06

717 92 46
                                    

So Hyun masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu. Dia baru sahaja balik dari sekolah.

"Taehyung, saya dah balik. Awak dekat mana." So Hyun meletakkan beg sekolahnya di atas sofa.

Taehyung tidak menjawab. Mungkin dia masih merajuk dengan So Hyun lagi.

"Tae, janganlah merajuk. Kami berdua cuma kawan je. Tak lebih dari tu."

So Hyun mengeluh panjang apabila Taehyung masih belum menjawab. Dia menaiki tangga, ingin mencari Taehyung di biliknya.

Pintu biliknya dibuka. Taehyung masih tidak kelihatan. Baru sahaja dia ingin menutup pintu semula. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tangisan seseorang.

"Tae? Awak ke tu?" soal So Hyun sambil mencari-cari dari mana bunyi tersebut.

So Hyun tersenyum apabila melihat tubuh kecil yang berada di bawah katil miliknya.

"Awak dekat sini rupanya."

Taehyung menoleh sekilas ke arah So Hyun lalu mengesat air matanya.

"Pergilah dekat Hoseok kekasih kesayangan awak tu. Jangan kacau saya." kata Taehyung lalu memeluk lututnya.

"Tae, awak dah salah faham ni. Dia bukan kekasih saya.Dia kawan saya. Keluar lah dari bawah katil tu, hm." kata So Hyun sambil mencangkung.

Taehyung keluar dari bawah katil itu. Dia bertukar ke bentuk asalnya di hadapan So Hyun .Membuatkan So Hyun terduduk di atas lantai kerana terkejut.

Wajah mereka tersangatlah dekat. So Hyun menyentuh pipi Taehyung lalu tersenyum nipis.

"Aigoo, janganlah menangis." kata So Hyun lalu berdiri.

So Hyun menghulurkan tangannya kepada Taehyung. Dia menyambut tangan So Hyun lalu berdiri.

"Ish, saya tak suka tengok awak dengan dia." Taehyung menghentakkan kakinya tanda protes.

"Tapi dia tu kawan saya." kata So Hyun.

Taehyung berpeluk tubuh sambil mencebikkan bibirnya. Wajah So Hyun dipandang.

"Awak saya punya, orang lain tak boleh ambil!" kata Taehyung.

"Ya, saya tahu. Awak janganlah marah." kata So Hyun lalu senyum.

So Hyun memeluk tubuh Taehyung untuk menenangkan nya. Dia tahu yang Taehyung cemburu.

"Tak, saya tak marah. Saya cemburu." Taehyung membalas pelukan So Hyun lalu tersenyum.

Dia meletakkan dagunya di bahu So Hyun. Mahu bermanja-manja dengan gadis itu.

"Rindunya saya dekat awak walaupun baru beberapa jam awak tinggalkan saya tadi. Awak tak rindu saya ke?"

"Mestilah saya rindukan awak. "

So Hyun ingin meleraikan pelukan tetapi Taehyung memeluk pinggangnya erat.

"No, saya belum selesai dengan awak." kata Taehyung sambil memandang wajah So Hyun.

"Belum selesai apa pula ni." So Hyun mengerutkan dahinya, tidak tahu apa yang lelaki itu ingin kan.

"Awak belum bagi saya kiss lagi."

Taehyung tersenyum petak.

"Nak kena tendang macam pagi tadi ke?" soal So Hyun sambil tersenyum senget.

Taehyung terus meleraikan pelukan lalu berdehem. Dia takut dengan So Hyun.

"Tak apa lah. Saya akan minta lain kali." kata Taehyung.

"Hahah, tahu pun takut. Awak keluarlah dari bilik saya. Saya nak mandi ni." So Hyun memberi isyarat kepada Taehyung supaya keluar dari biliknya.

"Nak ikut boleh?" usik Taehyung.

"Amboi, sejak bila awak jadi gatal ni. Siapa yang ajar awak?" kata So Hyun sambil mengambil selimut.

"Eh, mana ada saya gatal. Saya cuma bergurau je tadi." Taehyung membuat muka innocent.

"Oh, dah pandai menipu." kata So Hyun sambil bercekak pinggang.

"Betullah saya tak tipu. Awak tu yang cepat salah faham. Dah lah,saya keluar dulu. Saya tak nak gaduh dengan awak." Taehyung menjelirkan lidahnya sebelum keluar dari bilik itu.

So Hyun menggelengkan kepalanya lalu masuk ke dalam bilik air. Semakin hari, semakin menjadi-jadi perangai Taehyung.

♥️TBC♥️

[C] Cute Prince || KthWhere stories live. Discover now