So Hyun memeluk erat bantal peluknya . Dia masih lagi mahu tidur walaupun dia sepatutnya bangun awal untuk pergi ke sekolah.
"So Hyun?"
Berkerut dahi So Hyun apabila terdengar suara itu.
"Hm, sejak bila bantal peluk aku pandai bercakap ni?" kata so Hyun sambil membuka matanya perlahan-lahan.
Terus terbeliak matanya apabila Taehyung yang baring di sebelahnya. Dan paling dia tak sangka ialah yang dia peluk tu bukannya bantal tetapi Taehyung.
"Arghhh!!"
Perut Taehyung di tendang oleh So Hyun menyebabkan dia terjatuh di atas lantai. Taehyung memegang perutnya yang ditendang oleh So Hyun. Dia menahan kesakitan.
"Aduh, sakitnya." kata Taehyung.
"Oh my god, awak okey ke?" kata So Hyun lalu menuju ke arah Taehyung.
"Tak, saya tak okey." kata Taehyung sambil menggelengkan kepalanya.
"Saya minta maaf sangat-sangat. Saya terlampau terkejut tadi." kata So Hyun.
"Okey, tak apa."
----------------
So Hyun menuju ke dapur bersama dengan Taehyung. Kelihatan Namjoon yang sedang memasak.
"Kau masak apa tu, Namjoon?" tanya So Hyun.
"Aku masak telur." kata Namjoon.
Berkerut dahi So Hyun apabila terhidu bau hangus. Dia melihat apa yang di masak oleh Namjoon lalu terkejut.
"Yah! Ini bukan telur,ini arang namanya." kata So Hyun sambil mengetuk kepala Namjoon.
"Aduh! Aku bukannya tahu memasak pun." kata Namjoon.
Namjoon menggosok kepalanya yang diketuk oleh So Hyun tadi.
"Belajarlah, kalau tak tahu."bkata So Hyun lalu mencebikkan bibir.
"Nak aku masak ke?" soal Taehyung tiba-tiba sambil memandang mereka berdua.
"Kau pandai masak ke? Aku takut kalau dapur ni terbakar disebabkan kau." kata Namjoon.
"Mestilah pandai. Semua benda aku boleh buat." kata Taehyung lalu tersenyum petak.
----------------
"Saya pergi ke sekolah dulu, jaga diri baik-baik." kata Soo Hyun sambil mengusap kepala Taehyung.
Taehyung menganggukkan kepalanya lalu tersenyum petak.
"Awak pun."
Tangan So Hyun dipegangnya lalu di kucup. Pipi So Hyun merona merah apabila Taehyung berbuat begitu.
"Malu lah bila awak buat macam tu." soal So Hyun sambil menarik tangannya.
"Hahah, awak kelihatan sangat comel bila awak malu." kata Taehyung lalu tersenyum petak.
"Awak juga." kata So Hyun lalu senyum.
"Abang awak dah tunggu tu. Pergilah." kata Taehyung.
"Baiklah." kata So Hyun sambil menganggukkan kepalanya.
"So Hyun, awak baliklah cepat nanti. Sebab saya akan rindukan awak kalau awak pergi lama sangat." kata Taehyung sedikit kuat.
So Hyun menganggukkan kepalanya lalu masuk ke dalam kereta. Taehyung mencebikkan bibirnya apabila terasa sunyi. Tiada sesiapa yang bersamanya disitu.
--------------
"So Hyun!!! Tunggulah aku!"
Bahu So Hyun dipeluk oleh seseorang dari belakang. Dia menoleh sekilas ke arah lelaki itu lalu berpeluk tubuh.
"Ish, lama tahu aku tunggu kau dekat depan pagar sekolah tu. Suka sangat buat aku tertunggu-tunggu." So Hyun mencebikkan bibir.
"Maaflah, aku bangun lambat tadi. Lain kali aku datang awal."
"Okey, kalau kau datang lambat lagi. Siap kau!"
"Ini Hoseok lah. Sentiasa menepati masa." kata Hoseok lalu tersenyum lebar.
So Hyun mengetuk kepala Hoseok lalu tertawa kecil.
"Menepati masa konon." kata So Hyun.
Hoseok tertawa kecil sambil menggosok kepalanya yang diketuk oleh So Hyun tadi.
"So Hyun!!"
So Hyun berhenti melangkah apabila mendengar suara seseorang yang memanggil namanya. Dia berpaling ke belakang lalu terkejut.
Kelihatan Taehyung yang sedang memegang bekal makanan. Pipinya merona merah kerana menahan marah apabila melihat So Hyun rapat dengan Hoseok.
"Taehyung? Apa awak buat dekat sini?" soal So Hyun sambil menuju ke arah Taehyung.
"Saya nak hantar bekalan makanan ni. Awak lupa bawa." kata Taehyung sambil menghulurkan bekal makanan kepada So Hyun.
"Ish, susahkan awak je. Awak pergilah balik cepat, banyak orang tengah pandang awak ni." kata So Hyun sambil memandang sekeliling mereka.
Sejak Taehyung masuk ke sekolah tadi. Banyak gadis yang memandangnya tidak berkedip kerana terlalu kacak dan comel.
"Biarlah mereka. Saya nak tanya awak ni. Siapa lelaki tu?" kata Taehyung sambil memandang Hoseok.
"Dia kawan saya." kata So Hyun.
♥️TBC♥️
YOU ARE READING
[C] Cute Prince || Kth
FanfictionDia seorang makhluk asing yang lari ke bumi. Start:20.12.2019 End:12.4.2020