BAB 5

91 9 2
                                    

"YA Allah. Wei wei seriuslah? Macam mana boleh dia ada dekat situ? Kacak tak dia masa tu? Kalau aku lah kat tempat kau, aku mesti pengsan bergolek-golek dah!" Soal Ain bertubi-tubi. Dah makan garam sangat dengan reaksi dia ni.

Aku julingkan mata. Mulanya aku hanya bercerita kepada Ain melalui Whatsapp. Bila terdengar aje cerita pasal sir PMH terus saja chat aku di bluetick. Tak sampai beberapa saat Ain call meminta cerita penuh dari aku.

Seperti kebiasaannya Ain lah orang yang paling eksaited bila semua cerita berkaitan sir Hilman. Bukan setakat eksaited , histeria  dan juga jakun!

"Kau ni pantang kan dengar nama dia! Laju je bab bab macam ni."

"Hahaha sorry lah Lea. Aku over excited pulak dengar cerita dia ada sekampung dengan kau. Walaupun nampak misteri. Tapi misteri ni aku terima. Lagi satu kan.."

Ain menggantungkan ayatnya. Lalu diam.

"Aku rasa kan korang ni ada jodoh lah! Bukannya apa. Berdasarkan observation aku. Ada saja hal yang mendekatkan korang. Aku sokong kalau sir tu su -..." Belum sempat Ain menghabiskan ayat aku mencelah.

"Banyak lah kau punya observation! Kau ni suka suka je jodohkan aku tau. Dia tu pensyarah, aku ni student dia. Lagi pun kau tahu kan aku tak minat cerita pasal jodoh cinta semua ni." Luah aku perlahan.

"Ni aku tak suka ni. Kau ni kan cuba lupakan semua tu. Buka hati tu. Tak semua tau lelaki sama dengan apa yang kau fikirkan tu. Kat luar tu banyak lagi lelaki yang lebih baik. Jangan teringat perkara lama. Ingat tak apa psychiatrist kau tu kata." Nasihat Ain.

Ya masih segar di ingatan apa yang psychiatrist aku pernah berkata.

'Ubah diri kita jadi lebih baik. Perkara yang lepas anggap saja tu tak penting. Fokuskan saja pada masa depan. Lelaki tak semuanya sama di mata awak Iris Illea. Banyak lagi yang lebih baik. Mungkin ini dugaan awak untuk jadi wanita yang lebih kuat. Saya sebagai doktor awak saya bangga ada kawan yang kuat semangat macam awak !"

Ya aku pernah merujuk masalah takut aku kepada pakar psikiatri. Reaksi pertama bila orang lain dengar tentang psikiatri , adalah GILA. Seperti aku waktu dulu.

Tak dinafikan tapi itulah kenyataannya. Aku juga pernah beranggapan begitu sehinggalah along dan mama mengubah persepsi aku terhadap doktor psikiatri.

Tak semestinya orang yang berjumpa dengan doktor psikiatri adalah orang gila dan orang yang mempunyai masalah depression.

Selepas masalah yang terjadi dalam keluargaku. Dari mata kasar aku terlihat seperti manusia yang biasa tanpa masalah dan rasa tertekan. Tapi hakikatnya aku jadi anti serta benci dengan perkataan curang atau seumpama dengannya.  Aku juga turut fobia bercinta. Akibat dari pengalaman yang telah aku lalui.

Mama dan along bersepakat untuk menghantarkan aku berjumpa dengan pakar psikiatri.  Dari situ aku mula belajar cara meluahkan perasaan dengan betul, bukan dengan  memendam perasaan yang terbuku di hati tanpa diluahkan.

Segala kata semangat yang aku perolehi dari doktor menjadikan aku lebih semangat menjalani hidup.  Jika terlalu memendam perasaan dan tidak diluahkan sebaliknya ia dapat menjejaskan kesihatan diri dan juga terdorong untuk mempunyai masalah mental.

Dalam masa yang sama doktor bidang ini juga boleh diibaratkan sebagai pakar kaunseling.

Mujurlah aku mempunyai keluarga dan kawan yang memahami aku. Yang tidak pernah menjatuhkan semangat aku malahan menyokong aku lebih dari segalanya.

My Only OneWhere stories live. Discover now