So Hyun rasa terganggu apabila terasa pipinya disentuh oleh seseorang.
"Bangun sayang, sekarang dah pagi. Cepat bangun, nanti lambat pula awak nak pergi sekolah."
Cepat-cepat So Hyun membuka matanya apabila mendengar suara garau itu.
Dia terkejut kerana wajah dia dan Taehyung tersangatlah dekat.
"Errr, apa ni." kata So Hyun lalu ingin menjauhi Taehyung.
Tetapi Taehyung cepat-cepat memeluk pinggangnya dengan erat.
"Nak pergi mana sayang, baby Tae belum selesai lagi dengan sayang." Taehyung tersenyum manis, senyuman yang mampu membuat gadis jatuh cinta.
"Saya nak pergi mandi lah, bersiap untuk pergi ke sekolah. Yang awak dari tadi sayang baby ni dah kenapa. Awak sakit, ek?"
So Hyun menyentuh dahi Taehyung. Ingin memeriksa lelaki itu sihat atau tidak.
Taehyung tersenyum lalu memegang tangan So Hyun.
"Tak, saya tak sakit. Saya sentiasa sihat."
"Tae, boleh tak awak lepaskan saya. Saya nak mandi ni." So Hyun cuba untuk melepaskan diri dari Taehyung.
"Nantilah awak mandi, sekarang masih awal lagi kan?" kata Taehyung lalu merapatkan lagi dirinya dengan So Hyun.
"Habis tu, kenapa awak bangunkan saya awal?" soal So Hyun sambil mengerutkan dahinya.
"Sengaja nak luangkan masa dengan awak pagi ni." balas Taehyung lalu tersenyum petak.
"Eleh, manja betul." Pipi Taehyung di cubit manja.
"Saya manja dengan awak jer."kata Taehyung lalu mengenyitkan matanya.
"Awak ni makin hari makin pelik lah. Kenapa dengan awak ni?"kata So Hyun sambil menatap wajah Taehyung.
"Hmm, saya selalu tengok cerita dalam televisyen tu. Ada pasangan yang buat macam ni, jadi saya buatlah. Kenapa, awak tak suka ke?" kata Taehyung sambil menatap wajah gadis yang dicintainya.
"Ehem, suka. Tapi awak janganlah terikut-ikut dengan perkara yang ada dalam televisyen tu."
So Hyun mencebikkan bibirnya. Taehyung mengangguk kecil sambil tersenyum petak.
"Baiklah, awak pergilah mandi. Saya nak pergi masak dulu." kata Taehyung lalu ingin bangun dari baring.
Tapi So Hyun cepat-cepat menarik tangan Taehyung, menyebabkan dia terbaring di atas katil semula.
"Boleh tak kalau awak baring dekat sebelah saya sekejap." kata So Hyun.
"Hm, kenapa?" tanya Taehyung sambil mengerutkan dahinya.
"Nak tengok muka awak puas-puas." kata So Hyun lalu tertawa kecil.
"Yelah, tapi jangan lama-lama sangat. Sebab nanti saya nak pergi kerja." kata Taehyung lalu mengusap lembut pipi So Hyun.
"Eh, awak kerja apa Tae?" soal So Hyun sambil mengerutkan dahinya.
"Nanti awak akan tahu." balas Taehyung sambil senyum.
-------------
"Namjoon!! Bangun cepat! Nanti lambat pergi kerja!" jerit So Hyun sambil bercekak pinggang.
"Eh, Fak Yu!"
Namjoon mencarut tiba-tiba apabila terbangun dari tidur. Dia menoleh ke arah adiknya lalu memandangnya tajam.
"Nasib baik aku tak belasah kau tadi." kata Namjoon sambil mengusap dada nya.
"Eh eh, banyak cakap pula. Bangunlah cepat, nanti lambat pergi kerja."
So Hyun menarik selimut tidur supaya Namjoon bangun.
"Yelah yelah, aku nak bangunlah ni. Banyak cakap pula."
"Kau pun sama juga."
"Ergh, bising lah kau ni."
Namjoon menjeling sekilas adiknya lalu mengambil selimut mandi.
----------------
"Woi woi, kau nak tahu sesuatu tak!"
Bahu sahabatnya itu di tepuk dengan kuat. Dia ingin membawang dengan sahabatnya.
"Tahu apa?" kata So Hyun dengan malas.
"Kita ada cikgu baru." kata Hoseok dengan terujanya.
"Habistu, kau nak aku buat apa kalau ada cikgu baru. Nak aku sediakan carpet merah untuk dia ke?" kata So Hyun lalu memandang Hoseok.
"Bukan macam tu. Aku dengar dia cikgu lelaki, kacak pula tu." kata Hoseok.
"Eh, ada aku kesah. Dah lah aku nak tidur. Aku tak ada mood nak membawang pagi-pagi ni." kata So Hyun.
Hoseok mencebikkan bibirnya apabila So Hyun tidak mahu membawang dengannya.
♥️TBC♥️
YOU ARE READING
[C] Cute Prince || Kth
FanfictionDia seorang makhluk asing yang lari ke bumi. Start:20.12.2019 End:12.4.2020