Bab 16

73 7 0
                                    

"OKAYLAH saya balik dulu. Kalau ada apa-apa, awak just call saya aje. " Wakeel bangun dari tempat duduknya.

Hoodie nya yang agak ternaik dia turunkan.

" Terima kasih Wakeel. " Ucapku sambil senyum. Sedikit sebanyak beban yang aku pikul dalam hati mulai beransur pergi selepas bercerita kepada Wakeel.

Kemudian, Wakeel hanya mengangguk lalu membalas ucapanku dengan senyumannya.

Seraya itu dia terus berlalu pergi. Apabila bayangnya mula menjauh aku kembali duduk di bangku yang sama.

Kini giliran aku pula untuk menunggu Ain yang masih belum selesai ber jogging. Mana lah mak cik ini..

" Weh.. siapa tu? Handsome! Ada pakwe tak cakap pun kan?" Soal Ain.

Panjang umur mak cik ini !

" Kadang aku tertanya mata kau ini ada masalah dari lahir ke apa? Semua orang kau cop kacak asal putih badan cantik sikit kata handsome. " Sinisku.

Pantang sangat nampak lelaki kacak. Memang mulut Ain lah mulut pertama yang memujinya. Tak padan dah ada buah hati. Tapi masih perangai renyamnya yang satu itu kekal ada.

Walaupun kadang perangai Ain biasanya banyak renyam daripada normal. Namun aku tak nafikan dia sememangnya seorang yang setia dalam percintaan. Itu salah satu kelebihannya di sebalik sikap ulat bulunya dan over renyam.

" Ini kenyataan tau! Tak semua orang aku cop handsome. Tapi kan siapa dia itu? Yang ni kan memang boleh bersaing dengan Dr PMH kita itu tau! Saling kacak antara satu sama lain." Mula dah mulut gatal dia itu.

Ain labuhkan punggungnya di sebelah tempatku yang kosong. Dia mula meneguk air dalam botol yang dibawanya tadi.

" Itulah Dr aku yang pernah aku cerita hari itu. Dr Wakeel." Balasku ringkas.

"Serius lah? Kacak betul Dr kau?! " Jelas wajah Ain terkejut.

Aku balas soalannya dengan anggukan.

" Itu kalau aku tak sakit pun, aku rela buat-buat sakit demi nak mendapatkan rawatan dari Dr Kacak macam itu. Silap-silap kang dia pula jadi Dr Cinta aku."

" Mulut kau ini memang minta nak kena telan ubat antibiotik tau! Kalau rasa antibiotik pun tak ada effect memang aku basuh mulut kau dengan clorox. Biar hilang bakteria kuman gatal kau ini." Perli aku.

Ain sekadar sengih.

" Alah.. Kau ini. Untung tau kau dapat kawan special macam aku. Seratus dalam satu! " Pujinya sendiri.

Aku julingkan mata ke atas. Buat gaya-gaya nak muntah dengan pujian naik bakulnya.

" Syukur alhamdulillah aku dikurniakan kawan yang cukup pakej. Cukup pakej menggeletis dan renyam. 2 in 1.. "

Terburai ketawa dari mulut Ain. Tiba-tiba bahu aku dipukul kuat. Pedih menyengat betul tangan mak cik ini.

"Argh sakit ah! Kau kenapa?!" Marahku. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba main terjah pukul bahu anak dara orang.

" Wehh.. Aku sebenarnya ada benda nak cerita tadi. Baru teringat tu tindakan refleks terpukul kau tu. Hehe sorry.." Bahu aku kembali digosok lembut oleh Ain. Sebagai tanda maaf memukulku secara tiba-tiba.

" Apa benda yang penting sangat sampai bahu aku jadi korban ini?" Aku pandang Ain sekilas. Tangan kiri pula masih menggosok bahu kanan yang dipukul tadi.

" Kau tahu aku jumpa siapa tadi?"

Aku gelengkan kepala. Dah tak tahu lagi bertanya. Memang aku ikut dia pun tadi.

My Only OneWhere stories live. Discover now