Sebuah kapal angkasa dari angkasa lepas terhempas di halaman rumah milik seseorang. Kecil sahaja kapal angkasa itu, jadi tak ada sesiapa yang perasan.
"Yeay, saya dah sampai di bumi. "kata Taehyung lalu keluar dari kapal angkasa.
Dia memandang ke kiri dan ke kanan, mencari sesuatu. Dia tersenyum apabila terlihat selimut yang dijemur disitu.
Dia menarik selimut itu sehingga terjatuh diatas tanah. Taehyung terus menyorok di dalam selimut. Semakin lama benda itu semakin besar.
Di dalam selimut itu mula terkeluar kepala seseorang sehingga menunjukkan wajah sebenarnya.
Taehyung tersenyum sambil memegang erat selimut itu.
Tiba-tiba, dia terlihat seorang gadis sedang keluar rumah sambil membawa bakul.
Gadis itu kelihatan terkejut setelah melihatnya.
"Yah! Pencuri! "
Dia terkebil-kebil melihat gadis itu tiba-tiba memarahinya. So Hyun mengambil hanger di situ lalu memukulnya Taehyung.
"Aduh! Saya bukan pencurilah! "kata Taehyung.
So Hyun berhenti memukul Taehyung lalu bercekak pinggang.
"Kalau awak bukan pencuri. Kenapa awak ambil selimut tu? "
"Saya nak pinjam sekejap je.Bukannya mencuri. Sekarang ni, saya tak pakai apa-apa. "
Pipi lelaki itu merona merah sebab malu.
"Betul ke ni? Kau tipu kan? "soal So Hyun sambil memandang Taehyung tajam.
"Tak, kalau tak percaya tengok ni. " Taehyung melepaskan selimut yang dipegangnya tadi supaya gadis itu percaya akan dirinya.
So Hyun membulatkan matanya apabila melihat Taehyung hanya berseluar pendek. Dia terus menutup matanya dengan telapak tangan.
"Yah! Tak malu ke?! "
"Saya cuma buktikan je. " Taehyung mengambil selimut yang berada di atas tanah lalu membalut tubuhnya yang tidak berbaju.
"Okey, sekarang aku percaya. Kau masuklah ke dalam rumah aku. Aku nak cari pakaian untuk kau. "
Taehyung menganggukkan kepalanya sambil mengikuti So Hyun.
-------------
So Hyun tersenyum apabila terjumpa pakaian yang sesuai untuk Taehyung.
"Nah, pakai ni. Sebenarnya, ini abang aku punya. Tapi dia dah tak pakai ni lagi." So Hyun menghulurkan pakaian kepada Taehyung.
Taehyung menganggukkan kepalanya lalu mengambil pakaian itu. Dia cepat-cepat masuk ke dalam bilik air lalu menutup pintu bilik air.
"Hahah, comel betullah dia. Ish, apa aku cakap ni. Aku cakap dia comel ke tadi? " So Hyun menampar lembut pipinya sendiri.
Jantungnya bergedup laju apabila melihat Taehyung keluar daripada bilik air. Dia menggigit bibir bawah.
"Oh my god, comelnya dia."kata So Hyun tanpa dia sendiri sedari.
"Awak cakap apa tadi? "soal Taehyung sambil mengerutkan dahinya.
"Tak ada apa-apa. " So Hyun menggelengkan kepalanya.
"Hm, nama saya Kim Taehyung. Gembira dapat berkenalan dengan awak. " Taehyung menghulurkan tangannya ingin berkenalan dengan gadis itu.
"Oh, nama saya Kim So Hyun. Gembira dapat berkenalan dengan awak juga. "kata So Hyun sambil menyambut huluran Taehyung.
Tiba-tiba tangannya seperti terkena renjatan elektrik apabila memegang tangan Taehyung. Jantungnya bergedup laju.
"Auch! "
"Awak tak apa-apa ke, So Hyun? "soal Taehyung dengan nada risau.
"Err, tak ada apa-apa. " So Hyun menggelengkan kepala tanda tidak apa-apa.
Mereka berdua terdiam apabila terdengar bunyi. Taehyung memegang perutnya sambil tersenyum petak.
"Saya lapar. "kata Taehyung.
-------------
So Hyun tergangga apabila melihat Taehyung makan dengan gelojoh. Lapar sangat tu.
"Makanlah perlahan-lahan sikit. Takut awak tercekik. "kata So Hyun.
"Saya lapar sangat. Dua hari saya tak makan masa saya datang ke sini. "
"Seriuslah, awak datang dari mana? "tanya So Hyun.
"Saya datang dari—uhuks uhuk! "
Taehyung menepuk-nepuk dadanya sendiri. So Hyun bangun dari tempat dia duduk lalu segera membantu Taehyung.
❤️TBC❤️
A/n:Maaflah kalau membosankan.(ಥ_ಥ)
By the way,So Hyun belum tahu lagi yang Taehyung ni makhluk asing.
YOU ARE READING
[C] Cute Prince || Kth
FanfictionDia seorang makhluk asing yang lari ke bumi. Start:20.12.2019 End:12.4.2020