Hoseok dan So Hyun berjalan bersama-sama menuju ke kantin. Kebetulan pula, Taehyung juga ada di situ.
"Kim So Hyun.."
Taehyung memegang tangan So Hyun supaya berhenti berjalan.
"Yah, apa ni Taehyung. Nanti orang fikir yang bukan-bukan macam mana?" bisik So Hyun kepada Taehyung yang berada di hadapannya.
"Ergh, biarlah mereka fikir apa pun." kata Taehyung lalu menarik tangan So Hyun supaya mengikutinya.
"Yah! Yah! Nak pergi mana tu!"kata Hoseok yang masih keliru dengan apa yang berlaku.
-------------
Taehyung terus melepaskan tangan So Hyun setelah sampai di rooftop. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ.
"Ish, apa ni Taehyung. Kalau kita kena tangkap nanti macam mana? Nanti orang ingat kita tengah berdating." kata So Hyun sambil menatap wajah Taehyung.
"Tak payahlah fikir sangat pasal tu. Itu perkara biasa jer, bukannya perkara besar." kata Taehyung lalu mencebik.
"Perkara biasa awak cakap!"
"Shhh, awak ni. Tak perlulah nak membebel. Saya tahulah macam mana nak uruskan."
Taehyung menekup mulut So Hyun menggunakannya tangannya.
"Jsjsjsjsjsjsj..."
Taehyung tertawa apabila mendengar apa yang yang So Hyun cakapkan.
"Tak baik mencarut. Nanti kena cium, baru tahu." kata Taehyung lalu berpeluk tubuh.
"Suka hati jer nak cium orang, tak malu."
Taehyung mendekati So Hyun lalu memeluk pinggangnya supaya lebih dekat.
"Saya boleh jer bagi awak kiss kalau awak nak."
"Tak nak!!"kata So Hyun lalu menekup mulutnya sendiri.
"Saya akan bagi bila kita dekat rumah nanti."
Taehyung mengenyitkan matanya lalu ketawa.
"Ketahian apakah yang awak katakan ini?" soal So Hyun sambil memandang Taehyung terkebil-kebil.
"Eh, betullah. Ketahian apa pula?" balas Taehyung lalu ketawa.
"Sudahlah Taehyung, saya nak balik kelas ni. Kalau ada orang nampak, susah pula nanti." So Hyun ingin pergi dari rooftop itu tapi tangannya sempat ditarik oleh Taehyung.
"Janganlah takut sangat, orang tak nampak pun. Lagipun, saya nak luangkan masa dengan awak sekejap."
"Awak luangkanlah masa dengan saya masa dekat rumah nanti puas-puas."
"Boleh boleh, tapi dalam bilik."kata Taehyung dalam tersenyum penuh makna.
"Gatal!"
So Hyun terus mengetuk kepala Taehyung menggunakan tangannya. Taehyung terus memegang kepalanya yang terasa sakit.
"Sakitlah, pendek!"
"Panggil orang pendek, awak tu apa pula. Makhluk asing?" kata So Hyun.
"Awak dah lupa ke? Saya ni memang makhluk asing tahu." balas Taehyung lalu tertawa.
"Eh, saya terlupa pula. Awak jarang sangat bertukar sebab tu saya lupa."
"Kenapa? Awak rindu dekat bentuk makhluk asing saya ke?"soal Taehyung sambil memandang So Hyun.
"Rindulah juga. Yaish, mana ada." So Hyun cuba menafikan apa yang di katakan olehnya tadi.
"Tch, cakap sajalah yang awak rindu. Saya boleh bertukar bila-bila masa kalau awak nak."
Taehyung berpeluk tubuh sambil tersenyum senget.
"Tak apa. Saya lebih suka kalau awak macam ni sahaja. By the way, awak datang sekolah guna apa tadi?" kata So Hyun.
"Saya guna bus. Awak tunggu saya dekat depan pagar sekolah waktu tamat waktu persekolahan nanti." kata Taehyung.
"Baiklah cikgu Kim Taehyung."
"No no no, tak boleh panggil saya macam tu bila kita jumpa macam biasa. Panggil saya macam tu bila dekat kelas sahaja."
"Baiklah."kata So Hyun sambil menganggukkan kepalanya.
♥️TBC♥️
YOU ARE READING
[C] Cute Prince || Kth
FanfictionDia seorang makhluk asing yang lari ke bumi. Start:20.12.2019 End:12.4.2020