So Hyun menolak tubuh Taehyung supaya menjauhinya. Dia menekup mulutnya.
"Apa yang awak dah buat!" marah So Hyun sambil menolak tubuh Taehyung supaya jauh darinya.
Taehyung senyum lalu mendekati So Hyun semula. Dagu So Hyun disentuh.
"Lepas ni, awak kena berhati-hati sikit dengan saya. Because, I'm not cute prince anymore. Ini amaran awal yang saya bagi." kata Taehyung lalu menjarakkan dirinya dengan So Hyun.
So Hyun mengerutkan dahinya, dia masih tidak faham dengan apa yang Taehyung cuba sampaikan.
"Apa yang awak cuba katakan?" soal So Hyun.
"Saya tak perlu bagitahu sekarang. Awak keluarlah." jawab Taehyung lalu berpeluk tubuh.
So Hyun terus keluar dari bilik itu dengan tanda tanya.
Taehyung menghembus nafas berat lalu menoleh ke belakang.
"Kau, keluarlah. Aku tahu kau ada di sini, Jin." kata Taehyung.
Jin yang menyorok di bawah meja tadi terus keluar. Bahu Taehyung di sentuh.
"Nampaknya, sumpahan tu dah hilang. Jadi, kau bolehlah hidup macam biasa lepas ni." kata Jin lalu tersenyum.
Ya, Jin ialah kawannya. Dia baru sahaja turun ke bumi untuk berjumpa dengan Taehyung.
"Betul tu, kalau tak disebabkan ibu. Aku tak jadi macam ni." kata Taehyung lalu mengeluh panjang.
"Dia buat semua ni sebab dia nak perhatian dari kau. Dia nak kau manja-manja dengan dia."
"Aku tahu. Tapi, kau tak rasa ke yang tindakan ibu tu terlampau. Aku dah besarlah, aku bukan budak kecil lagi."
"Ya, aku faham. Apa kata kalau kau balik ke planet kita. Semua orang sedang perlukan kau sekarang ni." kata Jin sambil menepuk bahu Taehyung.
"Perlukan aku? Ada apa-apa yang terjadi ke?" kata Taehyung sambil mengerutkan dahi.
"Ayah kau, dah mangkat semasa kau tiada di sana. Cepat-cepatlah kau pulang ke planet kita. Aku tahu, hati kau berat untuk meninggalkan planet ni." kata Jin.
"Boleh bagi aku. Beberapa jam, sebelum aku balik ke sana." kata Taehyung.
"Ambillah masa kau, Taehyung."
-------------
Taehyung melihat So Hyun yang sedang menonton televisyen. Mereka masih mendiamkan diri sejak pulang dari sekolah tadi.
"So Hyun... "
Dia duduk di sebelah So Hyun lalu memandang wajahnya. So Hyun masih mendiamkan diri.
"Ada sesuatu yang ingin saya katakan kepada awak."
"Hm, apa yang awak nak cakap?"
"Nanti saya akan pulang ke planet saya. Ayah saya baru sahaja mangkat, jadi saya mesti pulang dengan segara."
"Apa? Awak balik?" soal So Hyun dengan wajah terkejut.
"Ya, tapi jangan risau. Bila tiba masanya nanti. Saya akan balik semula ke bumi." kata Taehyung lalu memegang tangan So Hyun.
"Tapi—"
"Saya janji yang saya akan balik. Sebagai tanda perpisahan kita, izinkan saya untuk peluk awak."kata Taehyung lalu memeluk So Hyun.
"Saya cintakan awak, Taehyung... "
❤️TBC❤️
A/n:Semuanya berlaku secara tiba-tiba, haih.(ಥ_ಥ)
YOU ARE READING
[C] Cute Prince || Kth
FanfictionDia seorang makhluk asing yang lari ke bumi. Start:20.12.2019 End:12.4.2020