

Menitis lagi air matanya. Malah lebih lebat. Nafasnya dihela perlahan.

"Tapi satu yang mama tak pernah terbayang. Dan pastinya tak pernah menerima dan juga impikan untuk dikhianati. Dikhianati oleh suami sendiri. Cinta mama diduakan oleh suami sendiri. Selama ini rasa cinta dan sayang yang mama zahirkan, rupanya-rupanya kalis dekat hati papa kamu. Tak disimpan sedikit pun untuk mama. Paling tidak untuk Lea dan along. Mama redha apa yang dah terjadi. Walaupun hati mama berat nak terima. Cuma harapan mama satu. Supaya satu hari nanti Lea takkan rasa sakit ini dan kena karma apa yang telah papa lakukan. Dikhianati oleh seorang lelaki dan diduakan cintanya hanya untuk sebuah kaca yang terlihat seperti permata.."

My Only OneWhere stories live. Discover now