BAB 3

127 7 0
                                    

TELEFON yang berdering aku pandang sekilas. Dari mama. Aku gesek ikon hijau.

" Lea apa jadi ni. Kenapa sampai masuk hospital. Mama risau tahu tak? Nak mama dengan along datang sana tak? Lea okay tak sekarang ni?" Panjang lebar soalan mama sebaik saja aku jawab panggilannya.

"Ma. Relax chill chill okay ma? Lea okay je biasa lah sakit setiap bulan. Kalini overdose sikit sakitnya tu yang terpaksa check in hospital."

Seperti biasanya. Siapa lagi yang suka bawa mulut bercerita dengan mama aku selain si Ain mulut becok tu.

Seboleh-bolehnya aku memang taknak mama tahu sebab mama terlalu risaukan aku. Katanya aku sorang saja anak perempuannya, tak ada siapa yang nak jaga bila berjauhan lain lah kalau ada suami.

Erk.. Macam macam saja ayat dari mak mak.

"Ini agaknya kalau Ain tak bagi tahu mama takdenya Lea nak bagitahu kan? Budak bertuah. Lepas 3 hari baru nak bagitahu. Sabar aje lah." Aku gelak.

"Alah mama ni bukannya serius pun. Minggu ni Lea rasa nak balik rumah lah. Boleh tak minta along ambik kan. Malas nak bawak motor tu." Kata aku.

Memang selama ni aku balik hujung minggu naik motor. Kali ni rasa malas nak tunggang baby skuter kesayangan aku tu selepas mogok dekat tengah jalan lepas balik hospital.

Padahal rumah dengan universiti tak adalah jauh berlainan negeri. Setakat sejam biasanya aku redah naik motor. Lebih mudah jimat masa tak perlu nak hadap jammed.

"Nanti mama cakap dengan along. Tapi kamu kena ingatkan balik lah along tu. Biasalah along kamu tu masa kecik bukannya rajin nak makan kismis dulu. Sampai sekarang terbawa-bawa pelupanya tu." Sempat mama perli along.

Aku bantai gelak terkekeh-kekeh.

"Okaylah ma. Nanti Lea chat along balik. Lepasni Lea ada kelas ni. Nanti Lea call mama balik. Assalamualaikum."

"Ha yelah elok elok, waalaikumsalam"

Aku letak telefon. Mula menyusun kertas kertas yang berselerak atas meja. Satu persatu pen aku kutip masukkan balik ke dalam pencil case.

Pintu bilik aku diketuk. Seraya itu pintu ternganga luas. Aku tilik pemakaian Farah. Apa ke rajinnya tiba tiba nak pakai baju kurung petang petang macam ni

"Eh kau rajin betul nak pergi class petang pakai baju kurung?" Soal aku.

Biasanya hanya kelas pagi kami akan berpakat memakai baju kurung. Aku Ain dan juga Farah. Bahkan kami juga siap menyediakan jadual bila ber baju kurung dan baju formal untuk ke kelas.

Bak kata pepatah sepakat membawa berkat gitu.

" Laa kau ni. Nampak sangat tak tengok group kelas. Harini kelas Sir Amri cancel. Ngam pula lepastu Luqman jemput satu kelas kita pergi makan kenduri rumah dia." Kata Farah.

Aku garu kening yang tak gatal.

"Luqman yang mana pula ni?"

"Alah Luqman fakulti kedoktoran tu. Dia buat kenduri doa selamat ke apa tah. Eh kau cepatlah siap. Ain pun dah siap tu. Lambat kitaorang tinggal!"

"Yelah yelah tunggulah kejap."

Farah meninggalkan aku di bilik. Segera aku belek baju kurung yang digantung rapi di loker. Aku gapai baju kurung moden corak berbunga-bunga.

Selepas sepuluh minit akhirnya siap. Aku oleskan lipstick colour nude di bibir. Malas nak siap cantik cantik. Aku keluar dari bilik melihat Ain dan Farah yang bercekak pinggang menunggu aku. Aku tayang sengih.

My Only OneWhere stories live. Discover now