Bab 21

93 5 0
                                    

TING..

Mataku terarah ke skrin telefon yang menyala menandakan notifikasi masuk. Aku biarkan lalu aku sambung menyuapkan mee kari yang terhidang di hadapan mata.

Selepas solat zohor di surau universiti, kaki kami terus melangkah laju ke kafetaria. Perjalanan dari surau ke kafe yang sepatutnya mengambil masa selama 5 minit, laju bertukar menjadi seminit.

Oleh disebabkan perut yang sedang  kelaparan.

Aku pandang ke sebelah.

Dari tadi mulut insan di hadapanku ini tak henti-henti mengomel tentang makanannya.

Complain sana, complain sini.

Bibirku terjongket sedikit. Menahan gelak melihat tindak tanduk Ain yang sedang menguis-nguis mangkuk mee karinya.

Sesekali berbunyi garfunya yang berlaga dengan mangkuk kecil di sebelahnya. Tangannya kembali menguis-nguis mee kari.

Atau lebih tepatnya, dia sedang melakukan pengasingan terhadap musuh utamanya. Iaitu sayur sawi yang disertakan di dalam hidangan mee kari itu.

Tingg.. Ting..

" Ishh.. bising lah telefon kau. Aku tengah stress ini.. Mak cik kari ni pun satu, apesal lah letak sawi banyak-banyak. Tak tahu ke aku ini anti sawi? " Ngomel Ain.

Aku ketawa. " Memang dekat dahi kau itu ada tulisan 'Saya anti sayur sawi.' Kau pun satu, dah tahu mee kari ada sawi sibuk juga nak mee kari. " Balasku.

Telefon mula berada di tangan. Sejurus skrin telefon aku nyalakan, dahi aku terus berkerut.

" Ini asal pula kedut seribu? Macam kau pula yang kena cari sayur. " Ain memerliku.

Mulutku diam tak membalas perlian Ain. Mata sudah melekat di skrin telefon. Tangan mula mengetik memasukkan kata laluan yang telah aku tetapkan di telefon milikku.

From: Dr Kerek

Iris..
Are you busy ??

Laju tanganku menari di atas skrin telefon.


Not really.
Ada apa Dr?


Aku biarkan skrin telefonku yang menyala. Lalu aku kembali menyuapkan mee kari ke dalam mulut. Ain juga sudah mula menjamah mee karinya setelah beberapa minit melakukan pengasingan.

" Siapa chat ? " Soal Ain.

Belum sempat aku menjawab, telefon kembali berbunyi.

From: Dr Kerek

Nothing.
Salah ke saya text buah hati saya sendiri?

Berdecit mulutku melihat sebaris ayat itu. Mujurlah mee kari selamat melepasi kerongkong.

Kalau tidak wajah manusia di hadapan aku inilah yang bakal aku sembur dengan mee kari.

Dalam tak sedar bibirku mula terjongket. Menahan senyum daripada terukir. Entah kenapa, bibir ini gatal pula nak senyum senyum selepas membaca sepotong ayat itu.

" Ahaa ! Muka merah merah ini mesti baru kena ngayat dengan Dr PMH kan?? " Bahuku ditepuk oleh Ain.

" Ishh.. Diamlahhh ..." Dalihku.

Tanpa aku sedar, bibir mula menguntum senyum.

Ain pula aku lihat hanya tersengih. Tanganku kembali menari di dada telefon.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Only OneWhere stories live. Discover now