Bab 20

54 2 0
                                    

PAKAIAN yang telah siap dilipat aku asingkan dan letakkan di dalam beg sandangku. Lusa bermula lah rutinku sebagai seorang pelajar semula setelah beberapa hari aku  bercuti akibat kemalangan kecil beberapa hari lepas.

Semenjak kemalangan kecil tempoh hari, Dr Hilman kerap menghantarkan pesanan ringkas melalui Whatsapp. Pesanan yang ter amat ringkas serta mempunyai tiga nombor pelik yang turut disertakan diakhir pesanan tersebut.

" Takecare, jangan lupa minum ubat. 381."

"Good morning. Takecare, 381"

" Please, take care of yourself. 381"

381.

Apa maksud tersirat disebalik tiga nombor tersebut ?

Apa maksud tiga? Apa maksud lapan dan juga apa maksud nombor 1..

Tarikh lahir dia ke? Tapi takkan lah tarikh lahir nak disertakan dalam chat.

Nak kata tarikh couple? 

Erk! Bila masanya pula kami sah  bercouple? Gila gila..

Aku gelengkan kepala laju-laju.

Akhirnya aku putus asa mencari jawapan disebalik tiga nombor tersebut. Nak jadi apa pun, jadi lah.

Aku buat keputusan untuk tak bertanya tentang maksud tiga nombor tersebut dan membiarkannya.

Pernah sekali, Mama ternampak pesanan yang Dr Hilman hantar kepadaku. Namun jawapan dari Mama hanyalah..

"Dia bertanya sebab dia sayang."

Erk... Gatal pula anak tekak bila teringatkan  jawapan jujur dari Mama.

Aku tak nafikan semua pesanan ringkas yang dihantar oleh Dr Hilman sememangnya menunjukkan sifat ambil beratnya terhadap aku.

Dan mungkin juga betul kata Mama.
Yang dia sayangkan aku..

Tapi aku hanya abaikan.

Lebih tepat aku pura-pura tidak tahu.

Selesai mengemas barang-barang yang perlu aku bawa esok, aku terus keluar dari bilik. Rasanya dah berjam-jam aku berkurung dalam bilik. Berkurung layan perasaan.

Aku membawa langkahku ke dapur. Tiba di dapur hanya aku seorang saja.

Mana pula Mama dengan Along pergi ini? Sunyi semacam aje.

Takkan lah keluar tapi tak ajak aku pula ?

Aku keluar dari dapur dan mulakan misi pencarian Mama dan Along yang tiba-tiba hilang dari radar. Sampai di ruang tamu, TV dibiarkan menyala. Kipas juga dibiarkan berpusing.

Sah! Memang tak ada dalam rumah..

Aku mula melangkah ke meja kopi yang berada di hadapan tv. Getah rambut berwarna merah aku ambil lalu aku mula mengikat rambutku yang terhurai panjang. Suis tv dan kipas aku tutup.

Kini kaki aku kembali melangkah, kepala pula terteleng-teleng ke kiri dan ke kanan. Mahu lenguh urat leherku selepas ini.

Sebelum tiba di grill  rumah, sempat aku menyarungkan tudung sarungku. Aku memakai selipar dan terus keluar menuju ke pondok kecil yang pernah Along bina untukku.

Pondok kecil yang pernah jadi tempat aku meluahkan perasaan. Menangis dan menangis. Agaknya kalau pondok itu hidup, mahu dia halau aku daripada duduk situ. Mogok. Kerana kerjaku dulu, tak lain tak bukan hanyalah menangis.

Aku tergelak sendiri.

Dari kejauhan aku nampak batang tubuh Mama dan seorang lelaki yang sedang duduk elok membelakangi aku. Sayup-sayup terdengar suara lelaki itu ketawa riang.

My Only OneWhere stories live. Discover now