AKU berjalan melepasi sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berehat di bawah dataran berbumbung. Tujuan utama aku datang ke sini tak lain tak bukan, semestinya nak mencari kawan bertuahku yang satu itu.
Tangan ringan dan tak sabar pula nak humban minah dua ekor itu ber-swimming dalam longkang.
Selesai permainan bonding with lecturer tadi, semua pelajar dibenarkan untuk berehat dan makan tengahari sebelum acara yang seterusnya bermula. Mata-mata pelajar perempuan yang lain semuanya tertumpu ke arahku.
Mata memerhati diikuti mulut yang mula bergerak. Aku tunduk kepala memandang ke bawah.
Ralit aku memerhatikan diri sendiri.
Baju aku kotor sangat ke? Tak pun, rasanya tudung aje yang agak kotor. Sebab bukan aku yang kutip gula dalam tepung tadi.
Gula dalam tepung.. Dr Hilman!
Aku tepuk dahi. Teringat pula aksi terlalu bijak aku tadi.
Mati kau lepas ini Lea..
Kali ini memang sah yang kau sendiri undang masalah. Otak pula tak habis fikir lagi dimana letaknya akal fikiran aku semasa aku lapkan mulut Dr Hilman sebentar tadi.
Satu sahaja yang mampu aku rasakan. Aku malu !
Rasa dah tak ada kudrat nak memandang muka Dr Hilman lagi. Lagi-lagi bila teringat tangan ini yang mengelap mulutnya.
Haish... Mana nak letak muka aku ini.
Selesai saja acara lecturer bonding tadi, terus aku larikan diri. Muka dah cukup tebal apatah lagi telinga. Lagi-lagi bila semua tahu tentang scene aku mengelap-ngelap mulut Dr Hilman.
Dr Hilman pula hanya tayang wajah selamba dia seperti biasa. Aku pula seperti cacing ditabur garam. Tak senang duduk!
Lagi mukaku bertambah panas bila mata Dr Hilman seperti dah tertanam dekat mukaku. Mata tak berganjak memandangku. Walaupun dalam keadaan curi-curi.
Lagi lah bertambah berkilo-kilo perasaan malu aku. Andai saja aku boleh putarkan balik masa..
Memang aku akan biarkan muka Dr Hilman yang comot tadi. Biar pun mukanya seperti petani jatuh dalam sawah, sekalipun aku sanggup pejam mata.
"Amboi kau.. Aku plan cuma nak bagi kau pasangan dengan Dr Hilman aje. Tapi lain pula jadinya bila viral drama sebabak kau.." Ain tiba-tiba muncul di belakangku.
"Apa diaa?! Kau yang plan??! " aku terjerit. Tangan aku laju menampar lengan Ain berkali-kali.
Kurang asam manis punya budak !
"Weh.. ampun.. ampun. Aku bukannya plan betul. Cuma kebetulan aje. Aduh sakit lah!" Ain menggosok lengannya yang aku tampar. Kebetulan pula kami berdiri di sebelah longkang!
Puas hati aku.
" Kalau tak ingatkan aku tengah join game itu tadi. Memang aku nak aje lari pergi humban kau dalam longkang belakang kolej kediaman itu!" Getus aku geram.
Tangan aku cuba menolak-nolak batang tubuh Ain untuk masuk ke longkang. Saja nak menakut-nakutkannya.
"Wehh... Jatuh lah aku. Sorry lah Lea !!" Seraya itu aku lepaskan pegangan tanganku yang berada di belakang badannya.
Tangan aku silangkan ke dada. Lagak marah.
Kecik besar kecik besar aje aku tengok dia ini.
"Tapi serius black Lea. Kalau aku tak kenal kau dan tak kenal Dr Hilman memang aku claim kau sebagai pasangan yang hangat bercinta! " Dia mula lagi..
YOU ARE READING
My Only One
RomanceAmazing cover by: @hardynist "Love her the right way and you will be her world" Trauma untuk menyayangi insan yang bernama 'lelaki', Iris Illea menetapkan pendirian yang teguh serta hati yang keras untuk menepis segala kasih sayang dari lelaki sel...