"ALAH.. Buat apa pula patung bear tu. Jam tu okay lagi. Mana mahunya kami lelaki ni ambik anak patung. Lembut nyah.." Sir Hamdan bersuara. Mengundang tawa yang mendengarnya.
Nak-nak pula Sir Hamdan berpasangan dengan Darwish. Lelaki mana nak terima patung bear. Jam itu boleh faham lagi.
"Ala Dan, jam tu kau ambik lah share dengan bini. Patung tu pula kau bagi dekat si Darwish. Boleh juga bagi ke makwe." Sampuk Sir Faizal.
Mata Darwish pula terarah ke aku. Hilang tawaku. Eh.. eh. Dah kenapa pula mata dia ini?
" Kalau taknak takpe Sir bagi kami aje lah patung dengan jam itu." Pasangan perempuan sebelah pula bersuara.
"Eh mana maunya. Dah menang kena lah terima hadiah. Yang kalah tu nengok aje lah, buat cara kalah.." Sekali lag semua ketawa mendengar balasan dari Sir Hamdan.
Setelah itu, semua berlalu ke tempat masing-masing, untuk memulakan permainan.
" Seriously Iris. I'm not gonna eat that ice cream and those sweets. Semata-mata untuk patung beruang hodoh itu."
Mukanya agak tak puas hati. Mungkin kerana memang dia anti dengan makanan yang manis, lagi lagi aiskrim!Badan segak macam Dr Hilman ini mana mungkin nak makan aiskrim.
Kemudian aku dan Dr Hilman turut memandang sebekas ais krim yang berada di depan kami.
Sebekas.
Dr Hilman pula tak puas hati.
Aku lagi lah tak puas hati mengenangkan cara permainan yang telah berubah. Tapi mengingatkan anak patung dan jam yang menarik perhatian aku itu. Terus aku kuburkan rasa ketidakpuasan hatiku.
Demi sebuah anak patung dan juga jam berjenama itu.
"Dr.. Tolonglah, saya nak sangat bear comel dengan jam itu. Dr kata Dr tak suka kekalahan?"
" Comel awak kata? Better annabelle than this! Memang lah saya tak suka kekalahan tap---"
"Ke Dr takut gemuk makan aiskrim itu? Huh.. Tak sangka pula Dr ni penakut." Aku potong kata Dr Hilman. Nada suaraku juga seperti mencabarnya.
Membulat matanya memandangku. Tak sangka agaknya aku mengugutnya.
"Aha.. wrong person dear.. Saya pantang dicabar. You want that ugly bearly bear? So let's get it! " Tegas suaranya.
Aku pula kecut perut. Lagi-lagi bila dia memanggil namaku sebagai 'dear' Tapi dalam hati aku teruja. Teruja nak menang.
" Dr kutip dan makan gula-gula dan biar saya makan ais krim. Deal tau!" Balasku sungguh-sungguh.
" So goodluck!" Ujar Dr Hilman.
Aku dan Dr Hilman berpisah berlainan meja yang berada jauh 3 meter di hadapan. Nampak Dr Hilman dah bersedia untuk mengotorkan mukanya hari ini.
PRITTTT...
Wisel mula dibunyikan sebagai tanda permainan dimulakan. Dr Hilman mula mendongak untuk menghisap lemon yang tersangkut tali. Mukanya berkerut-kerut menahan rasa masam.
Aku ketawa lepas.
Tak tahan tengok gelagat para pensyarah lagi lagi pasanganku, Dr Hilman. Habis menghisap lemon, dia pula mula membenamkan mukanya di dalam bekas yang berisi tepung untuk mengutip gula-gula.
Aku tergelak-gelak melihat wajah kacak Dr Hilman yang diselaputi dengan tepung. Pelajar-pelajar yang berada di luar kawasan permainan mula menjerit kuat menyokong Dr Hilman dan pasangan yang lain.
YOU ARE READING
My Only One
RomanceAmazing cover by: @hardynist "Love her the right way and you will be her world" Trauma untuk menyayangi insan yang bernama 'lelaki', Iris Illea menetapkan pendirian yang teguh serta hati yang keras untuk menepis segala kasih sayang dari lelaki sel...