Bab 11

89 9 0
                                    

SELEPAS menunaikan solat asar aku labuhkan punggung di lantai. Tangan bekerja mengemaskan bantal bantal di katilku. Rasa macam rajin sikit hari ini.

Aku tuang baju bersih yang berada di dalam baldi yang telah siap dijemur. Tangan mula melipat baju satu persatu. Setelah selesai semuanya, aku mula susun ke dalam locker milikku yang berwarna kelabu. Pintu locker  aku tutup.

Selesai satu kerja. Selepas ini cari lagi kerja rumah yang boleh dibuat untuk memanfaatkan masa yang terluang. Bukan selalu dapat masa terluang  macam ini.

Pintu bilikku dibuka dari luar.

Ain melangkah masuk ke bilik bersama laptop di tangan lalu duduk di meja belajar kami. Dari sem satu sehinggalah sem terakhir, aku dan Ain sememangnya ditakdirkan bersama. Sebilik, sekelas semuanya bersama. Boleh dikatakan hampir semua, tak ubah seperti  kembar. Kembar tapi lain bapa dan emak!

Aku perhati Ain. Mimpi apa hari ini tiba-tiba diam tak bersuara. Kalau tidak hari-hari mulut tak pernah berhenti bising macam punggung ayam. Potpet potpet..

Jarinya diketukkan ke meja. Riak wajahnya agak runsing. Aku hanya memerhati gelagatnya. Sekejap garu kepala, sekejap ketuk meja, sekejap menongkat dagu. Seperti mak kucing hilang anak.

"Kau kenapa ni? Mak kucing hilang anak berapa ekor? " Soalku.

Ain jeling. Aku tersengih lalu bangun dan berdiri di sebelah kerusinya.

" Kau ni.. Hisshh peninglah aku Lea. Kurang lagi dua aktiviti je dah aku dah buntu macam hilang anak dibuatnya." Kata Ain runsing.

Aku gelak lepas. Kan betul macam mak hilang anak.

Bila ternampak skrin laptop yang menyala aku mula mengerutkan kening. Kurang jelas melihat perkataan di situ.

Tangan laju mencapai cermin mata yang berada di hujung meja. Ini lah nasibnya orang yang bermata empat.

Mujurlah rabun mataku tidak berada di tahap yang teruk. Kalau tidak memang sampai ke tua lah aku terpaksa bergantung kepada cermin mata.

Aku pandang balik skrin laptop setelah menyangkutkan cermin mata. Nampak seperti draft paperwork.

Sukan Tahunan Universiti Kali ke- 20.

" Sukan tahunan? Sejak bila pula kau incharge bahagian paperwork untuk sukan tahunan ni? " Tanyaku pelik.

" Baru baru ini je. Yang lain ketua kumpulan dah buat. Turn aku sekarang ni lah. Part activities. "

Aku hanya bulatkan mulut membentuk 'o'. Padanlah dari tadi tak senang duduk. Rupanya tengah perah otak fikirkan aktiviti sukan tahunan.

Setiap tahun pastinya ada wakil pelajar yang akan mencadangkan untuk mengadakan sukan tahunan.

100 peratus penglibatan dan perancangan sukan tahunan ini semuanya dirancangkan oleh wakil pelajar yang terpilih. Aktiviti, kertas kerja, peralatan segalanya diserahkan kepada pelajar.

Malah pelajar juga didedahkan dan di didik supaya berdikari dan handal untuk menangani majlis majlis besar yang biasanya berlangsung di universiti.

Dalam masa yang sama ia juga dapat memupuk sifat tanggungjawab dan bekerjasama antara para pelajar yang berlainan fakulti.

"Tolong aku Lea.. Cadangkanlah aktiviti apa apa. Yang pastinya kena best! Tak adalah nanti orang fikir aku ciduk games dekat google."

Aku ketuk jari telunjuk ke dagu. Buat buat berfikir. Aktiviti apa yang seronok dan menghiburkan yang boleh dimasukkan ke dalam list sukan tahun ini. Okay dapat idea!

My Only OneWhere stories live. Discover now